Happy Cat Kaoani -->

Thursday, December 22, 2011

Result PMR





Assalamualaikum semua..


macam mana dengan adik2 kita hari ini? nak2 yang dapat result PMR hari ni mesti gembira dan tak kurang yang sedih kan? kepada yang dapat keputusan cemerlang tu tahniah diucapkan. kepada yang dapat kurang atau tak target tu jangan bimbang... tahun depan masuk sekolah tingkatan 4 jugak...hehehe


aku dulu bukan pikir nak fight dengan kawan2. aku nak fight dengan akak aku. berapa dia dapat aku mesti dapat jugak. tu pikiran aku la. kalau tak aku akan down. sebab dalam dunia aku dulu musuh aku adalah akak aku. sebab kalau dia lebih, dia akan dapat pujian lebih dari family aku. ehhhhhhhh.. mane boleh kan!


aku ni jahat jugak. yang penting aku nak setaraf dengan akak aku. baru la mak ayah aku tak pilih kasih antara kami. hehehehe..


sampai sekarang pun aku nak jadi yang terbaik dan lebih baik dari akak aku. tapi tak tahulah. aku tahu mak ayah aku sayang aku macam sayang kakak aku. tapi aku tak boleh, still nak jugak. hahaha


tapi aku macam wonder dengan sistem pendidikan sekarang. aku nampak sekarang ramai gila budak dapat banyak A. macam kita nampak budak yang biasa2 je tu pun boleh dapat banyak A. aku naik pelik, betul ke diorang tu semua dapat banyak macam tu A?? 


bila selidik dalam2 baru aku sedar yang sekarang ni pihak kementerian suka naikkan rank. kalau budak tu jawap je dapat cemerlang. macam mana nak dapat yang berkualiti???


perghh.. ni kalau aku ulas mau kena ISA aku ni. baik aku tutup mulut je. huuuuu



ok adik2, kepada yang gembira tu jangan hepi sangat, ni baru PMR je. belum SPM lagi. belum masuk universiti lagi. kau tua nanti, kau tahulah! hahahahaha


ok. tata!



No comments: