Happy Cat Kaoani -->

Saturday, July 13, 2013

Class HM2206B Iftar 2013






Assalamualaikum..



amboi, nampak tak tajuk dia bukan main grand lagi kan? hahaha.. aku nak cerita yang aku pergi berbuka puasa dengan kawan2 kelas aku haritu. tak de la lama sangat dalam puasa kedua je. ni baru puasa ke empat. baru dua hari lepas. still new la kan cerita tu. hahaa.. ni nak cerita kteorang nak sangat berbuka sama2. almaklum la dah nak abis belajar kan. kena la kumpul seberapa banyak kisah menarik dengan kawan2 semua. rugi tau kalau tak sama2 bina kenangan. nanti lepas abis belajar kau takkan dapat jumpa kawan2 yang best gila macam masa belajar dulu. sesungguhnya belajar sangat best.


haaaa.. jadi plan2 makan kat mana dapatlah idea nak makan steamboat sampai lebam dekat Island BBQ Steamboat dekat Kampung Melau Subang. pergi dengan kawan2 tak terasa jauh ke jem ke hape ke kan. kami konvoi ramai2 petang tu dalam 7 kereta. kenapa banyak sangat kereta? sebab semuanya kereta tak berapa penuh. dalam 2orang la, 3 orang dalam tu. memasing nak bawak kereta sendiri so tak apalah. lagi mudah kot. 


bila dah sampai tu tak sabar2 nak ambik makanan dan nak masak cepat2. karang dah azan tinggal makan je. senang kan. haaaa.. tu la berebut semua orang ambil makanan sebab nak memasak benda2 yang perlu di grill dan di masukkan dalam kuah tomyam kami. excited memasak nampaknya semua kawan2 aku masa tu. termasuklah aku jugak yang beria memasak. kahkahkah. almaklum la jarang nak jumpa griller macam ni dekat rumah kan. hahahaa.. 


ok. lepas azan makan sikit terus pergi solat. solat la dulu. karang kau dah menyandar bila lagi nak solat kan. penuh perut ni susah nak bergerak. lepas solat balun lagi. balun punya balun sampai menyandar semua baru la tangan diam dari menggrill. kahkah. tapi lepas tu lecturer ada bawak kek pulak. sental kek secret recipe yang enak lagi berkrim. lepas tu dapat lagi eskrim yang sedap kemain. amboiiii... nikmat dunia sangat!


nah ni aku bagi gambar aku kat korang. bagi korang jeles. kalau jeles sila la makan kat steamboat jugak. make sure tempah dulu kalau ramai2. kalau sikit pun tempat. sebab tempat ni sentiasa penuh. kalau nak walk-in memang susah nak dapat. 












nampak tak muka aku bukan main berkilat lagi? tu la lepas solat malas nak berbedak. terus sarung tudung duduk makan semula. lepas tu makan semua banyak dan macam2 minyak. dengan bibir lebam, dengan muka berkilat ni la. malas bukan main. hahaha.. yela, grill benda tu panas dan berminyak kan. so haruslah berminyak muka. hahaha



























ha kau.. ambik banyak gila gambar aku tepek. malas aku nak collage kan. biar dia situ dengan seketul gedabak gambarnya. biar. malas aku nak buat apa2. korang tengok la pepuas. hahaha.. macam bagus je tepek gambar besar2 dalam blog. eh, tak pe la. blog saya. kalau blog awak, awak tepek la gambar awak. hehehee..


penat dah aku membebel. ini adalah kenangan terakhir kami mungkin. lepas ni semua sibuk dengan kerja masing2 di negeri pilihan masing2. aku pun tak tahu lagi arah tuju kehidupan aku lepas ni. kena la hadapi sendiri tanpa kawan2 seramai 30orang ni. 


aku tahu kenangan kita banyakkkkkkk snagat. setiap ayat. setiap perlakuan semua aku ingat. yang baik dan yang buruk semua tersimpan rapi. tapi jangan bimbang, aku dah maafkan kesalahan korang pada aku dan aku jugak nak mintak maaf kepada semua kawan2 yang tersinggung, terasa hati atau tersakit hati dengan cara aku, dengan percakapan aku dan dengan perbuatan aku. aku manusia biasa. korang jugak kan? aku harap korang maafkan sempena bulan yang mulia ni. 


terima kasih kawan2 yang menolong aku saat aku susah. dan kawan2 seangkatan yang sangat paham karenah aku. sabar dengan perangai aku. terima kasih bagi tiru masa test, kuiz, dan exam. terima kasih bagi tunjuk ajar kalau aku tak paham. terima kasih tolong aku saat aku susah. terima kasih hantarkan aku kemana2. terima kasih jugak untuk segalanya.. yang aku terlupa ke. terima kasih sangat2. degree life buat aku lebih matang dan menghargai erti sebuah pengorbanan dan persahabatan. 


ewahhh.. macam nak raya pulak mintak maaf segala bagai. hahaha



ok2. apa2 hal kita kasi settle kosong-kosong ye semua. kalau aku ada hutang dengan korang SILA TUNTUT sebelum kita balik ni. sila ye. jangan segan silu. kalau ada hutang korang yang aku tak tuntut tu maknanya aku dah halalkan dunia akhirat. 



salam kasih sayang dari aku.




Nour Eyza.





No comments: