Happy Cat Kaoani -->

Wednesday, July 20, 2011

Percikan Selat Tebrau~



 

assalamualaikum kawan2 sekalin. maaflah lama menyepi. saya tak ada broadband selama beberapa hari ni sebab broadband dah kena block. nasib baik ada mama tersayang yang tolong bayarkan bill broadband saya. jadi dapatlah saya meng'update' blog hingusan ini. heheheheh. tq mama. ceh, ngada2 panggil mama.. padahal panggil 'mak' sajeee...


saya harap kawan2 saya semua sihat2 belaka ye.. kalau ada yang sakit tu cepat2 la pergi doktor. musim2 buah-buahan kian menjelma ni. memang harus la semua batuk, demam dan saket tekak.. hahahha.. yela, dok tala durian, rambutan, manggis la semua..


ok. sebenarnya banyakkkkkkkkkkkkkk cerita nak beritahu dekat korang ni. banyak ok. sampaikan banyak huruf k tu. nampak tak? OMG! OMG! lepas ni penuh la dashboard korang dengan entry2 picisan saya.. errrrrr.. sebenarnya rasa macam tak feel je panggil 'saya' ni. nak guna 'aku' la.. baru best kan? macam kawan2 je rasanya...


ok2. melalut je keje kan? mari2 tukar kata ganti diri. mulai kali ni akan bertukar aku. ala, macam cerita dalam karangan sekolah rendah tu. 'aku sebatang pen'. haaaaaaaa... kan macam dekat je dengan pembaca giteewww.. hahahha.. boleh kan?? boleh saja. aku nak bahasakan diri aku adalah aku.. hikss!


mula2 nak cerita hari ahad hari tu aku pergi Singapore! yeaaahhhhh.. pergi Singapore sebab tengok anak sedara aku kahwin. ni bukan salah taip. ni memang betul2. anak sedara ye. memang anak sedara aku. macam mana boleh anak sedara tua ni? macam ni. nenek pengantin dengan mak aku adalah adik beradik. jadi korang pikir je la sendiri, aku dengan dia si pengantin tu ranking apa. anak sedara la. sebab aku dengan mak ayah si pengantin adalah sepupu. kalau anak sepupu tu kan namanya anak sedara. am i rite? ni semua kasta orang JAWA. kalau tak paham sila abaikan. hikssss.. orang2 jawa je paham ni..hehehehe


banyak sangat la aku ni menaip bagai. mesti korang dah malas nak baca kan? memceceh banyak sangat dah. hadoi.. ok2. mari segarkan mata dengan gambar2 aku ke Singapore ahad lalu. aku lalu jalan laut nak ke Singapore. dari kampung aku ke Singapore lalu jalan laut adalah dalam sejam macam tu. setahun dulu aku pergi adalah dalam 40 hingga 45 minit nak sampai Changi Terminal tapi sekarang ni dah macam jauh lagi sebab penambakkan semakin giat dilakukan oleh pihak Singapura. jadi semakin jauh la nak pusing baru sampai Singapura. tapi tu pakai tongkang ikan, kalau naik boat laju adalah dalam setengah jam je.



ok2. mari segarkan mata dengan gambar2 ni. macam korang letak timun dekat mata tuh! >.<


harus ada setepek gambar aku di arrival hall Changi Ferry Terminal.. hiksss


pelamin dan sebelah kanan tu gambar si pengantin.. pengantin perempuan tu anak sedara aku. tapi tak ingat umur dia.. dah nak 30 tahun kot...


meja makan beradap.. simple gila..


ini apa? goodies? erkk.. entah!


papan tanda. 


sesi2 beratur untuk ambil makanan..buffet yang sedap..


sebelah kiri wak aku, sebelah kanan nenek sedara.. soo old okeh mereka ni..


cubaan untuk posing.. tak berapa menjadi.. hahahhaha


mak aku yang bertudung ungu tu.. kiut tak? hahaha


pandangan dari dalam bot. ombak kuat sebab banyak kapal korek pasir.. teroleng2 ok boat. serammmm~


kapal korek. pontoon. Singapure punya. tambak2 kasi besar tanah jajaham mereka...


last but not least! tembam tapi comel kan?? kan? kan? -.-'



kauuu! haaaa.. banak gila gambar aku upload.. hahahaha.. berejam la jugak nak tunggu upload ni... hikhiks.. excited la jugak. bukan apa lama sangat dah tak jumpa sedara mara dekat Singapore tuh. lama gila la. lebih dari lima tahun tak jumpa. last ramai jumpa masa nyaii aku meninggal masa tahun 2004. masa tu ramai la balik. yela, nyaii aku nyaii diorang jugak kan? ermmm...


sekarang ni semua dah besar panjang. cantik2 dan handsome2 anak sedara aku. aku pun tak kenal ni anak akak n abang mana. aku bantai je salam. mostly salam cium la tangan aku. dah kata anak sedara kan? hikhik. orang pun macam kecelik tengok aku dah besar temok panjang. hikhik. yang best tu bila wak aku tanya ni siapa, aku cakap la ni anak yah yang kecik.. iza! cakap dengan orang tua kena la kuat sikit.. diorang kurang dengar.. ohhhh... dh besar dah cantik sekarang...* hidung kembang kempis jap*



hahahha.. kelakar okeh. semua dok salam2 cium2 dengan mak aku. lepas tu bual2. sampai tengah hari kami pun nak balik. nak naik bot pukul 2 then balik kampung. macam tak puas gitu kan sekejap sangat jumpa. nak berbual pun tak dan la.. tak pe2 next time ada la masa nak berbual. 


tu ramai dah yang bertunang tu? insyaAllah tak lama lagi kahwin kan? haaaa... boleh la datang lagi.. =)



sekian dari saya melaporkan dari Tampenis Street untuk blog picisan saya. hikhik



bye!!



2 comments:

ezy.fia said...

comelnye pelamin..
pestym tgok kerusi pelamin kaler hitam..
hihik

Nour Eyza said...

tapi pelaminnya simple sangat kottt..hehehehe