Happy Cat Kaoani -->

Thursday, March 31, 2011

Berakhir Minggu yang Amat Memenatkan!




 serius minggu ni sangat penat gila2 sebab tiap2 malam stay up untuk buat folio dan study untuk test. start hari ahad sampai hari ni baru relax sikit rasanya. meh2 saya cerita apa yang membuatkan badan dan minda sangat2 penat.



hari ahad tu study dan buat folio untuk hari isnin.ada juga yang buat outlie dan slide BEL untuk presentation hari isnin tuh. semua bersengkang mata. dah la aku balik hari ahad tu terus buat kerja. makan curik2 then siap2 makan cepat dan cepat buat kerja semua. mana nak buat outline, mana nak buat folio, mana nak study lagi. menggagau buat macam2. aku ingatkan aku je yang macam tu sebab aku balik, tapi rupanya semua kawan-kawan aku tak siap lagi. hah, sama je semua, kalau tak terdesak jangan harap nak buat!



dengan tak tidur hari isnin tu balik petang tu tidur terbongkang jap. lepas tu start buat kerja balik untuk folio serving nak hantar hari selasa tuh. hukhuk. tak tidur satu malam lagi. lepas tu kelas serving aku balik pukul 6 lebih. sebab balik pergi print menu untuk hari rabu aku jadi COD lepas tu aku balik naik bas lambat gila sampai dan orang sangat ramai nak balik. grrrrrr.. penatnya sampai rumah dah petang sangat! huuu..



lepas tu mari study untuk test hari rabu. huaaaa.. tak tidur lagi.. tapi mata tak boleh tahan sebab kan dah beberapa malam tak tidur dengan sempurna. lepas tu membaca sambil tersengguk-sengguk. folio pun kena buat jugak malam tu. haiyak! sekali test tak ingat hape pun. cis.. hampeh jek.. petang mari ke kelas masak. haaaaa.. sampai pukul 11 la kami memasak sakan. aku jadi COD means Chef of the Day. Alhamdulillah.. semuanya berjalan lancar dan sedap makanan yang kami masak semalam, dan saya amat berpuas hati dengan kerja kawan-kawan saya. =)



dan untuk ke kelas pagi ini amatlah berat. penat yang ada selama beberapa hari ini amat mengajak supaya teruslah tidur wahai iza! tapi berbekalkan kupon mcd yang terdampar 2 keping di dalam beg maka kami gagah2 untuk ke McD pagi tu untuk dapatkan free kupon tersebut. hamboiiiii... ramai gila orang dekat McD  mana2 pun!!



mula2 nak ke McD sek 3 dekat Wisma Mais tu, sekali nampak penuh gila... pergi dekat McD sek 9. dekat Plaza Shah Alam tu. penuh jugak. then ke McD  Kompleks PKNS beratur jugak la.. ramai gila orang nak beli set breakfast untuk dapatkan kupon free tuh! gila ramai macam nak bayar saman jek. hahahhahaha.. berusaha untuk dapatkan jugak kupon tuh. alang2 dan beratur lama2 dan penat tunggu. dan menyebabkan kami terponteng kelas pagi tuh. maaflah en Z kami tak sengaja. McD yang buat kami macam ni. lagipun kami kan tak pernah ponteng kelas en. tak pe2.. kami janji minggu depan kami pergi kelas yep! hehheehhee..





dan balik la kai di tengahari buta dengan set big breakfast di tangan. lalu makan dengan rakus dan tidur. selamat membesarkan badan ye kawan-kawan serumah saya! hahahahhaha









=)




No comments: