Happy Cat Kaoani -->

Sunday, January 23, 2011

Cerita Masa Cuti



ce cite.. ce cite.. hahha.. aku nak cerita benda ni tapi dah lama. masa cuti sem hari tu. masa hari krismas. kalau korang nak tahu aku every year sambut hari krismas. tak caye?? 





every year sejak beberapa tahun ni memang aku mesti meraikannya. tapi!! korang jangan ingat aku meraikan Krismas pulak. sebab kalau krismas kan waktu cuti dan company abah aku pun cuti. perghhhh.. company ABAH AKU sekali sebut..hahha. padahal ayat dia begini.. company abah aku kerja. baru betul. kalau kakak aku dengar mesti dia marah sebab salah sebut... dia kan cikgu moral + bahasa melayu..hikhik





aku tahu, semua orang dekat tempat kerja abah aku tu mesti menantikan saat 25 Disember tiap tahun. sebab apa? sebab 25 Disember merupakan Family Day bagi company abah aku kerja. maka, adalah aktiviti makan, minum, games, lucky draw dan karaoke..





semua orang suka kot pergi Family day nih. sebabnya? sebab makan free dan dapat hadiah lagi. every person dan pekerja akan dapat nombor dan nanti nombor tu akan dicabut dan dapat hadiah. kalau pekerja tu mesti semua dapat. takkan ada yang tak dapat. kalau ahli keluarga pun mesti semua akan dapat nombor dan biasanya akan dapat. macam family aku, cuma ada 4 orang je.. tapi almost 3 orang mesti akan dapat hadiah cabutan bertuah... dan tiap2 tahun amatlah bertuah. mesti dapat macam2 hadiah. biasanya hadiahnya adalah barangan elektrik rumah macam jag elektrik, juice extractor, radio, hair dryer, table fan, coffee maker dan paling besar adalah mesin basuh!!





best kan dapat barangan rumah? jag elektrik ada 3 dekat rumah. satu je beli. tu pun sebab mula2 akak masuk u dia nak guna. lepas tuh dah tak beli satu aku bawak ke shah alam ni. semua barang boleh guna dengan baik. mesin basuh tu dah setahun tapi belum guna lagi. mesin basuh tu jenis semi auto. yang perah dekat pintu sebelah. bukan sekali. tapi ok jugak dapat mesin basuh. tapi dekat rumah punya mesin auto boleh guna lagi walaupun mesin tu dah jadi separuh auto sebab dah tua dan dia dah nyanyuk sikit...hahahhaha





banyak la pulak aku membebel atas nih kan.. kang sia2 ade orang bagi pelempang sebijik.. meh2 aku nak kasi mata kau semua sedikit appetizer..hahaha





 ini semua plan abah aku.. dia kata nak pergi pengantin dulu baru pergi Family Day.. padahal family day tu start kul 12.. mane sempat.. jadi abah aku arahkan semua pakai baju kurung.. nak pergi pengantin kan katanya.. tapi sekali tak jadi.. maka haruslah mak cun2 dengan baju kurung cotton bunga2 pink tuh pergi Family Day.. hikhik







 hah, ambik kau... sekali abah aku taram baju batik. dah macam YB je gayanya. dah la datang lambat. masuk2 je dengan baju kurung dan make up bagai semua. siap berwedges2 lagi.. mane la orang tak pelik.. mengarut je tibe2 keluarga nih datang dengan cantik sakan. sebab kalau nak ikutkan, rumah kami la yang paling dekat dengan tempat Family Day ni. buat dekat dewan Tanjung Kapal Resort... sekampung la tuh dengan rumah aku..hakhakhak







ini pinggan yang mengadap aku. nasi ade dekat pinggan lain. aku cedok lauk je.. yang penting ada udang goreng tepung dan ayam masak merah. aku tahu sangat ayam masak merah ni siapa yang masak. femes sangat kat tempat aku. nasi beryani paling kaw kat area kampung aku lah.. =P







ni makanan aku dan family aku yang punya... keji tak? banyak sangat. yang ambil dah la aku.. siap berebut2 dengan wedges 3 inci tuh.. smart tak aku?? hehhehe






cun tak? cun tak? muntah!!





antara tetamu yang hadir...






ini amat best. sebab aku jadi femes sekejap. aku kena panggil atas pentas untuk bagi hadiah cabutan bertuah.. awwwww.. bertuah mak uolsss... hahahha.. sekali nama kena point dengan ala2 pengara.. hambik kauuuu.. kena naik pentas.. malu aku. sebenarnya akak aku yang kena point tapi dia pass kat aku. aku kan tak tau malu..hahha.. dia pemalu..cissss!


tapi sesekali vangga mak dok atas tuh..hikhik =P





ni la antara hadiah yang dapat. aku dapat hair dryer, akak dapat coffee maker, abah dapat table fan dan jag elektrik..heeee..





hadiah agak lumayan la sebab ada mesin basuh, tv 29 biasa dan plasma, DVD player, vacum, dan hadiah misteri Sony Ericson Touch.. dengar kata Experia... penat aku baca2 puh2 suh nak dapatkan handphone sony tu.. sekali non ado.. tak dapat pun!




cis! 




lain kali cuba lagi..




tata!


No comments: