Happy Cat Kaoani -->

Sunday, February 2, 2014

Tahun Baru Cina 2014






Assalamualaikum...



Happy New Year! Gongxi Fa Cai! Xi Nian Kuai Le.. bukan main lagi raya cina tahun ni aku beraya la rumah kawan aku yang aku rapat. dah beberapa kali raya cina aku dok beraya rumah kawan sorang ni sebab dia je rapat dengan aku. aku pun rapat dengan dua sejak sekoleh menengah lagi. 5tahun tu buatkan kami cukup rapat dan tak akan lupa samoai bila2 sebab yela, kami ni sekampung sebenarnya. nak lupa apa kan? haaaa!


dulu2 aku datang bawak limau dua bijik je tapi kali ni aku datang bawak hamper comel2 yang aku bungkus dan decorate sendiri. tapi malangnya lupa nak snap gambar hamper comel yang aku buat tuh. huahahahah.. dah balik baru teringat nak ambik gambar. boleh tak agaknya aku ambik suruh kawan aku ambikkan gambar hamper tu untuk aku? kahkahkah.. sengal kan perempuan ni. nyanyuk dah agaknya semua benda lupa. 


macam lama pulak nak tunggu dia reply. nanti kalau dia dah reply wasap dan send gambar aku post balik dekat entry. hahahaa.. nampak sangat perempuan ni tak ada tajuk sangat sampai hamper kecik pun nak jadi issue entry? poor u iza. hahaha..lantak. yang penting aku ada hemper datang beraya rumah kawan2. kecik2 pun jadilah. iols kan belum kerja lagi. nanti dah kerja iols bagi la besar sikit. haha.. *harapannn*


maka aku jamulah korang semua dengan gambar2 semalam dirumah kawan cina aku. yang penting dapat angpau. ewahh.. haha





aku pergi beraya pakai jeans dengan blouse je. tapi blouse warna merah dengan tudung merah. kurlas uolss.. nasib baik la aku memang ada baju merah dengan tudung merah, dapat la memenuhi syarat perayaan kan. nampak meriah merah2 ni. kawan aku sebelah tu pun pakai tudung merah dengan jubah silver. lawa dia make up semua. aku je selekeh2. hahaha.. kawan aku cikgu, harus la dia melawa2 semua. hikhik






kami bertiga je yang datang beraya. tapi tak habis2 nak bercakap je kerjanya. riuh rumah sebab nak berbual hal sekolah la. hal2 dekat u la. hal2 degree,master, phd bagai. hahahaha.. issue yang kami2 tahu ler.





inilah kawan cina aku.Tan Chi Wee. kami kawan dari sekolah menengah sampai sekarang. yang aku suka sebab dia ni pandai buat lawak. lawak orang melayu pun dia tahu jugak tu yang best tu. boleh buat lawak seloroh tapi dia paham. hahah.. dia sekarang ambil master phd dekat UTM Skudai sambungan dari degree dia dulu.


omaigeeeee... rendahnya akuuuu.. tu yang aku tak suka tu. bila aku ambik gambar dengan mak dan akak aku, aku rasa aku tinggi dan besar. tapi bila ambik gambar dengan kawan2 aku rasa aku ni pendek gila. jadi, inilah hasilnya aku yang paling rendah! wuuuuuuu T_T






kami sekampung tapi payah sungguh nak jumpa. ni pun sebab raya. kalau tak lagi payah nak jumpa. harap je sekampung.






terpaksa beliau merendahkan diri untuk sama setanding dengan kerendahan aku. aku tahu la dia tinggi dari dulu lagi tapi tu la. jadi macam sweet2 pulak bila dia rendahan badan macam tu. hikhik 








inilah angpau yang aku dapat dari tok dan pakcik kawan aku tu. weee...weee.. macam budak2 pulak rasanya. tapi angpau sekarang lawa2 sangat. macam2 design, macam kita jugak orang melayu. sweet kan sampul dia?


tahun depan tak tahulah kita dapat ke beraya rumah dia ni lagi. sebab aku pun bulan 3 ni nak pindah. hari ni dah masuk bulan 2, bila lagi nak berkemas, nak cari tukang renovate rumah, pasang grill, kabinet dapur, pasang mozek lantai, tempah langsir, pasang tinted, wiring lampu kipas, api, air semua. 


tu belum lagi rumah lama yang nak dibuka dijual barang2nya, nak di angkut barang2 dan apa semua. phewwwww.. aku rasa benda tu cukup buat aku sekeluarga demam seminggu. banyak kot barang rumah ni!


seumur hidup aku tak pernah berpindah. pindah pun dari jarak dekat je. so, pindah jauh2 ni memag tak ada dalam kamus. aku dulu siap pikir bila aku kawen nanti macam mana, khemah letak mana, orang rewang dekat mana. pelamin letak mana. tapi bila jadi macam ni musnah semuanya. tak pernah pikir kena pindah tempat lain dan tempat tanah tumpah lahir aku ni akan hilang lenyap dalam lipatan sejarah. 


dush2.. bila pikirkan balik rasa nak nangis. tapi nak nangis pun tak guna. demia sebuah pembangunan kami terPAKSA turutkan. 


dah, tamau tulis lagi. kang kita nangis. 


babai!





1 comment:

Ezy Loy said...

bestnye dpt angpau..
jles..
:p