Assalamualaikum...
hari jumaat lepas tekak rasa nak sangat makan laksam kelantan tu. dulu first time makan laksam tu masa tingkatan berapa ntah mak kawan baik aku masak. mereka ni orang kelantan, pulak tu mak dia suka sangat masak dan masakkan mak kawan aku ni merbeles sangat. first time masa tu makan laksam kelantan kawan aku ni ajar cara makan dia macam mana. ayah kawan aku ni cikgu sekolah menengah, kami belajar dengan ayah dia. ayah dia ajar matematik dan matematik tambahan. mereka sekeluarga dari kelantan.
masa tu makan rasa sedap sangat. terus mintak resepi dari mak dia. mak dia bagi resepi je terus aku bawak balik ajak mak aku buat. masa tu aku tak reti sangat masak so aku tolong sikit2 je mak buat laksam ni. hihi. buat sebijik ikut resepi mak kawan aku bagi ni. perghhhhh.. memang sedap sangat!
sejak dari tu aku jadi suka laksam. sedap sangat kalau kena gaya masaknya. lepas2 tu kalau ada dekat luar aku beli. tapi mostly tak sama dengan kawan mak aku masak. yela, orag berniaga mesti ada je yang kurang. tak sedap itu ini. biasalah kan.
lastest aku makan benda ni dan aku rasa sedap sangat bila majlis konvo UiTM tahun 2013 bulan 5 rasanya. bila aku beli rasa dia sedap gila. memang kena sangat dengan tekak aku la. haha.
lepas tu ada makan tapi kuah dia cair je tak lemak ikan, rasa santan cair je. banyak yang jual tu tipu. so, marilah buat sendiri baru kau puas hati bak hang. haaaa..
resepi kawan mak aku kasi ni aku tak ingat letak mana tapi tak apalah, aku google je mana yang best aku cuba buat dengan mak aku. mak aku tolong sesikit. dah tu settle. nasib baik menjadi sodap! walaupun tak banyak ulam tapi tak apa menjadi jugak. sepatutnya ulam kena ada bunga kantan, daun kesum, kacang panjang hiris, tauge, timun. baru syok makan bau2 bunga kantan dengan daun kesum. tapi disebabkan rumah aku tak ada bahan2 tu, maka buat je la bahan apa yang ada.
ikan selayang ada 6 ekor, timun dengan tauge ada ok la tu. buat lepas makan sekeluarga kan. maka aku dengan mak pun terus la masak. phewww... senang je pun masak kuahnya sebab kuah lemak biasa tapi yang lambatnya buat lempeng gulung tu lambat. sebab buat satu2 kan. tu yang lambat. haha
bebel punya bebel bila nak bagi resepi kan? haaa.. nah setepek. resepi ni aku tak ingat dapat dari mana. mohon halal je la, kalau korang ambik resepi aku ni pastu buat pastu tak ingat cilok dari blog sape tak pe, aku halalkan dunia akhirat. tak kesah la benda2 macam ni. once dan tepek kat blog dah jadi tontonan umun dah jadi hak blog je. hihi
Laksam Kelantan
untuk tepung lempeng:
3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
4 cawan air
Cara:
1. Gaul semua tepung dengan air
2. Air agak2 la masa gaulkan tepung
3. Panaskan pengukus
4. Sapukan layang nipis atau tudung periuk dengan minyak masak
5. Letakkan atas tudung periuk dan kukuskan selama 5-10 minit.
6. Gulungkan lepas angkat dan potong.
Untuk Kuah:
6 ekor ikan selayang/ kembung/ sardin
2 cawan santan pekat
1 inci halia
3 ulas bawang merah @ 7-8 ulas bawang kecil (kalau guna bawang kecik)
4 ulas bawang putih
1 sudu kecil lada hitam
2 keping asam keping
Garam
Gula
Cara:
1. Siang ikan, rebus dengan air. Letakkan secubit garam dalam rebusan. lepas rebus, asingkan tulang ikan. * air rebusan ikan jangan dibuang*
2. Masukkan ikan yang siap diasingkan tulang didalam blender dan masukkan sekali bawang merah, bawang putih, dan halia. masukkan air ikan tadi. Kisar halus semua.
3. Kemudian masukkan dalam periuk dan tambahkan santan. Masakkan.
4. Masukkan santan pekat dan asam keping. Kacau perlahan.
5. Masukkan garam dan gula. Biarkan sehingga mendidih.
Sambal
Bahan:
2-3 biji cili merah segar
2-3 biji cili padi
belacan
air limau/cuka
garam
gula
Cara:
1. Blenderkan semua bahan kecuali air limau/cuka
2. Campurkan dengan air limau atau cuka.
Ulam
Kacang panjang
bunga kantan
kaun kesum
taugeh
timun
*semua dihiris nipis
Siap!
Tada!!!
haaaa.. tergoda tak? hahaha.. hikhik. aku buat sendiri semuanya. mak aku tolong sikit ah. haha.. tak2 tipu. mak tolong banyak. padahal aku reti je masak sendiri. mak iols kan baik hati semua nak tolong. haha
maka terjadilah dia Laksam Kelantan saya. hiuhiuhiu. sukanya hakak dapat makan laksam ni. lepas masak mari kita ngap! tapi kita makan semangkuk je. tak mampu makan banyak2. hikhik
disebabkan aku syok sangat masak sendiri benda ni maka aku bubuh dua kali gambar laksam ni. pedulik la nak kata aku jakun ke apa. haha. suka sangat aih. menjadi kan. hikhik
ok la. tu je resepinya. babai uolss..

2 comments:
Masa kita form 5...Lepas kelas tmbhn....
hahhaa.. aku dah lupa sebenarnya bila makan laksam ni. thanks for reminds me back. hihi =D
Post a Comment