Assalamualaikum...
lama aku tak merepek- dekat blog ni. ala, blog yang senggung tu. blog aku la tu. jangan risau. aku tak pergi mana2. hahahaa.. masalahnya, ade ke orang yang risau? kahkah! sumpah perasan. aku sambung keperasanan aku dengan cerita aku yang suam2 kuku tuh.
minggu ni tak ada apa bz sangat pun. sebenarnya hari2 pun tak bz. biasalah la duduk rumah kan. iols kan suka duduk rumah. macam2 benda iols buat dekat rumah ni. banyak uruskan buat kerja rumah, berkemas dan buat urusan settlekan rumah baru. jadi macam ni je la aku. makin lama makin bertambah sihat. ewahhh..
minggu ni tak pernah mana sangat, minggu ni duduk rumah buat kerja2 dalam rumah je. ni la, hakak aku suruh buatkan banner la, logo kelab la hape la. jadi aku kan hadik yang baik lagi budiman, comel dan baik hati. maka aku buatkanlah logo kelab dengan banner yang dia nak tu.
banyak kali jugak design dan buat tapi dia nak ubah itu ini dan edit banyak kali. aku sebenarnya dah lupa nak guna adobe photoshope apa semua. memula aku guna photoscape je lepas tu macam tak berkesan sangat, so aku cari la jalan macam mana aku nak pandai crop gambar, nak edit gambar itu ini guna adobe. gigih aku google semula step2 pastu cuba banyak kali. gigih sangat aku dengan internet slow ni. kalau internet laju dah macam2 benda aku donlod pastu aku buatkan. hikhik
dan inilah hasilnya aku edit cincai2 ubah2 apa yang ada dekat google. janji akak aku suka dan dia ade banner and logo club. ala, aku tak pandai edit2 ni. tahu pun benda basic je. aku bukan orang art. tapi aku suka art. tapi suka lagi dekat sejarah. haha.
ini kononnya logo kelab fotografi akak. ala. gua edit je dari logo luar negara. standard la logo bodoh2 ni aje. haha. janji ada je kerja2 sekolah ni. bukan nak beria sangat kan. haha. tu pun akak aku suka sangat ada orang buatkan dia logo kelab. harapakan dia buat sendiri, lagi la dia tak reti. haha
akak nak simple tapi menepati citarasa dia. yang penting ada banner dan takada tarikh dan tahun. senang boleh guna tahun2 depan. biasanya banner macam ni tahan je kan. tu yang buat je apa2 asalkan akak suka. since akak puas hati je dan la. dia tu guru BM dengan cikgu PUSTAKAAN. jadi tu yang kena buat nilam ni.
lagi satu banner akak request untuk rumah sukan warna biru dia pulak. banyak sangat la nak buat banner sampai aku pulak yang kena buatkan. haha.. akak aku kata nanti dia bayar. kahkah. aku tak kesah sangat la asalkan dia belanja makan Dominos Pizza dengan belikan apa aku nak. hahahaha..
ni untuk banner rumah sukan pulak. ni pun buat banner bodoh2 je. janji dapat buatkan untuk akak. dan akak suka. tu je. tayah susah2 nak buat dia suka. benda2 senang macam ni pun boleh buat dia suka. haha..dia kata aku buat cantik. padahal nak ambik hati aku lettew. nanti akan datang senang dia suruh aku buat lagi. haha..
bagi korang yang pandai buat art2 dengan design tu tayah kutuk aku. aku tahu benda tu tak lama dan sangat basic bagi korang. haha. paham2 sendiri sudah. aku bukan ada basic adobe pun, semua tu belajar sendiri dari google dan kawan2.
yang aku pentingkan, aku dapat tolong akak aku. dia boleh buat kerja sekolah dia dan settle kerja sekolah. aku suka tolong2 akak aku dengan kawan2 aku yang cikgu buat kerja diaorang. haha. jadi pembantu guru tahap ijazah boleh. aku suka buat benda2 mengarut tu.
setakat ni tu je yang aku buat. tapi lain2 lupa nk snap gambar so jadi tak best nak cerita. hihi..
ok la, babai!
No comments:
Post a Comment