Happy Cat Kaoani -->

Tuesday, February 11, 2014

Kubu British di Tanjung Pengelih





Assalamualaikum...



hari ni aku nak cerita sikit tentang sejarah kampung aku. semenjak kampung dan kawasan sekitarnya telah diambil Petronas, mula la sikit2 sebak lap air mata kalau cerita pasal kampung halaman ni. ewah. kononnya la mula nak emosi bagai kalau mula hal2 berkenaan kampung halaman yang akan lenyap ditelan arus pemodenan ini. 


*lap2 air mata*


okey, tayah sedih2. kita mulakan cerita dengan kewujudan kubu british pada zaman kegemilangan british di Tanah Melayu sehingga kedatangan Jepun.





Pengerang Battery

Kubu pertahanan Tentera British terbesar dan terkuat bagi pertahanan rantau ini dari serangan tentera Jepun ketika perang dunia Kedua yang terletak kira-kira 90km dari Bandar Kota Tinggi dan berada di kampong Tanjung Pengelih

The Pengerang Coastal Battery merupakan salah satu tinggalan kubu Tentera British semasa Perang Dunia Kedua. Sejarah pembinaan kubu ini bermula sejak tahun 1927 lagi yang mana Lt. Gen. Sir Webb Gillman bersama dua orang pegawai jurutera telah melakukan tinjauan untuk membina kubu pertahanan untuk Singapura. Setelah menghadapi pelbagai tentangan tentang pembinaan kubu ini, ia berjaya disiapkan sepenuhnya pada tahun 1939.

Pada Ogos 1941 Pengerang Battery telah beroperasi sepenuhnya dan menjadi pertahanan kekal Singapura. Kubu ini dilengkapi dengan dua buah meriam enam inci yang berupaya menghadapi serangan dari laut dan meriam ringan sebagai penangkis serangan udara. Kemudahan yang terdapat di kubu ini termasuk tempat simpanan peluru, wisma pegawai, hospital dan bilik jentera bawah tanah.

Tentera British beranggapan Tentera Jepun akan memulakan serangan ke atas Tanah Melayu melalui jalan laut dan mula menguatkan pertahanan kubu ini, namun ternyata anggapan tersebut salah. Kubu ini telah di tawan pada Disember 1942. Berdasarkan catatan daripada Tentera British, kubu ini turut dilengkapi dengan laluan bawah tanah yang menghubungkan semua tempat di sekeliling kubu termasuk laluan ke Bukit Johor atau dikenali dengan Bukit Pengerang.

Akibat terlalu lama ditinggalkan, kubu ini semakin dimamah usia. Walaupun bangunan tinggalan masih lagi tersergam megah, namun kesemua laluan bawah tanah ke Bukit pengerang telah ditutupi oleh tanah dan masih menjadi misteri sehingga hari ini.



Petikan yang aku ambil dari facebook Saya Orang Johor. pergi la cari dekat facebook dia, ada macam-macam cerita pasal negeri Johor ada dekat sana. 


Dulu, masa aku kecik, masa tu aku tak ingat umur aku berapa. Abah suruh aku dengan akak masuk kubu ni sebab pintu masuk dia kecik. muat untuk kanak-kanak ataupun orang dewasa yang merangkak. aku dengan akak masuk kubu tu. masa tu kubu tu tak semak macam sekarang ni yang korang tengok dalam gambar. dulu kubu tu tak semak sangat. biasa je la sikit2 je. 


dalam kubu tu tak semak, cuma daun2 kering je dalam tu. cerita ni sebenarnya mak aku tak tahu langsung yang aku dengan akak pernah masuk dalam kubu ni. bila aku nampak post ni aku cerita dekat mak yang dulu aku pernah masuk kubu ni sama ada sorang atau dengan akak. bila aku tanya kakak aku sah la yang kakak aku pun masuk masa tu. masa tu budak2, apa yang ayah mak suruh buat semua aku buat. bangsa tak boleh pikir kan. sebab kita akan ingat apa yang mak ayah buat semua baik dan betul. kan? haha


kubu ni rupanya banyak penghubung dalamnya menghubungan kubu2 lain. bilik bawah tanah dan rumah sakit. agaknya, kalau dikorek dan dikaji semua yang ada disebalik kubu ni memang sangat syok la. mesti ada macam2 alatan dan barang2 dalam tu. sebab kawasan sini kawasan pertahanan British dari serangan Jepun. 


tapi sayangnya bila kerajaan tak hiraukan semua ni. tak dipelihara dan dikaji. agaknya kalau dipelihara mau jadi macam Lembah Bujang agaknya kawasan ni. haha.


sekarang semua dah berubah. sebab kawasan kampung ni adalah kawasan paling dekat dengan Singapura, maka pada tahun 1998 dibuat satu kem TLDM di sebelah kubu ni. maka berbondong2 lah tentera dan keluarga datang ke kawasan aku. satu hari ada 2 bas sekolah cop TLDM datang hantar anak2 tentera ni dekat sekolah aku. tu satu sekolah rendah. kawasan sini ada 2 sekolah rendah dan 1 sekolah menengah. 


asanya mereka membina kem TLDM sebab kawasan sini terlalu hampir dengan Singapura sekali gus jadi pemantau kepada kawasan perairan negara. Singapura tetap negara lain yang mempunyai matlamat, visi, misi dan kepentingan sendiri kan? kita cuma berjaga2. 


terkini. bila Petronas mengenalpasti kawasan sini mempunyai minyak dan gas dan Petronas ingin ambil kawasan ni jadi hub minyak dan gas. dan, inilah hasilnya. kami sedang menunggu masa dan arahan untuk berpindah kerumah baru yang dibina oleh pihak mereka. 


tamau cerita pasal kampung, nanti sedih or marah. haha



ok la. babai uols..




1 comment:

Unknown said...

Pengisian yg bagus. Sayangnya tmpt tu x dipulihara, mcm kat Taiping Perak. Bangunan lama jd tarikan pelancong.. cam Melaka, Kuala Selangor dll...