Happy Cat Kaoani -->

Thursday, January 6, 2011

merasai kemanisan rindu!

sudah lima hari  aku berada di bumi shah alam ni. keadaannya sama cuma keadaan rumah sahaja yang lain. dulu aku duduk asrama, sekarang duduk rumah sewa sendiri. lain la rasanya. tapi lain2 tu sama je.




tapi bila aku duduk disini aku rasa rindu... rindu sangat! rindu sangat kat adik puntal aku. selama sebulan lebih cuti sem lepas tiap2 hari aku main dengan dia... belai2 bulu dia.. main2 dengan dia.. cium2 dia yang mucuk tu.. melihat keletah dia buat penat aku hilang..(erkkk.. aku pernah penat ke masa cuti sem kat rumah hari tu? konpius)








dia. nama dia puntal. asal nama ni mak aku yang bagi sebab ekor dia terpuntal. ekor dia paling pendek antara 5 adik beradik dia. dan aku bajet dia adik last sekali sebab ekor tak menjadi...hehehe







aku tak tahu kenapa aku paling sayang pada dia. dalam ramai2 adik beradik dia yang paling aku sayang adalah dia. kenapa aku tak tahu. dulu, masa dia kecik pernah plan nak buang dia dengan yang satu lagi warna kelabu putih jugak sebab tak lawa. dulu aku suka coklat sebab warna dia nice je. tapi bila dah semakin membesar ni sayang pulak nak buang kucing2 ni semua sebab mereka sangat cumel dan keletah dia buat aku terhibur... bak kata mak aku " dah besar2 ni semua cantik dan manja2.. macam sayang pulak nak buang.." emak pun feeling macam tu. sebab tu la sampai sekarang niat untuk buang tu bantut je sebab melihat kemanjaan dan kecomelan mereka semua...






aku beruntung kot semua ahli keluarga aku suka sangat kucing... sayang kucing sejak azali lagi. even abah aku yang gemuk dan garang tu pun sayang kucing. dia pernah juga dukung dan cium kucing tu. kalau balik kerja je nak rantai motor abah akan usap2 dulu yanti atau apin yang tidur atas motor.. manja2 semua kucing2 aku. tahu je tuan dia sayang dia...







walaupun kos sara mereka tinggi, means makan la.. sebab lain2 aku tak provide. macam sand ke, vitamin ke, ape ke semua aku tak bagi. biar pi la.. kucing kampung... bela la cara orang kampung. kalau aku makan nasik, mereka semua pun makan la nasik.. lauk pulak bergantung pada lauk yang kami makan hari tu.. kalau ikan, ikanlah, kalau ayam, ayamlah.. tapi kalau makan lauk telur ke, sotong ke, daging ke, udang ke, kerang ke mesti diorang tak ada lauk.... kalau macam tu mak aku akan gaulkan nasi dengan kepala ikan bilis atau sardin... mak aku sanggup masak nasi lagi kalau malam tu semua orang makan dan nasi habis.. mak akan masak lagi satu put atau setengah put untuk kucing2 aku makan..lepas masak cedok dan letak kat pinggan sejukkan.. then, dah sejuk baru bagi makan.. curah kicap2 sikit bagi lemak...






kami semua pun kalau makan nasik ingat kat kucing2 seramai 6 ekor tu.. selalu tanya cam ni 


"kucing ada nasik ke ni?"


atau


"mak, nasik untuk kucing ada?"



tapi selalunya mak aku akan kata,


"makanlah.. kucing nanti mak masak lain.."






selama ni walaupun ada kegawatan ekonomi aku sekeluarga termasuk kucing2 tu semua dapat je makan.. tak pernah tak bagi makan.. semua makhluk ada rezekinya kan.. aku harap nanti kucing2 tu dapat doakan kesejahteraan kami sekeluarga dan sentiasa dimurahkan rezeki... sebab rezeki aku, rezeki mereka jugak...





tengok tu.. berebut2 makan.. heee.. semua kalau makan jajan atau makan apa2 je la mesti nak tekup pakai tangan... kira kalau kita 'cop' la makanan tu biar orang lain tak ambil..ehehhehe.. comel je sebab tangan diorang kecik2 je...hehehehhee...
















saya sangat rindukan dia sekarang...





HELP ME!!!!





1 comment:

Anonymous said...

rndu kucng saya