Happy Cat Kaoani -->

Friday, March 11, 2011

steward comel.



hari ni serving aku jadi steward. korang tahu tak steward tu kerja apa dalam konteks ni? ok. steward tu kerjanya basuh pinggan mangkuk yang banyak dan berat tu. bukannye pramugari okeh. salah2. nama dia je best kerja dia tak best pun. sebab kena duduk belakang cuci pinggan. haiyak. orang pakai cantik2 duduk depan ada aircond kau pakai tshirt putih duduk belakag basuh pinggan dengan tulang empat kerat. kalau nak kerat lapan pun boleh.hahahahah. tak lawak sangat pun. -_-"



okeh. aku ditakdirkan untuk jadi steward hari tu. maka aku dengan rela hati terima la seadanya sebab ia dah tertulis di loh mahfuz. jadi saya membuat kerja saya dengan efisyen, dedikasi dan bertanggungjawab. di sebabkan terlalu berdedikasi dan efisyen maka lecturer saya yang hensome bergaya tu telah memuji saya. 



en W   : Steward ok?
eyza    : ok!

beliau memandang ke atas dan ke bawah. kemudian berkata.

en W   : steward comel hari ni. ( muka statik. tanpa senyum)
eyza    :  haaaaa?? comel??? 

kemudian pandang dinding dan bercakap dengan diri sendiri.


eyza   :  blah la! 

sambil buat muka herot berot. okdah. akugelitahapdewadewi.




maka lepas tu aku semakin pelik. mengapakah lecturer saya yang suka perli dan jarang sangat memuji telah memuji steward yang kastanya paling rendah dalam organisasi hari tu? padahal dah ada 6 orang steward sebelum ni dia tak pernah puji2. mengapakah???


selepas tu, habis kemas2 lecturer aku cakap yang semua kena ke depan. tiba2 beliau berkata yang beliau tak puas hati dengan kerja kami semua hari ni kecuali steward. ok. masa ni aku dah pelik2 apa yang dia suka sangat dengan kerja cuci pinggan aku tu. aku cuci best sangat ke sampai nak suka gila ni. mungkin teknik aku basuh pinggan tu menggamit sanubari lect aku tuh. hahahha.



lepas tu dia kata disebabkan dia berpuas hati dengan kerja aku hari tu maka aku kena pilih 2 orang dari kawan2 aku ni sekelas untuk buat pertunjukkan mocktail dengan lagu dan goyangan badan sekali. dengan keadaan tersenyum dan boleh entertain orang lain. matiklah. maka, aku diberi kuasa memilih sesiapa sahaja. then semua dah aku pilih barulah aku pilih diri sendiri. dia siap komen yang aku buat tak best. ok tak pe. tak harap best pun. haha.



last masa dah nak siap semua aku pergi pulangkan cutlery semua. bila aku balik semua ke restaurant semua dah siap2 duduk tunggu aku dengan 2 orang kawan lagi. kawan aku masuk dulu jadi dia nampak ada kerusi kosong terus je dia duduk dekat kerusi tu. sekali ada kawan yang lain cakap jangan duduk situ. kerusi tu disediakan untuk aku cik steward pada hari tu. lecturer aku yang suruh letak kerusi dekat situ dan suruh aku duduk situ. uissshhhh... aku dah pelik2 kenapa lecturer aku siap sediakan tempat untuk punggung besar  aku ni nak duduk. apekah agenda beliau????



aku duduk la dengan rasa ragu2 walaupun suka sebanrnya. kawan aku ni terpaksa bangun dan duduk tepat lain. padahal aku tak kesah pun kalau dia duduk tempat tu. sebab ade tempat lain lagi boleh duduk. 



sampai sudah aku masih pelik dengan lecturer aku masa hari tu. sebab beliau jarang sangat memuji. memerli ada lah. aku macam.... hati aku jadik buka yang kudup nak kembang tiba2 bila kena puji pelik macam tu terus la tak jadi nak kembang. bunyi macam mercun 'pop' yang bebudak selalu main baling dekat lantai tu. sekotak RM2 jual kat pasar malam. lagi haru bila mercun tu dah masuk angin. hukhuk. bunyi macam kentut tak jadik. hahahhahahahaha.



sekian sahaja. gambar aku tak dapat lagi dari cik SOD hari tu. aku lupa nak ambil sendiri gambar aku jadi steward. kalau tak dah lama aku tepek. hahha
















No comments: