Happy Cat Kaoani -->

Monday, April 26, 2010

:: KaSiH YaNg TeRtiNgGaL::

Ini adalah rentetan cerita mereka.
Mereka yang saya kasihi.walaupun bukan sepenuh hati namun ia masih berbekas jua.
Saya tahu umur mereka memang tidak panjang.
Namun sentuhan dan belaian untuk mereka masih terasa.
Kasih sayang mereka memang tulus.
Selembut bulu2 mereka.
Mereka yang  comel, mereka yang manja dan masih terngiang-ngiang kedengaran suara dan gaya mereka bermain.masih terlihat-lihat lincahnya keletah mereka yang buat saya senang hati.memang menyenangkan hati.

Namun diantara mereka telah meninggalkan saya.
Buat selamanya.saya mmg sudah jangka semua ini.mereka takkan pernah lama.
Meninggalkan saya dengan seribu memori yang menyakitkan hati juga mencuit hati..

Mereka yang paling saya sayang adalah ‘Kecik’.
Ya, ‘kecik’ namanya.unik kn? Sebab masa dia kecil mak tgk dia kecik je.comel2 manja2.lalu mak panggil dia kecik.dan seisi keluarga memanggil beliau ‘kecik’.
‘kecik’ adalah kucing kami yang paling baik.paling lembut bulunya.paling lincah.paling comel.paling pandai.
Warnanya putih hitam sahaja namun kelembutan bulunya amat mengasyikkan sesiapa yang mengusap beliau. Sangat manja. Kuat tido dan kurang makan.hidupnya hanya dirumah.tidur.sampai waktu mahu beri beliau makan kami akan kejut dan bagi makan. Kalau tidak kecik tak akan selongkar tudung saji atau periuk sendiri.
Kecik mmg kuat tidur.mak boleh tinggal dia tidur sendirian dalam rumah dan mak pergi ambil aku dari sekolah.mmg tak lama tp dia mmg tak bangun.dia tidur sangat pulas.sampai aku balik rumah aku akan kacau kecik tidur.gayakanlah bagaimanapun dia akan tetap tidur.

Kecik juga kami bagi tidur dalam rumah kerana dia sangat baik.bahkan tidur atas katil dan sebilik dengan aku. Kecik akan tidur atas katil akak dan aku tidur atas katil aku. Dia tidur pulas membulat. Bila subuh selalunya dalam pukul 4 dia akan kejut aku sebab dia nak keluar. Aku akan bukakkan pintu dan kecik akan keluar.
Dia takkan kencing dalam rumah atau curik makanan kami.kecik juga tak akan kencing atau melepas atas tilam.kecik mmg baik dan pandai.dia akan keluar kalau dia nk buat semua tu.
Kecik juga suka tidur menyorok belakang mak.bila mak duduk atas sofa dia akan datang dan sorok kepala dekat belakang mak dan tidur.tak pun kecik suka tidur bersama kami, disebelah2 kami dan kami peluk.
Kecik pula sangat lincah.lincah bermain. Apa sahaja yang diberi mesti dia buat main.dia sangat suka bola kertas.dia akan main sampai bola tu hancur, basah dan bersepai..
Selain tu kecik suka main bakul angkat baju dan tudung saji kami dia akan masuk dalam dan duduk dalam dan main.kecik2..comel dia main.
Kalau nk cerita pasal keletah kecik mmg tak pernah habis.xpernah luntur dari ingatan tentang kebaikan, kelembutan, kelincahan serta kemanjaan beliau.
Huh, malangnya aku tak ada gambar kecik.kemudian satu hari kecik sakit. Dia x nk makan.badannya lemah.kemudian dia hilang dan tak balik2 lagi.mungkin dia dah mati.

Selepas kecik ada kontot. Kontot ada 2 ekor anak.seekor namanya abang dan seekor namanya adik sebab seekor jantan seekor betina.aku yang beri nama.
Abang amat garang dan penakut waktu kecil.adik tak berapa garang dan penakut. Bila mereka membesar abang menjadi sekor kucing yang gagah.adik masih begitu.bila kontot mati tinggal abang dan adik sahaja.abang selalu bergaduh dengan kucing lain yang datang dan mengurat adik.abang jadi takut.abang demam.abang lari rumah.sejak abang lari rumah mula2 sehari dua je kemudian abang lari rumah lama berbulan pula.
Satu hari abang balik.masa tu adik dah ada anak.yanti dan apin.masa abang ada adik dan ada yanti tp masa tu yanti kecik.sekarang ada apin pula.mak gembira abang balik.ingatkan abang balik terus tp rupanya beberapa hari lepas tu abang lari lagi.
Sekarang tinggal adik, yanti dan apin.apin adik yanti. Apin jantan.warnanya macam abang.ekornya mcm abang.mak sayang apin sebab apin baik.apin manja.apin xsusahkan mak.
Kemudian adik ada 4 ekor anak lagi.adik2 apin dan yanti.semua hidup tapi tiba2 sekor demi sekor anak adik kali ni mati.tak tahu kenapa.aku pun tak beri nama yang kecik2 ni sebab tak tahu nk beri nama apa.ramai sangat.

Kos makan banyak.mak bising juga.tapi masih sayangkan mereka.
Ura2 nak buang mereka mmg dah lama sebab ramai sangat kat rumah.tak tahan tanggung kos makan dan bila mereka melepas sana sini. Tapi masa tu mereka masih kecik masih menyusu badan jadi x sampai hati nk buang.tunggu besar sikit.
Baru besar sikit mereka sekor2 mati.tak tahulah kenapa.4 ekor semua mati.kemudian disusuli dengan apin. Apin yang mak sayang2 tuh.apin dah 3 ari tak makan.muntah2.kenapa kami tak tahu.mungkin mereka kena sakit.

Kemudian adik dan yanti pun sakit.tak makan.tidur je dan x larat.tapi adik dan yanti baik selepas beberapa hari kemudian.sudah boleh makan.sudah bising.
Walaupun ada yang tidak lama namun masih ada sisa sayang buat mereka.masih ada kenangan dengan mereka.namun sayang, nyawa mereka tidak panjang…



No comments: