Happy Cat Kaoani -->

Sunday, March 9, 2014

Pray For MH370





Assalamualaikumm...



semua orang sedang risaukan tentang kehilangan pesawat MAS MH370 yang dilaporkan berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing. Allah.. mana tak risau, satu perkara yang sangat pelik berlaku. kita rakyat biasa yang tak ada pertalian darah langsung ni pun risau, sedih, dan pilu mendengarkannya, inikan pula ahli keluarga terdekat dan kenalan mangsa. 


saat2 begini sama sekali tak pernah terjangka oleh sesiapa dan tak mahu berlaku. tapi ini semua kuasa Allah. kita sebagai hambanya yang beragama Islam ni sangat la berharap Allah melakukan keajaiban. jika Allah berkehendaki melakukan sesuatu hanya dengan satu ayat "Kun Fayakun!"


apa pun kita doakan yang terbaik untuk pesawat MH370 yang masih hilang. Allah yang maha mengetahui dan kita hendaklah percaya dengan kekuasaan Allah dan terus berdoa supaya semuanya selamat. 


dah banyak sangat benda yang orang share. orang tulis dan itu ini. tentang fakta, tentang teori, tentang lawak, dan tentang berita palsu. harapnya kita tak tergolong dengan keadaan ini. 









gambar atas ni gambar muka depan surat khabar Australia. mengisahkan tentang rakyatnya yang hilang bersama pesawat MH370. harapnya tak ada spekulasi yang boleh memburukkan keadaan dan menyedihkan lagi semua waris2 penumpang dan anak kapal pesawat ini. 


sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah, doakan yang baik2 dan solat hajat untuk menemui mereka semula dengan keadaan yang baik dan selamat.



Amin ya rabbal Alaminnnn...





No comments: