selasa lepas saya menjadi SOD terakhir. SOD means Supervisor of the Day! dan saya memilih tema hijau sebagai warna tema restoran saya..
its my feberet color ever...
=P
lalu dengan rasa tak berapa gementar saya menjadi SOD hari tu. minggu test yang menggerunkan sesiapa yang kena test. tapi saya dah lepas minggu lepas.
jadi sekarang hanya untuk menjadi SOD sahaja.
saya adalah orang terakhir menjadi SOD.
semua ni kerana undian.
dan saya telah menjadikan Mock Restaurant 2 menjadi kehijauan
memang niat nak buat macam tu pun
tapi biar hijau yang tak sakit mata memandang
nasib baik ada satin wane hijau
kalau tak ai bakor laundry!
bako.. kita bako!
dan saya telah menjemput kawan saya yang diimport dari fakulti lain
haaaa.. nasib baik semua excited nak datang makan sini kan
kalau tak ai tak ada guest nyah!
penat la ai tampal promotion mau la tak ada sape kol ai.. hahahah
ni dia guest2 ai..
ni ex-rumate saya masa sem lima diploma. saya diploma dekat UiTM Melaka. harus la saya ajak dia kan. wajib kena tolong saya jadi guest saya!
ni lah kawan2 dan lect kelas serving saya. Lect en Wan. dan semua kawan2 seperjuangan. saya sayang mereka awww...
ini adalah menu saya. warna hijau adalah harussss. dan designya hendaklah butterfly. sebab saya suka sangat dua benda ni. akhirnya impian menjadi kenyataaan. dan hasilnya begini! tarrra!!
tiba2 lect panggil saya
Lect 1 : SOD, mana menu?
SOD : ni encik.
Lect 1 : macam kad kahwin * sambil senyum senget2*
SOD : eh, tak ada gaya pun.. * menjawap*
Lect 2 : membelek-belek menu aku yang cantik. melintangkan untuk baca Mock Restaurant 2 yang melintang..lalu berkata "walimatulurusss..."
Lect 1 : belakang tu ada plan ke rumah pengantin...
SOD : saya nak letak plan ke Mock Rest 2 ni.. tapi tak jadi * menjawap lagii sambil sengih-sengih*
secara keseluruhannya saya berpuas hati. segala penat lelah menjadi dengan jayanya!
terima kasih banyak2 kepada kawan2 yang telah berkejrasama menjayakan hari ni dan 14 minggu sebelum ni. saya amat hargai setiap titisan peluh kamu semua yang keluar untuk kelas ini.
semoga apa yang kita pelajari selama ini akan di gunakan sebaik mungkin di dunia luar dan kita dapat memanfaatkan segala apa yang kita pelajari dengan betul dan konsisten. doa ini untuk semua.
pppsssstttt :: pasti rindu mock rest dan kawan2 akan menjelma. big thanks semua yang terlibat.. minta ampun salah siap dan andai terkasar bahasa. =P
No comments:
Post a Comment