Happy Cat Kaoani -->

Saturday, January 21, 2017

Wanita Tak Perlukan Simpanan?






Assalamualaikum






semalam2 aku nampak gambar ni kat fb.
tak ingat siapa yang share tapi aku baca je aku terus save dalam hp sebab pada aku menarik sangat isu ni.
aku tak rasa aku setuju dan aku tak rasa aku sangat tak setuju.
jadi kalau skala 1 hingga 5 aku dalam keadaan tengah2 la skala 3 macam tu ada kalanya skala 4 ada kalanya skala 2.
nampak macam lalang kan. hahaha


secara dasarnya aku bersetuju dengan Azizul Azli Ahmad ni.
dasarnya semua orang perlukan wang dan perkara asas dalam kehidupan ni.
tak kira perempuan atau lelaki.
pada dasarnya perempuan ni hanya untuk surirumah dan tak perlu bekerja tapi zaman sekarang yang semua perlukan wang ni sangat la banyak kena bayar dan fikir jadi perempuan tak bekerja dan menunggu sahaja.


betul juga apa yang quote ni cakap.
sampai bila?
hati lelaki bukan kita boleh jangka sampai bila dia akan memuja kita jadi suri hatinya, kalau la satu hari nanti lelaki berubah hati dan meninggalkan kita sendirian apa yang akan kita buat sendirian itu sedangkan selama ni kita bergantung pada lelaki?
kita akan rasa down sangat2 dengan pendapatan tak ada, dengan harta tak ada, dengan segalanya selama ni kita bergantung pada lelaki.
mintak dijauhkan la saatnya bila suami meninggalkan kita tu.
tapi sebagai persediaan kita harus ada pendapatan atau harta sendiri.


sekarang hidup sangat rumit.
sangat rasa terbeban dengan segala macam bayaran dan semua perlukan duit.
banyak platform wanita nak membina diri dengan berniaga, bekerja dan sebagainya untuk menambah pendapatan.


Allah nak uji manusia semua dengan kemampuan manusia itu.
tapi kita manusia kena berusaha untuk memperbaiki kehidupan masing2.
kalau terus rasa selesa dengan kehidupan sekarang bila kita jatuh nanti dengan apa kita nak berdiri/?


dulu kalau berfikiran macam ni ok lagi tapi sekarang ni dah tak.
aku sendiri personally tak rasa benda ni bagus.
sebab tu ramai peniaga online ni perempuan sebab lebih banyak masa dekat rumah dan banyak masa dengan keluarga.
boleh manage sendiri perniagaan dengan masa sendiri berbanding waktu kerja yang terikat.


memang Allah dah tetapkan rezeki seseorang itu tapi sesungguhnya kita kena sentiasa berusaha dengan lebih gigih untuk capai semua tu.
ramai dah wanita bekerja untuk diri dan keluarga malah menanggung keluarga dengan tulang 4 kerat mereka.
hanya Allah yang bakal membalas segala penat lelah mereka bekerja untuk keluarga itu.


jangan kata suami akan sayang kita sampai bila2.
kita tak tau bila saat suami mula berubah hati dan meninggalkan kita sebab hati manusia berubah2 dan hanya Allah merubahnya.
even masa kita bersama suami kita pun, kita akan mahu ada duit sendiri dan merasa barang yang kita idamkan.
mana yang suami mampu tak apa boleh belikan. kalau yang tak mampu?
haruslah kita  usaha sendiri.


jangan pernah rasa perempuan tak perlu kerja.
nak kahwin pun pihak perempuan tak boleh tangan kosong je.
mesti berduit.
mesti ada simpanan untuk majlis belah perempuan.
sebab kita ni manusia biasa, bukan jenis kaya raya nak apa semua ada je.


dan sebab belum berduitlah aku masih belum kahwin.
hahaha.
oklah.
babai.






No comments: