Happy Cat Kaoani -->

Friday, May 21, 2010

~Tak Usah Mengelabah~

okeh, mengenai entry kali ini saya ini bercerita tentang gelabah..
anda dinasihatkan supaya jangan gelabah bila berada dalam situasi apa pun kan?
walau se'panik' mana kamu kamu jangan terlalu mengelabah
haa.. kalau kita takut kita akan mengelabah kan?
jadi takut = gelabah..
jadi mcm ni :

takut + tamak = gelabah

paham tak?
heheh, saya ni tak reti math, math selalu fail.. (-_-')
jadi ni persamaan bahasa melayu sahaja mampu saya hasilkan..
*maaf kepada cikgu math saya, samada math moden atau add math..hehe

kenapa ada tamak tiba2? haa...
sebab kalau org tu tamak, dia tak bagi org lain akan lebih dari dia, bila tak boleh lebih dari dia, dia akan gelabah sebab tak mahu orang tu lebih maju dari dia..
mula la nak tuduh orang tiru dia atau apa sahaja janji menyedapkan hati dia..kan?
*annoying orang macam ni sebenarnya..


tak kah anda tahu yang orang tu BUKAN, saya ulang sekali lagi,
kadang2 orang BUKAN meniru anda atau mencari persamaan dengan apa yang anda miliki..
mungkin orang tu tahu dari orang lain? mungkin dari pengalaman dia.. mana anda tahu kan?
sebab dalam dunia ni banyak benda yang dicipta untuk umum..jadi tak mustahil barang kita atau apa sahaja kepunyaan kita ada sama dengan orang lain kan?
sedangkan manusia pun Allah ciptakan ada 7 wajah yang sama dalam dunia ini..
masyaAllah agungnya ciptaan Tuhan kan..


berbalik pada topik!
kita akan mengalami persamaan dengan orang disekeliling kita, walau siapa pun dia
sebab benda yang tercipta semuanya bersifat umum, lainlah kalau ia direka khas untuk kamu sahaja, itu mungkin la tak ada yang sama..
tapi kadang2 ada jugak sama!
haha..


okeh2, mari kita renungkan perkara yang kita akan sama :-

1-sama nama (paling biasa)
2- sama barang : mcm kereta, hp, laptop, barang rumah, atau sebagainya
(lainlah kalau anda design handphone dan kereta sendiri ke syarikat pembuat handphone dan kereta buatkan design anda yang 1 je ada dalam dunia ni kan..tu pn design yg mengarut2 bru la tak ada orang ikut, tp kalau mengarut tu kalau kereta akan jd senget ke, kurang laju ke atau tak sesuai kat jalan raya biasa almaklum la nk yang lain dari yang lain kan..dengan dulu tak lulus fizik lagi la mengarut daya2 yang dikenekan)

3- sama hobi, tabiat, sifat pun ada sama : mcm hobi memancing, kumpul setem, bersukan, menonton wayang dan banyak lagi kan..

4-sama sekolah, sama pkai baju sekolah tu, dan pakaian sukan..

5- sama menggunakan aplikasi seperti :
  • facebook, myspace, friendster, tagged, twitter, blog, thumblr, wordpress, nuffnang, ares, 4shared.. (kalau tak boleh sama baik kamu create aplikasi sendiri dan main sorang2..sbb aplikasi ats ni nak tambahkan connection sesama manusia) ^^,
  • bayaran on9 bank, cukai tanah, rumah, harta dan sebagainya..naiya kalau ada org marah sebab dia tak kasi org lain byr cukai or incometax or renew cukai jln or ape je pki aplikasi tenet sebab dia dah buat dulu, dan dia tanak org lain ikot. org lain kene byr manual..OMG..gilak! (-_-")
  • segala apa yang tertulis untuk UMUM, semua orang berhak untuk menggunakannya.. berhak ya.. tak ada golongan yang tidak dibenarkan seperti ruangan 18SX, atau aksi terlampau atau sebagainya (tu memang x cukup syarat kena blok)

Gelabah juga boleh menunjukkan anda tidak bijak mengawal emosi anda
nampak sangat anda pantang dijentik dah mudah melenting (bahasa2 artis) haha..
jika ada orang yang anda rasa meniru anda biarkanlah sebab bukan beliau ambil harta anda dan apa yang dia tiru tak menjejaskan hidup anda bukan?
Yang penting kene cool dan senyum selalu..
tak perlu nak marah2 ye.. sebab dalam dunia ni kita akan meniru dan ditiru serta mempunyai persamaan dengan orang sekeliling kita.
baik yang kita suka atau yang kita tak suka..
mereka dengan cara mereka, anda dengan cara anda..


tidakkah anda rasa jika ada orang yang meniru anda disebabkan anda ini pencetus ilham mereka?
think positive..mungkin juga kan?
sebab bila mereka tengok anda menggunkan sesuatu itu dan membuatkan dia juga ingin memakainya, ingin menggunanya..


tapi!
ada juga yang tidak sengaja, maaf je tak sengaja telah menggunakan atau memakai barang yang sama dengan anda, mungkin bukan anda yang menjadi pencetus ilham mereka tapi orang lain..
jadi buat apa anda mahu marah?

satu lagi, tentang trend..
trend juga membuatkan ramai orang mahu mengikutnya
macam pakai blackberry, iPhone, pakai shawl, pakai wedges.. tu semua trend orang sekarang..
jadi takkan bila anda lihat seseorang tu pakai blackberry atau iPhone macam anda,  tiba2 anda nak mengamuk dan marah2 mereka?
tak relevan kan?? (-'_'-)"
kui3..


jadi,
terimalah hakikat yang apa yang ada dalam dunia ini akan ada persamaannya, kecuali cap jari anda..
kalau setakat barang, pakaian, kereta, spek, handphone, beg, kasut, heels, wedges, layout myspace, layout blog, aplikasi yang mereka guna atau sertai tak perlu kot nak perli2 orang tu atau nak marah2 mereka..
sebab semuanya UMUM bukan?


jangan menampakkan sangat yang anda sedang memerhati gerak geri orang tu sampaikan anda termalu sendiri.
kalau nak jadi pemerhati jadilah pemerhati berjaya..
kalau nak jadi pen'stalker', jadilah pen'stalker' berjaya..
jika nak jadi peng'back stabber', jadilah peng'back stabber' berjaya..


tiba2 ade pulak citer pasal 'stalker' dan 'back stabber' nih kan?
yela, kan sekarang trend orang jadi 'stalker'.. spy.. pemerhati jarak jauh..
jadi mesti jugak nak sebut kan..
paling berjaya 'stalker' dalam facebook kan, sebab kita tak boleh tengok sape yang view kita macam friendster..hahaha
jadi terimalah hakikat anda selalu di 'stalker'
dan saya juga.. ^_^


akhir kata, janga mengelabah tak tentu pasal tentang benda yang remeh temeh juga yang tak relevan nak dibahaskan sebab anda akan mengundang malu anda sendiri..
chill out and don't angry2..

^_^V










No comments: