Shah Alam - Melaka - Kluang - Kuala Pilah - Shah Alam
sebenarnya kisah ini bermula pada hari jumaat petang. kami berlima ingin ke Melaka untuk buat esemen. kemudian pada jangkaannya balik pada malam itu juga. tapi memandangkan salah seorang dari kawan kami tu nak balik Kluang, Johor maka kami request nak balik rumah dia. dari Melaka ke Kluang dalam 2 jam setengah. lepas kol mak beliau kami menuju ke rumah beliau di Layang-Layang, Johor. okeh. jauh jugak.
sampai dalam pukul 10 lebih. lepas tu makan dan tidur. semua kepenatan. dan juga kekenyangan. ok. kari ayam ayah dia masak sedap okeh. malu nak tambah. -_-"
berbekalkan baju dan kain batik pinjam. maka tidurlah kami malam itu. esoknya rancangan nak balik awal pukul 9 pagi.
tapi! nan ado.. bangun je dah nak dekat pukul 10 mane nak balik pukul 9 kan? haha. bagus 5 orang anak dara ni. hakhakhak. tidur tak sedar dunia sebab kepenatan. langsung tak sedar nyamuk gigit la hape la. sedap je tidur sekatil 4 orang. tuan rumah tidur bawah. baik tuan rumah ni kan. heeeeee =)
12.30 otw ke rumah kawan sorang lagi untuk memngisi perut naga tasik chini ni. kakak dia kawin masa tu jadi dapatlah makan free lagi. horeyyyyyy!!
menuju ke rumah kawan ni then dia pandu sampai rumah dia. makan dengan enaknya. makan free la katakan. lepas tu dengan muka tak malunya mintak kuih denderam ataupun telinga keling bagi sesetengah orang panggil. sebab kawan2 memang tak tahu malu la nampaknya. sekali dia bagi sepaket. haaaaa... malu kau depan2 maka ayah dia, dia bagi bungkusan kuih tuh. cisssss... habis maruah kami yang hayu tu. ayu la sangat kan pergi kenduri kawen pakai tshirt dan slack. bagusssss sangat. sebab dah tak ada baju lain masa tuh. mula2 macam malu tapi bila dah sampai macam rilek je sebab ada orang tak pakai baju kurung jugak. heeeeeeeee =)
lepas ngap ngap rumah Lokman kami menuju ke Shah Alam. tapi singgah sebentar ke Kuala Pilah rumah kawan sorang lagi ni. berenti rehat, makan, mandi, dan solek2 kejap kami bertolak semua le Shah Alam. yang penting perut kenyang tanpa sebarang budget yang keluanr. padahal duit minyak, tol dan keta semua kami bayar jugak.
untuk pengetahuan korang keta kami sewa. ermm.. shamie bawak. semuanya berjalan lancar. tak ada apa-apa perkara yang tak diingini berlaku. Alhamdullilah..
kami tak jangka perkara ni akan berlaku. tapi yang pasti kami sangat gembira dengan perjalanan yang tidak dirancang ini.
terima kasih untuk semua pihak yang telah bersusah payah untuk kami. kepada ibu Teha, ibu Hawa dan Lokman yang membesarkan perut kami yang memang naga ni.
terima kasih atas kerjasama anda semua. kalau tidak memang tak menjadi perjalanan kita. yang penting esok dan lusa mari bersama-sama bersengkang mata membuat report en K tu pulak ye. jangan lupa. =)
sekian.
tamatlah perjalanan kami.
huahuahuahhua. maka lepas ni marimakanmegiharihari.
ok dah bye!
No comments:
Post a Comment