Assalamualaikummm....
lately ni entry aku pasal makanan je. resepi itu ini. hahaa.. almaklum la dah tak ada apa nak dibuat ni maka kita memasak. masak memasak ni bukan susah mana pun. langkah palingggggg senang nak masak kalau tak ada resepi adalah google je. dah dapat meh la buat. haha
selebihnya aku try and error je apa2 resepi dan ubah2 sikit mana yang aku suka. ikut tekak western aku ni. hahah. jangan risau. semua boleh kita ubah ikut tekak kita sendiri. jangan nak emosi sangat kalau tak jadi ke lain ke dari yang korang tengok kat internet. haha
kali ni aku buat pizza pulak. tekak gatai nak buat pizza kan. maka haruslah ditunaikan. kalau dah nak boleh je buat benda2 ni tapi banyaknya malas je lebih. sebab tu lagi rajin pegi beli je. hahaha.
resepi ni ambik dekat My Resepi. haaa.. mudah dan senang. sedap dan lembuttt je. akak aku sampai syorkan aku berniaga pizza. haha.. tak kosser aku nak berniaga. makan sendiri boleh la. janji puas hati je. bukan nak berniaga pun.
Pizza
Doh:
2 cawan tepung gandum/ tepung roti
2 sudu kecil yis
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
2 sudu besar minyak sayuran/jagung
1/2 cawan air suam
Cara:
1. Masukkan tepung, yis, garam, gula dan minyak ke dalam bekas. Gaul rata.
2. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit.
3. Gaul rata sehingga tak melekat di tangan dan bekas.
4. Selepas tu biarkan doh selama 60 minit. tutup bekas.
Sos
1 labu bawang holland - cincang halus
2 ulas bawang putih - cincang
2 biji tomato - cincang
3 sudu besar tomato puree
2 sudu besar sos tomato
1/2 sudu gula
1 sudu besar oregano
garam
minyak untuk menumis
Cara:
1. Tumiskan bawang holland dan bawang putih.
2. Kemudian masukkan semua bahan lain.
3. Kacau hingga mendidih dan tutup api.
4. Biarkan sos sejuk.
Topping
* ikut kesukaan orang*
Daging cincang rebus
Ayam rebus
Sosej ayam
Crab stick
Lada benggala/ Capsicum - hiris
Bawang hiris -hiris
Cedawan butang - hiris
Keju cheddar
Keju monzarella
Cara:
1. Ambil adunan dan canai nipis atau setebal yang kita mahu.
2. Letakkan atas loyang atau tutup periuk.
3. Sapukan dengan sos kemudian taburkan dengan topping.
4. Bakar pizza dengan suhu 200 celcius api atas bawah selama 20-30 minit. Bergantung la pada oven masing2 eh. hihi.
Tadaaaa!!!
ni dia pizza aku. aku buat dua versi. dua jenis topping satu pizza beef satu lagi pizza sosej and crab stick. pastu aku balun bubuh keju cheddar dengan monzarella. kalau nak sedap bubuh parmesan jugak. memang kenyang makan keju je. masalahnya keju ni sedap sangat jadi macam tak sanggup nak tolak. tak sanggup kata tak nak. rugi woo tolak pizza ni.
sos dia lebihan aku buat sheperd pie ritu. aku simpan sikit konon nak buat pizza. sampai sekarang baru la menjadi. haha. akak aku suka crust tebal, so aku buat tebal sikit. kalau aku pulak tak suka tebal2. suka nipis2 je baru mengancam. tak ada la kenyang makan tepung je. hahaha
maka jadilah dua jenis pizza gemuk gebu crust tebal ni semalam. makan punya makan tak habis. ni kita mediaum saiz la kalau dekat dominos ke pizza hut kan. tapi buat sendiri dekat rumah memang berbaloi gilaaaaa... dah la boleh bubuh topping sesuka hati kita pastu banyak gila dapat sampai tak habis. hahaha..
korang cubalah buat pizza ni. pasti tak menyesal. pasti!
babai!
No comments:
Post a Comment