Assalamualaikumm...
Kucing akan mengalami demam apabila tindakbalas atau reaksi tubuhnya kepada sesuatu jangkitan atau penyakit yang menyerangnya ini juga di kenali sebagai 'pyrexia'. Suhu normal tubuh badan kucing adalah 100 - 102.5°F (37.7 - 39.1°C). Untuk menyukat/mengambil suhu badan kucing mungkin sukar kepada yang kurang mahir. Namun begitu kucing demam akan menunjukkan beberapa tanda seperti berikut :
Keletihan. - kucing anda tidak aktif seperti selalu dan tidak memperdulikan permainan kegemarannya.
Hilang selera makan. - kucing anda tidak mahu makan dan minum.
Bernafas dengan laju secara konstan. - bernafas seperti seolah-olah sesak nafas.
Menggigil. - suhu badan yang tinggi menyebabkan kucing anda tidak selesa dan boleh menyebabkan mengigil.
Menunjukkan rasa sakit apabila dipegang/disentuh walaupun dipegang sentuh secara lembut.
Menunjukkan sikap tiada respon atau tidak hirau akan perkara yang selalu mengambil perhatiannya. Sebagai contohnya, selalunya ia amat menggemari 'catnip' tetapi tidak apabila dia demam.
Apabila suhu badan kucing anda meningkat 102.5°F (39.1°C), anda perlulah sentiasa memerhatikan kucing anda dengan kerap memeriksa suhu badan kucing anda. Sentiasa menyediakan minuman yang sejuk untuk mengelakkan kucing anda dari dehidrasi. Turunkan suhu di kamar/bilik kucing anda dengan memasang fan atau aircond. Jangan sekali-kali memandikan kucing anda sewaktu kucing sedang demam kerana ini lebih memburukkan keaadan.
Sekiranya suhu kucing anda meningkat sehingga 105°F(40.5°C) segeralah bawa kucing anda ke vet yang terdekat. Kucing demam disebabkan beberapa perkara antaranya yang kerap :-
Jangkitan kuman
Barah
Dehidrasi
Sedang menerima rawatan keseimbangan hormon
Cirit-birit
Kebanyakan penyakit merbahaya kucing seperti FIP, FELV dan sebagainya.
Nota: Setiap kali selepas kucing anda dimandikan, suhu badan kucing anda akan meningkat dan bagi kucing yang tidak kuat antibodi badannya akan menyebabkan kucing anda demam. Elakkan sama-sekali kucing anda dari terkena "Heat Stroke" dimana seluruh organ dalaman seperti jantung, paru-paru, hati, buah pinggang dan otak berhenti bekerja disebabkan suhu badan yang terlalu tinggi.
Artikel ni diambil di SINI. Boleh baca sini kalau nak info yang berguna untuk pemilik2 kucing. kita bela kucing, kita sayang kucing, jadi kita kena la pikirkan kebajikannnya.
Dulu kucing aku penah demam sebab kena sebat dengan abah aku. dia nakal buat apa entah. lepas tu abah aku sebat sikit. lepas tu je dia demam. badan panas, duduk je dediam pastu tak nak makan. kesian sangat aku tengok. sebab dia kucing yang sangat baik. sayang sangat.
budak bawah ni pernah demam sekali. bulu bukan main bergentel. badan panas. mata berair. bersin2. mata merah. teruk jugak la. sampaikan bagi ubat antibiotik dan vitamin. sekejap je baik. sekarang ni membesar bagai johan.haha
besar gajah. badan keras kejung macam batu. jantan la katakan. tapi kalau datang bab manja bukan main manja lagi. nama dia KECIK! hahaha..
walaupun besar godang tetap panggil kecik. telatah dia kelakar gila. suka aku tengok. hihi
jadi kalau kucing2 anda semua nampak tak sihat bagi ubat kucing ataupun bawk pergi vet ye. kita kena jaga kebajikan mereka sebab kita yang bela dia kan.
salam..
No comments:
Post a Comment