Happy Cat Kaoani -->

Wednesday, October 23, 2013

Gila kasut






Assalamualaikum...



hari ni aku gilaa kasut. jumpa kasut cantik malam tadi lepas tu jadi sawan sekejap sebab lawa sangat. rasa macam nak beli semua kasut2 tu. heyyy.. aku memang gila kasut tau. 


mak aku dah bising cakap kasut aku je banyak. kasut orang lain sikit je. dah la tu orang lain guna sampai rosak. aku belum rosak dah nak beli lain. almaklum la manusia cepat bosan ni bahaya. hahahha.. tinggi keinginannya.. 


lepas aku dok google2 jumpa la beberapa kasut ni. rasa macam dah lama sangat tak pakai high heels. sejak2 badan macam dipam2 ni rasa macam tak sesuai pulak pakai high heels. sesuai pakai wedges. lebih sesuai melangkah dengan yakin dan dapat menampung berat aku yang semakin memberat ni. hahaha....


ni nak tunjuk sikit kasut2 yang aku suka sangat ni...

















amacam? mengancam? ada sesama gila wedges jugak? macam ramai je perempuan yang suka kasut kan? gila kasut. seriusly aku tak terkecuali. kasut2 atas ni rasa macam cantik dan comel je kalau dapat kan? huaahahha..


rasa nak beli semua je. kalau la aku kerja nanti ade duit sendiri macam mana la agaknya kan? mesti aku gila beli kasut dengan tudung. sekarang ni pun dekat seguni tudung aku ada. bukan main banyak lagi. nanti kalau aku ada kerja sendiri ada duit sendiri agaknya macam mana la nak simpan baju, tudung, kasut, beg aku yang banyakkkkkk tu.


aku ni jenis cepat bosan. bosan sikit beli baru. bosan sikit tukar. belum rosak or buruk aku dah nak beli lain. mana la tak banyak harta rumah aku ni. nanti kalau nak pindah macam mana agaknya nak kemas kan? boleh bengkok badan aku nak mengemas.


itu pun sekarang aku dah banyak bakar dan buang barang2 aku yang tak guna. buku2 lama. majalah2 lama semua aku dah buang. majalah 10 taun dulu aku dah tak simpan dah. dan sekarang aku kurangkan beli majalah. malah langsung tak ada beli lagi. hari2 abah beli surat khabar je. lagi pun surat khabar tak apa boleh buat bungkus2, alas2, bakar2 kan? hahaha..


tengok dah melalut. ok. mari kumpul kasut bagi kesejahteraan sedunia. kikiki..



babai!




1 comment:

Aku Penghibur said...

wahhh minat kasut ..bagus2 ..cantik2 kasut