Happy Cat Kaoani -->

Sunday, January 15, 2017

Di sengat tebuan





Assalamualaikum



hari khamis lepas tengahari aku semangat baja pokok sambil potong mana dahan yang dah merimbun tu.
sekali la cabut2 rumput mana yang tak tumbuh meliar tu.
dah lama sangat rasanya aku tak merumput pokok dalam pasu.
lepas dah hampir 3 suku pokok berpasu aku baja dan pangkas sampai kat satu pokok misai kucing ni.
aku ni relax je la tak perasan apa2 dekat pokok tu
selamba je potong dahan dia dah merimbun bagai
sekali satu SENGATAN hingat kat tapak tangan aku
FUHHHHH.. sakit pedih woi!






terlepas cutter dari tangan aku.
terketis-ketis aku sekejap macam orang kena lada.
aku tengok2 tak nampak pulak benda2 terbang yang tak sepatutnya tu
aku rasa aku kena sengat lebah.


dulu bulan2 lepas aku dah kena dah. kira ni dah kali ke 3 dah aku kena sengat.
sekali kat pokok puding, sekali kat pokok pisang berangan kecik, ni dah ketiga.
aku ni tak jangka pun dia akan berumah kat situ.
sebab selalu lebah ni bersarang kat daun pokok yang besar macam pokok puding dan daun pokok pisang.
ni daun pokok kecik je jadi aku tak sangka la.


lepas kena sengat tengahari tu aku habiskan baja pokok dan jirus semua.
lepas tu terus aku masuk rumah mandi. makan semua.
sakit sikit biasalah. dah 2 kali kena sengat jadi aku boleh je tahan sakitnya.
aku relax je la. bengkak pedih sikit je. boleh lagi buat kerja rumah.
petang tu aku mop beranda sikit ok je boleh pegang batang mop.


malam tu aku relax lagi, masa nak tidur tu makin sakit.
dah tengah malam aku rasa berdenyut2 tangan kanan ni. rasa sakit menyucuk.
aku buat tak tau je nak tidur kononnya tapi tak boleh.
sakit sangat sampai pukul 2 pagi aku still tak le tidur lagi gelisah sakit tangan tu.
aku bangun telan panadol activefast 2 biji baru aku boleh lelap sampai pagi.


esoknya aku bangun aku cakap kat mak aku tangan aku sakit gila malam tadi sampai kena makan panadol activefast 2 biji baru aku boleh tidur.
mak aku tengok tangan kanan aku makin bengkak dan merah. rasa pun panas.
mak aku kata marilah ke klinik.
tapi sebab tangan kanan aku tak boleh cengkam pun makanya yang bawak kereta kakak aku la.


mendapat la 4 jenis ubat kat klinik tu. doktor tu cuma rasa tangan aku panas je.
pastu dia kata sepatutnya dalam tempoh 24jam awak kena ambil injection. takut lebah atau tebuan tu ada asid yang bahaya.
aku pun tak tahulah kan. 
doktor bagi ubat 4 jenis. ubat antibiotik, tahan sakit, bengkak dengan gatal.
dapat je ubat aku terus makan antibiotik tu. bagi cepat surut.
erhhhh tak pulak.. makin bengkak.
kakak aku terus lajak pergi ke Kota Tinggi. sakit pulak hati aku. tangan aku ni menyucuk2 rasanya nak balik baring je. dia sibuk nak ke kota beli itulah inilah. 
nak mengamuk aku rasa.







ini dua gambar sebelum pergi klinik pagi tu. bengkak merah. kena sengat kat tapak tangan bawah ibu jari.
gambar pun gegar dalam kereta punya pasal.
bukan kata nak genggam, nak pakai pin tudung dengan ikat rambut pun tak boleh sakit sangat.
tapi aku buat jugak. jenis tak merengek masa sakit.
dah biasa sakit.
aku kalau sakit tak sabar nak pergi klinik sebab nak ubat cepat. nak makan ubat cepat. biar cepat baik.
bagus kan aku. hahahaha


aku ingat mereka ni sejenis lebah kecik yang buat sarang kat pokok bunga je.
sekali bila aku google haaaa kauuu... sejenis tebuan.
nama saintifiknya Oriantal Hornet. yang sengat aku ni jenis kecik.






patutlah rasa sakit sangat sampai kena pergi klinik.
akalau tak aku relax je sapu minyak kapak dekat tapak tangan je.
mak aku pun bukan jenis manja sangat sesikit nak pergi klinik tapi ni mak aku ajak pegi klinik sebab bengkak sangat.


lepas tu aku cari sarang dia.
tu yang dapat gambar terang jelas tu.
tapi gambar atas ni yang atas jari ni bukan la jari aku.
tak mungkin la kan. 


lepas ni aku nak bakar la sarang kat pokok tu biar dia beralih tempat ke pokok lain yang jauh sikit.
kalau pokok tu dekat sangat dengan kereta abah aku.
kang orang lain pulak kena.
wuuuu..


gambar ubat tak ada sebab aku malas snap.
tak nak klise sangat kalau sakit ke tunjuk gambar ubat.
haha.


k la.
babai



No comments: