Happy Cat Kaoani -->

Friday, March 21, 2014

Keputusan SPM 2014. tak ada kena mengena dengan aku.





Assalamualaikumm...



bercerita tentang SPM ni memang la penuh suka duka sangat. jiwa ni memang masih ingat lagi bila dapat SPM tahun 2007. aku SPM tahun 2006. keputusan tahun depannya la kan 2007. sama je dengan bebudak sekarang. tak ada beza. maknanya tak tua lagi la kan? haha. cuma sistem grade je berubah sikit. dulu pakai A1, A2, B3, B4, C5, C6, D7, D8, E9. gitewwww... rasanya ramai je sekali sistem dengan haku ni. golongan 20+ kan. haha. 


dulu masa sekolah aku ni kawan dengan top 1 student la kiranya. mostly dia akan dapat nombor satu dalam kelas. aku? aku belas2 je mampu uols. hahaha. tahu2 aku tak berapa pandai. haha. tabah je la belajar. dulu aku aliran sains tulen. tulen gila la sangatttt. tahun last pakai sains bahasa melayu. tahun depannya dah bahasa inggeris. tapi paper exam dah mula dwi bahasa. jangan ler kau mengada nak baca dalam BI bagai. aku baca dalam bahasa melayu pun tak paham sangat. hahaha!


aku ambik 10 subjek. sains tulen kan. harus la ada add math n kimia. 2 benda yang memang aku tak leh tagak langsung la. tagak korang paham kan? maksudnya tak tahan la. aku ni mana bijak. dapat addmath 20 markah pun dah syukur sampai langit. inikan pulak dapat 50. rasa nak nangis kegembiraan yang nyata la. 


kimia lak memang aku tak reti sangat formula ni. last2 SPM aku semua kredit. add math dengan kimia kredit jugak. tapi cukup2 makan la kerdit tu. kahkahkah. tapi aku hepi kot. susah gila soalan aku dapat kredit. apelah yang dah jadi kan? haha. jadi dapat 10 kredit la uols dapat. pastu dapat 3A je kot. matik la lupa. aku kan biasalah memang biasa2 je pun. 


pastu ramai kawan2 aku masuk matriks. matriks kan masuk dulu. jadi ada la tinggal aku dengan beberapa rakan ni terkontang kanting sebab belum masuk apa2. last2 kawan aku ada dapat masuk maktab, poli dan aku masuk form 6. 


aku ok je masuk korm 6 sebab memang aku tahu semua tempat bagus nak study kalau bersungguh. masalahnya aku dapat form 6 sains. melilau kau nak duduk mana bagai. sebab sekolah tu adelah sejam dari rumah aku kalau naik kereta. kalau naik bas dalam 2 jam. matik ler. hahaha. terus mohon asrama. dapat. alhamdulillah la. tapiiiiiiii masyaAllah sungguh tak best asrama tu. senior dia kus semangat. bukan main kerek. jenuh aku jadi plastik kat sane. 2 minggu duduk sana aku dapat panggilan UiTM. 


perghhhh.. balik sekolah mak aku kol cakap aku dapat panggilan UiTM Melaka kos Pengurusan Pelancongan. lantak la kos apa pun aku dapat, aku akan pegi jugak. sebabnya aku tak sanggup duduk asrama ni lagi. 


asrama memang la tetap asrama yang kau kena kongsi. masalahnya, bilik air yang kecik untuk mandi tu tak ada pintu. memang dicabut. cuma toilet je ade pintu. dan semua mesti mandi dekat bilik mandi BUKAN bilik air. wat deeeee.. apekahhhh aku kata? tu satu aku tak sanggup. pastu senior dia kemain kerek lagi la. tak sanggup nak hadapi. yela, takat asrama kena bangun pukul 5.30 pagi mandi sebab air kecik tu biasa. bangun awal sebab nak gosok baju tu biasa jugak. tidur berpeluh2 sebab tak kena kipas pun biasa. dan tidur satu dorm 40 orang pun biasa kot. entah la. ramai gila rasanya. ada 20 double decker. 


aku memang tak pernah dok asrama. tak merasa dan jujurnya memang tak suka pun. asalnya nak mohon tukar sekolah. hari2 aku telefon JPN negeri sebab nak mintak tukar. aku mohon tukar sekolah dengan tukar aliran. cikgu sek asal aku kat kampung pun nak tolong. masalahnya tak boleh sebab semua kredit jadi JPN tak bagi tukar sekolah. bagi tukar aliran je. nasib baik masa tu aku dah nak masuk UiTM. 


dengan ini aku dapat masuk UiTM Alor Gajah diploma. pastu sambung degree UiTM Shah Alam dan Puncak Alam. syukur sangat dapat masuk UiTM. aku percaya, semua tempat belajar adalah bagus. pelajaran yang kita dapat semua bagus. 


jadi adik2, mana dah dapat SPM tu mohon je smeua medium. tak kira matriks ke, politeknik ke, swasta ke. banyak pinjaman sekarang, jangan risau sangat okeh! =D


elelelelehhh.. mengimbau la sangat. kang tiap kali SPM je aku tulis entry kisah hidup aku ni. padahal masa je every year. aku kan pelupa yang amat. hahahah! boooo...





3 comments:

nurerna hazwani said...

Yeiii...aq sokong sesangat tu......mase tulah yg manis.... ^_^..

http://alongwawaerna.blogspot.com

Ardini Humaira said...

spm dulu malam tu dni dah tau result. esok nye pegi skolah muka selamba. haha

Nour Eyza said...

@ardini humaira

kak dini hebat la tahu dulu keputusan. kita tak tahu pun. debor smpi xleh tdo.haha

@nurerna hazwani

manis memang. masa sekolah paling best kan. haha =D