Assalamualaikumm...
salam semua.. sihat idok hari isnin ni? pada yang bekerja selamat bekerja dan pada yang sekolah selamat bersekolah. dah habis peperiksaan akhir tahun? baguslah. macam mana? ok? yang dah habis PMR berdebar? cuak? jangan la risau sangat adik2, cikgu baru nak pergi menanda paper PMR awak tu. akak aku la tu. pagi2 hari ni terus ke sekolah tempat nak tanda kertas periksa. 3 hari tanda. 2 hari key in data. pada adik2 yang nak exam SPM tahun ni dah buat persiapan akhir? buat yang terbaik okeh!
amboi, panjangnya introduction! hahaha.. ok. kita ringkaskan. hari ni kita nak main masak2. yeaaaa! sukanya main masak2. bila main masak2 tak payah makan luar. kita makan luar saat kita malas masak okeh? haha..
hari ni nak kongsi resepi buat apam beras.
Bahan2 :
1 cawan nasi
2 cawan tepung beras
1 cawan gula pasir
1 1/4 cawan air
1 sudu kecil yis
sepaket eno original
Cara2:
1. Kisar nasi bersama air sehingga halus. Kemudian tambahkan tepung beras, gula, dan yis. Kisar lagi sehingga halus. Tutup dan perap sehingga 3-4 jam.
2. Selepas diperam, kacau perlahan dan tambahkan eno. Kacau hingga sebati. Letakkan pewarna jika mahu.
3. Panaskan kukusan dan kukus selama 15-20 minit dengan api yang besar.
4. Boleh dihidangkan dengan kelapa parut.
** aku kurangkan gula jadi 3/4 cawan je sebab manis. dan jadi dalam 19 cetak aku je. cetak tu agak la besarnya. macam dalam gambar. hihi

haaa.. tu dia apam beras comel merekah buatan ku. haha.. warna malas nak dipelbagaikan maka warna merah ajelah. haha. bentuk dah huru hara sebab masa keluarkan tu dia agak melekat dengan acuan. lupa nak gris dengan minyak sikit. jadi nanti korang buat gris sikit ye acuan tu supaya tak melekat. senang nak keluarkan lepas sejuk nanti. hihi.
nah.. close up sikit..
haaaa.. tu dia. rasa sesedap rasa. kahkah. jenis tak reti komen. pastu komen sedap2 je la aku nih.
sila la cuba resepi ni. senang mudah dan sedap! hihi
babai!
sila la cuba resepi ni. senang mudah dan sedap! hihi
babai!
No comments:
Post a Comment