Happy Cat Kaoani -->

Thursday, July 14, 2011

Dirantai jiwa dan perasaan!




hari ni seharian duduk di public area. seronok tak seronok. macam kena rantai. rasa macam ehhhh.. time tu la kau nak lalu kan?


aku konon2 suka la bila nak dapat ke public area ni. sebab rasa seronok tengok guest dekat lobby dan dapat berbual2 dengan orang dekat lobby. kawan2 lama masa front office. dapat la bertegur sapa dan bertanya khabar. sebab saya suka duduk front office.


sekali bila dah masuk public area baru aku tahu macam mana kesengalannya.. hadoi ekauuu.. bos saya tu macam sengal awak tahu tak?? sengal tu apa? macam ni, bila kita kemain buat kerja kesat macam2, lap, sapu, mop segala bagai dia tak ada pulak lalu lalang, bila kita dah penat mengelap, berkemas, mengemop dan mengelap, kita dok berenti jap dan berbual dengan orang2 sekeliling dan mula nak bertegur sapa tme tu la dia nak lalu. lepas tu cekak2 pinggang marah konon tengok kita berbual tak buat kerja..


benci oke macam tu, macam kena rantai. macam HAMBA abdi kena ikut arahan tuannya. macam sengal je. time tu la siap nak sound2 cakap kita ni berbual la tak ada dekat lobby la. tak mengelap la tak mengemop la ape la.. tensen aku okey! kau tak tahu aku buat kerja je dari tadi? sampaikan tempat yang sama aku kesat 4 kali? dust mop lapan kali satu hari? sebab tak ada benda sangat nak buat semua dah lap, mop, sapu sampaikan tak ada habuk pun aku dok pakai dust mop tu jalankan aje??


nampak aku mula bukak mulut tanya apa2 sikit dekat orang front office mula la cakap aku ni asyik berbual je. aku rasa nak je bawak je boss aku tu pergi mengelap..biar dia tahu apa yang aku lap tu lebih dari mak2 tu buat.. 


bila aku cakap dekat mak2 tu mak2 tu pun cakap menda yang sama. kalau kita berenti kejap je masuk toilet nak ambik penyapu ke mop ke dust mop atau nak tengok keadaan toilet mula la dia meraound cakap kita tak ada kat lobby. bising2 sebab lobby tak ada orang jaga. hello, kau tak nampak muka maid time tu mula la mengelupur ye? meh sini, kau pulak yang mengelap, mengemop dan dusting. ntah2 sendiri tak reti..


aku cukup benggang dengan cara bos tu. dia tu kena ada orang tegur tu baru berubah. saket jiwa ok tengok cara dia. sampaikan semua staff cakap bilalah dia nak berenti atau tukar kerja kan bagus. hahahaha.. ok ni doa bukan aku je, ramai ok. bukanlah keji sangat tapi tak tahan. nak lawan dah boss tapi kalau kau bos kena la ubah perangai. cakap je pandai siap sindir2 lagi bila bercakap..sendiri punya management tengok macam mana?? terurus sangat ke??


sampaikan masa makan ada orang tanya aku, budak serving cafe tanya aku ni kerja ke? aku jawap la tranning. then dia kata " tranning cuma kerja menyapu je?" aku rasa dia nak cakap macam ni, sepatutnya tranning kena la belajar cara menguruskan bukan buat kerja kuli 24 hours. ni aku lap, mop, sapu, dusting, cuci toilet. semua kerja orang bawahan. aku tak tahu kerja lain. which means kerja pengurusan, jadi buat apa aku belajar kos PENGURUSAN PERHOTELAN kalau aku hanya belajar cuci toilet dan sapu sampah? cuba korang pikir?


aku tak pernah hina kerja orang bawahan ni. ni semua kerja halal. tapi aku wonder kanapa tak letak kami di bahagian pengurusan. aku pun tak paham. konon p & c sangat lah. macam la hotel lain tak ada p & c. kelakar ok alasan tu. macam tak masuk akal. aku budak praktikal ni pun mampu pikir benda tu alasan lapuk, inikan pulak kau..orang berjawatan. 


sampaikan budak serving tu tanya berapa lama belajar, bidang apa belajar. diploma ke degree. aku cakap la degree, diorang kata ni budak2 pandai ni. belajar sampai degree. tapi kalau setakat letak kerja2 maid 24hours menjadik ke pandai tu? for sure la nanti kau keluar dengan berbekalan degree kau dapat kerja maid terhandal la? degree of hotel managemant (menyental toilet bowl) macam tu tulis dekat sijil degree kau?? ada??


aku nak bebel2 pun kalau dah pengurusan hotel tak bagi nak buat macam mana? pikirla sendiri, kau pun  dulu  diploma dan degree hotel dari UiTM jugak. aku yakin mereka semua tahu bidang apa yang dipelajari. kalau diploma je kau dah boleh jadi assitant sales, inikan pulak kalau kau ada degree.. mungkin ketua department ??? tapi sikit oun kau tak di dedahkan dengan pengurusan syarikat, bila aku request nak jabatan lain mengelupur kat ketar lutut takut benda ni jadi issue.. aku jugak kena blame balik. tak pe, mungkin sekarang aku praktikal. satu hari nanti kalau aku dah ada degree dan master nanti, aku mohon kerja hotel ni por sure masa tu kau semua macam "eh, ni budak praktikal sini dulu sekarang jadi manager la...." baru ternganga mulut kau kan?? 


aku bukan nak riak tapi nak bukak mata orang yang merendahkan aku dulu. memang dulu aku kecik, tak ada kuasa. tapi bila kuasa tu aku dah dapat kau sendiri kena tahu apa yang patut berlaku. aku pasti orang2 atasan tak seperti orang2 bawahan yang tunjuk lagak. biasanya orang atasan sporting, siap makan sama2 pekerja bila sesekali datang jenguk2 cafe. 


ni baru setakat manager biasa, tengok lauk ikan sambal hijau  je kau cebik bibir, paling muka. start keta makan lat luar. paling common pun kau panjat tingkat 2 pergi Restoran Selasih kan? tahu sangat dah..


panjang gila pulak kan luahan isi hati aku yang sedang mengkal dengkal dengan hati yang saket ni.. aku memang degil orangnya, aku request tuk dapatkan cuti hari ahad, aku dengan beraninya mintak jabatan lain dekat hotel ni. aku bukan nak buat masalah tapi aku nampak pengurusan hotel ni yang ada masalah. bukan aku. kalau aku student je dah perasan ada perkara yang tak kena inikan pulak pekerja? cuma diorang tutup mata, sebab nak duit tampung keluarga dan diri sendiri. kerja tak boleh memilih sekarang...


aku bakal graduan yang memilih pekerjaan? YA! memang.. aku berusaha untuk belajar tinggi2 untuk dapatkan ijazah, berhabisan beribu-ribu ringgit untuk belajar, takkan aku nak dapatkan kerja yang tak setimpal dengan ijazah aku? aku belajar pandai2 untuk tidak hidup susah, tak nak hidup susah dan aku belajar untuk masa depan yang senang. bukan still jugak bermati-matian kemas bilik sampai saket semua anggota badan.


aku nasihatkan nanti kalau kau jadi pekerja dan jadi orang atasan, ketahuilah perasaan budak2 praktikal macam aku. mameng nampak aku kecik, nampak tak ada nilai, tapi semua orang ada perasaan ok. ada cita-cita, ada matlamat. jangan jadikan mereka hanya "menenuhi tenaga kerja yang kurang".


thanks sudi baca entry panjang berjela ni. dengan ni je hati aku lega sikit. harap korang paham la. aku bukan nak marah cuma kana la paham apa yang orang buat tu mesti bersebab. kalau tak ada sebab buat apa kita buat kan??





salam.






No comments: