Happy Cat Kaoani -->

Friday, March 21, 2014

Baharui Lesen Memandu






Assalamualaikumm..



lama dah tak menulis. menulis pun bukan kerana nama tapi kerana inginkan nuff yang banyak. haha. jangan tipu la wei tanak duit. bukan meminta-minta tapi kalau orang bagi nak jugak kan? haha. apekah aku membebel ni?


datang fefeling malam mula la macam ni nak membebel itu ini. payah la perempuan ni meroyan tengah malam. sambil2 burung hantu ni dok berbunyi sebelah rumah mari la kita karang seketul dua entry buat blog yang sunyi lagi sepi ini. haha. poyosss..


jangan dok hepi sangat, kapal terbang MH370 tak jumpa lagi. nanti orang kata kita tak sensitif isu semasa la hape kan. padahal kita sensitif je cuma tak beritahu semua orang. simpati kita, doa kota hanya untuk kita dengan Allah kan. bukan untuk pameran di wall2 facebook.


dunia khususnya Malaysia masih lagi berusaha mencari kapal terbang yang hilang sejak dari minggu lepas. memang sangat payah nak fikir mana perginya kapal terbang sebesar itu. tapi kalau kuasa Allah kita sebagai hamba ni tak mampu nak ubah apa2 dari takdir tu. hanya Allah yang berkuasa.


jadi marilah kita terus juga berdoa kepada semua penumpang dan anak kapal. jugak kepada pekerja misi mencari mereka agar berada dalam keadaan yang selamat. amin. amin. amin.







walau macam mana pun kehidupan kita harus di teruskan betul ke idok? kita yang hidup ni kena terus berlangsungkan hidup kita seperti biasa. jangan terlalu bersedih dan jangan terlalu bermurung durja. 


mukadimah ke tu? hamboi, panjang berjela nih. bosan manusia yang mampir rumah kosong kau ni izaaa.. tak ada santapan mata dan minda yang bernas. kuikuikui. ala, kata blog main2 sahaja harus la entry semua jangan-nak-serius-sangatlah! gitewwwww... 


moh kita ke tajuk seterusnya. isi penting dalam karangan entry kali ini adalah PENAMATNYA LESEN P. maka dengan ini dapatlah pegang lesen biasa yang boleh buat sesuka hati. ewahhh.. niat dah tak elok tu. haha. mula la pakai lesen biasa tahun2 perbaharui mengikut tarikh lahir kita. 


lesen sekarang kan cantik macam ic, jadi bila dah siap fefeling macam cantik weiiii lesen baru aku cuma gambar kembang setaman. pffftt~~~ hahahaha


haku dengan rakusnya menukar lesen P aku ke lesen betui dekat JPJ. rakus sangat sampai pegi sendiri JPJ sanggup google berhari2 sebab nak ingatkan jalan dan arah. nak masuk mana dan jalan apa. perghh.. rasa macam berusaha sangat. gigih demi sekeping lesen aku gagahkan jua melangkah ke JPJ Taman Daya, Johor tu. 

dah ahaku yang drive, mana nak tengok maps ke waze ke hape. mak aku mane reti guna maps. angkat kol dengan mesej boleh ler. lelebih mak aku tak reti sangat. haha. dah ler jalan kat JB semua nak cepat je. mari la study dulu sebelum pegi. gitulah aku. kalau tak aku memang tak tahu jalan. haha

ha kauuuu.. sekali ramai gilos manusia sampai tak ada seat. 2 jam berdiri dan 2 jam dapat duduk. 
fair enough la kan? jangan nak fair sangat, lenguh, lapar, nak terkencing semua ada selama 4jam aku tunggu tu. lol sangat..





aku sampai pukul 10.15 macam tu. baru je dapat nombor lepas tu dalam pukul 11 aku tengeok nombor giliran dah habis. mak oi, cepat gila. dah aku dengan mak aku berdiri je sebab ramai orang. ramai yang berdiri. sape dah penat sangat duduk je kat lantai. dan akhirnya aku dapat nombor macam atas tu. nombor sekarang 1019. 


maknanya ada 400 orang lagi aku kena tunggu ke ni? OMGGG.. tapi pasrah je la. pejabat kerajaan dah hari khamis, esok cuti haruslah penuh gila. nak cakap apa kan. tunggu aje la. 


sampai turn aku dalam pukul 2. lepas tu urusan dalam 5minit dekat kaunter pastu 15 min tunggu kad siap. dalam 2.30 petang tu siap. phewww.. aku teramat laparnya sehingga menggigit perut. haha. dah la tak sarapan. pagi2 terus nak pegi JB. jadi lapar amat la ni. 


dan hasilnya begini.





gambar kembang sebab dia makin tarik picture tu. kasi lebar semua.dah la muka memang lebar sepinggan. dia pulak tarik. kuang asam sungguh tau JPJ ni. huarghhh.. tapi apakan daya. jadi beginilah hasilnya. hahaa..


benda2 lain terpaksa dia rahsiakan. demi keselamatan bangsa dan agama. apa aku merepek ni?


mudah je pun nak buat lesen ni. kau pegi JPJ cakap nak perbaharui lesen. pastu dia tanya nak berapa tahun. bayar la ikut tahun. kalau tarikh lahir jauh kena tambah RM15. pastu bayar je. tunggu dan siap!


hahaha.. nampak senag je apa aku cakap ni. kalau nak tahu lebih lanjut boleh ke laman web ni JPJ . atau ke MyEG. aku nak mudahkan lagi korang jangan tertanya2 atau ada macam2 soalan boleh tengok sini MyEG Perbaharui Lesen Memandu. dekat sini semua pertanyaan korang akan terjawap. tayah susah2. 


masa ni aku tukar dengan alamat sekali, so kena isi borang la untuk tulis alamat baru. walaupun aku belum pindah nanti kena jugak buat baru bila pindah so, aku decide tukar sekarang. kan senang. 


jadi jangan lupa check lesen memandu anda dan tarikhnya ye. hihi.


nite.





No comments: