Happy Cat Kaoani -->

Friday, March 29, 2013

Semalam yang seronok dan hari ini yang tensen!






Assalamualaikumm..



semalam hari yang sangat seronok bagi aku. tapi bila hari ni aku jadi tensen dan bertambah tensen. bertambah tensen bila aku pikir macam2 benda. penat aku nak pikir. dengan assignment lagi dengan apa yang aku pikir ni lagi. cewahhhh.. macam la benda yang aku pikir ni payah sangat kan sampai nak tensen segala kan?


tapi sungguh la aku tensen. pikir esemen lagi la bertambah2 aku tensen gila ni. nak buat cepat tapi tak cepat sangat pun. minggu depan isnin ni ade presentation yang sangat mentensenkan hidup semua manusia dalam kelas aku tu. tak tahulah kalau ada yang tak tensen dengan presentation tu. aku nak kata tensen sangat tu tak la tapi lebih kepada trauma. 


kenapa aku cakap aku trauma? sebab aku kena buat banyak kali presentation yang semuanya dia tak puas hati. yang dia tak suka dan dia akan suruh kita ulang ayat tu sampai sepuluh kali. ye, sepuluh kali ye awak2 semua. memalukan? rasa macam dah hilang malu la rasanya. hurmmm...


semalam best dan seronok sebab dapat pergi jalan2 dan pergi membeli belah. walaupun aku tak membeli belah sangat tapi aku sedang tanam impian untuk membeli belah macam2 wehh... ikut hati memang macam2 aku nak beli. macam2 aku nak pilih tapi bila melihatkan walet yang semakin menipis mula la sedar diri sendiri. hurmmm...


semalam aku jalan2 serumah tapi jadi asing2. aku dan budak2 kereta aku kelain. satu kereta lagi kelain. hahaha.. tapi yang penting aku enjoyyy!






ni kawan aku dia orang ni. sorang sangat pink, sorang lagi sangat la kuning mustard. tapi santikk.. aku suka warna warni terang2 macam ni. baru bersemangat! hehehehe...






dan dahku telah menyelit ditengah2 mereka dan aku berwarna hijau turquoise! yeahhh.. pendek dan gemok berwarna biru itu aku ye. jangan keliru. hahahaha..





mengapakah dahku sangat pucat ini? ni yang mula nak pikir nak pakai lipstick merah ang ang ni. kang pakai merah2 orang kata gatai nak mengurat pulakkkkkk.. payaohhhh..






ni jumpa baju yang cantik dan ade saiz tapi harga dia cannot go sebab mahal bagi kami yang miskin2 ni. hauahahahha..






kami di dalam lif. besar weh lif dia sebab pasaraya untuk borong kan. harus la lif besau. kalau kecik2 macam mana orang nak bawak turun barang yang banyak2 kan? heee.. dan kami mengambil keputusan untuk bergambar yang ala2 kejakunan sebab baru jumpa lif bercermin yang besau. selalu naik lif uitm gelap, padat sendat, malap dan sesak. tu je la yang mampu aku rasakan..hahaha





berusaha nak nampakan tulisan GM Klang tu jugakkk.. dah nampak aku ketottt je. dah la aku memang pendek. ni nak ambik gambar tinggi2 pulak kan. memang la lagiii nampak pendek! -__-'



itu sahaja laporan hari saya semalam. sekian terima kasih!




huehueheu


babai!!




No comments: