Happy Cat Kaoani -->

Saturday, April 17, 2010

:: mari cari penyelesaian::

kalaulah kamu tahu bahawa aku tidak pernah berkata apa-apa terhadapmu
kalaulah kamu tahu aku juga tertanya2 mengapa kita jadi begini
kalaulah kamu tahu aku tak sanggup bermasam muka denganmu

namun aku tak terluah..
jika benar katamu aku juga begitu sebenarnya
aku juga diasingkan
aku juga dipandang hina
di kutuk
dikeji
namun aku tak tahu apa yang mendorong aku senyum
sebab aku aku tidak lama disitu

jika kau tahu bila orang yang tidak tahu pasal kita bertanyakan apa sudah jadi dengan kita aku tidak mampu berkata apa2..jawapanku " tak ada apa2.."
jika kamu tidak percaya kamu boleh tanya beliau..beliau yangg selalu makan dengan aku..
kamu tahu bukan?
aku tidak berkata apa2...
tak mahu memburukkan kamu..
walaubagaimanapun kamu masih kawan aku..

aku nk kamu tahu
aku juga merasakan sepertimu
mereka juga bermasam muka denganku
mereka memandang jijik denganku
mereka memperli aku
mereka mengutuk aku
mereka buat2 tak sedar dengan kehadiranku..

aku bukan jenis slumber
aku bukan jenis kecoh2
aku hanya diam dan memerhati
apa yang mereka fikir aku tidak tahu

mungkin kita mempunyai persamaan
aku mahu kamu tahu bahawa aku tidak pengaruhi mereka
mereka kata kamu yg menjauhkan diri dengan mereka
aku tak tahu pun
aku hanya mendengar sahaja tanpa memberi pandangan

mungkin kita telah salah anggap
antara entry kita juga tiada kena mengena
aku kadangkala berkata tentang orang lain
bukan tentang kamu
aku juga ada kenalan lain..
namun malangnya kamu telah terasa

aku mahu kamu tahu
kadang2 mereka memperli aku
perli yang tidak perlu
aku juga ada perasaan
terguris itu sudah pasti..

kamu juga sudah banyak menabur budi
aku amat berhutang budi denganmu
kamu baik sebenarnya yang aku kenal
namun apa masalahnya aku tidak tahu...

aku harap kamu memahami
aku juga rasa apa yg kamu rasa
sama ada mmg perangai mereka  begitu
atau kita telah di pengaruhi hati

akhir kata dari aku
aku mahu mintak maaf denganmu
dengan segala kesalahanku
dengan segala keterlanjuranku
namun untuk berdepan denganmu aku masih belum pasti
hati ini belum mampu

aku harap hubungan kita mampu dibaiki
mampu di betulkan mana yang salah
atas dasar sesama kawan aku telah secara jujur berkata denganmu aku masih sayang kamu dan mahukan hubungan kita yang dulu
aku harap kamu dapat memahaminya...

No comments: