Happy Cat Kaoani -->

Thursday, March 6, 2014

Damailah engkau disana sayang






Assalamualaikum...



hari rabu semalam la kan? anak kucing kesayangan aku ni dah mati. sobsss... semalam (selasa) aku pergi JB, then balik tu aku pergi pasar malam pulak. balik tu aku nampak la budak kecik tu lari2 kejar aku balik. masih sihat, masih relax bermain2 area rumah. tak ada masalah pun. 


tapi pagi rabu aku bangun2 dah jumpa budak kecik ni dalam longkang. aku ingatkan tidur, sebab dia ni suka sangat tidur sepah2 mana2 dia suka tanpa ada apa2 kesan dia tak mati. tapi bila aku pergi dekat2 dia rupanya dia dah mati dan dihurung semut api. banyakkkk sangat semut. kesiannya aku rasa.


lekas2 aku pergi ambik cangkul, pergi gali lubang nak tanam budak kecik ni. semut banyak sangat jadi susah nak ambik dan tanam dia dalam tanah. aku korek2 lubang dan tanam dia bawah pokok. tapi tak jirus pun. sedih memang sedih tapi nak buat macam mana.


aku bagi dia makan vitamin, dengan antibiotik sebab dia selsema. tapi selsema dia tak baik2. kucing2 lain dah baik dah. cuma dia je tak baik2. aku pikir mula2 sebab dia budak lagi, antibodi tak kuat tapi rupanya dah sampai ajal dia. 


walaupun aku jaga dia kejap je, tapi aku sayang dia. aku kesat hidung dia, kesat taik mata dia. bagi dia makan ubat, makan vitamin supaya dia membesar sihat dan kuat. tapi tak juga. walaupun kita berusaha tak semestinya kita akan berjaya kan?





damainya engkau disana sayang. love u much.



p/s: first time tanam kucing yang mati. walaupun kucing kecik tak lama hidup dengan kita tapi kita tetap kesian dan sayang dia. 



1 comment:

Muhammad Taufiq said...

Hye, saya suka baca blog awak, baru-baru ni saya ada buat blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)