Happy Cat Kaoani -->

Wednesday, January 11, 2017

Terlalu berdikari juga susah?




Assalamualaikum..








Harini aku terbaca dekat fb yang ade sorang ni post pasal betapa independent perempuan sekarang sampai lelaki tak ambil berat pasal kehidupan wanita especially isteri. 
Aku jamin,  ramai wanita sekarang macam ni. Very tough women dan berdiri diatas kaki sendiri.
Malah jadi ketua di tempat kerja dan masyarakat. 
Sebab apa?  Sebab mereka kerja kuat dan berdikari. Sangat berdikari. 


Bila sangat berdikari lelaki jadi malas nak ambil tahu apa yang perempuan tu buat sebab dia tahu perempuan tu boleh buat sendiri. 
Jadi bahasa kasarnya lelaki terutamanya suami akan 'lepas tangan'
dan akhirnya akan jadi tidak bertanggungjawab
lelaki akan selesa dengan zon ini dan rasa dia bebas dari tanggungjawab dia yang maha besar tu
sampaikan ada lelaki terpiki yang
duit lelaki duit lelaki
duit perempuan duit lelaki juga
maksudnya dengan sewenang-wenangnya dia boleh gunakan duit perempuan macam duit dia juga tanpa persetujuan perempuan.
teruk sangat aih perangai jadi macam ni.
memang ramai dah jadi macam ni. sangat ramai.


sampai tahap perempuan tak boleh sabar
sampai tahap perempuan dah jadi bosan
sampai tahap perempuan nak lepaskan semua bebanan dunia ni


perempuan kan dia kuat walau nampak air mata sentiasa menitis
tapi ketahuilah yang wanita ni kalau dia sabar memang dia bertahan sampai ke titisan terakhir dia
jangan kata seluruh jiwa, nyawa pun sanggup dia pertaruhkan demi orang yang dia sayang
kadang bila dah habis sayang tu dia sanggup bersama lelaki demi anak2 dan untuk lindungi hati2 lain sedangkan hati dia sendiri pedih.


jujurnya aku pun macam ni.
aku boleh berdikari sendiri tanpa bantuan lelaki.
memandu sendiri kemana aku suka.
aku boleh jalan sendiri tanpa ada orang teman.
aku boleh makan sendiri dekat mana2 aku suka tanpa ada orang teman.
aku boleh buat tanpa lelaki.
tapi dewasa kini aku pikir aku kena bergantung sedikit pada lelaki kalau tak lelaki ingat aku ni sangat berdikari dan sangat tak perlukan lelaki.


masa belajar diploma aku sakit aku pergi klinik sendiri jalan kaki.
jarak antara kolej kediaman dan klinik tak jauh sangat tapi still dah namanya sakit demam kan.
waktu tu waktu kelas jadi tak ada siapa yang boleh teman aku. aku jalan sorang2 je. kuat2kan diri.
masa tu deman dan ruam dekat lengan dan perut. tak tahu kenapa.
tapi tengah ada wabak chikugunya dan simptom2nya adalah demam dan ruam.
jadi aku risau.
tengahari ada test speaking BEL. jadi pagi aku kena cepat pergi klinik. dapatkan ubat dan tengahari aku kene cepat pergi test speaking BEL tu.
pagi kelas CITU tapi aku tak pergi aku ambik surat untuk tak datang kelas tu aje kat doktor.
doktor klinik kesihatan UiTM Lendu masa tu Doktor Safura. baik orangnya gaya mak2 sangat. lemah lembut.


aku pergi print esemen ke, nak cari internet ke apa ke semua kena pergi kedai luar.
dulu mana ada internet dalam universiti.
nak apa2 internet kena keluar u dekat kedai CC depan tu dekat Taman Dimensi.
seberang jalan besar ade trafik light dengan kena langkah longkang besar yang penutupnya dah terbukak. air pulak deras mengalir kalau lepas hujan.
sesetengah budak takut nak melintas. biasalah longkang besar. kalau terjatuh tingginya lebih dari ketinggian kita ni.
tapi aku pendek memang tak nampak la. haha


siang malam pagi petang pergi cc dekat luar tu. sampai kenal abang kedai tu.
kadang tertinggal pendrive pegi semula patah balik ke cc semata2 nak ambik pendrive 2gb yag tertinggal tu. lepas tu pergi kelas semula. waaa..penatnya kehidupan dulu tapi sikit pun tak merungut sebab semua orang macam tu.


masa degree lagi la aku rasa aku sangat berdikari.
sakit perut cirit birit pergi klinik balik dari kelas kat Puncak Alam lepas tu balik sendiri jalan kaki.
jauh jugak la klinik UiTM Shah Alam dengan blok PKNS belakang Jakel tu kalau sakit.
tapi gigih jugak jalan kaki sendiri sebab orang yang hantar tak sanggup nak ambik.
yela, aku bukan sesiapa masa tu. jadi lantak kau la situ jalan kaki balik sakit2.
balik tu aku dok tahan je jangan la sampai aku terberry tengah jalan.
sebab perut masih sakit2 lagi masa balik tu.


lepas tu aku memang tak peduli pun.
aku nak pergi print ke, photostate ke, nak pergi beli makanan ke, nak buat esemen ke aku jalan je sendiri or naik bas.
tak ada siapa kadang teman.
sampaikan buat esemen group pun aku balik sorang2 pukul 2 pagi ke rumah dari KFC seksyen 7 tu.
kalau pikir2 balik bahaya tapi apa pilihan yang aku ada.
ada group mate tapi macam tak ada. send bahagian masing2 tanpa berbincang dekat fb je. tu je la pun.
aku dah agak akan jadi macam tu jadi end up aku dengan sorang lagi groupmate lelaki je la yang habiskan esemen tu dan edit segala patut.
aku nak je bagitahu prof pasal groupmate aku tu tapi aku tak sampai hati nak musnahkan masa depan dia. incase dh banyak aku mintak tolong dia kan. jadi aku diamkan je.
mana tak sakit hati bila kita cakap nak pergi buat esemen dia boleh bersiap nak keluar dating tengok wayang bagai.
sabarkan je la hati.


tapi lepas tu ada lagi kawan aku tu buat hal.
lepas kejadian tu la aku tekad tak nak ada apa2 hubungan lagi dengan kawan aku tu.
aku tak rasa dia peduli dengan perasaan orang sebab kalau dia peduli dia takkan buat macam tu kan.


masa kau praktikal diploma, aku boleh makan sendiri tanpa ada orang teman dekat cafe.
walaupun aku tak kenal sesapa masa tu.
masa praktikal degree pun macam tu.
aku relax je pergi makan kat cafe sorang2 tanpa orang teman.
masa kerja kejap je dekat satu resort ni waktu makan bergilir jadi aku relax pergi makan sorang. tak kesah pun.
sedangkan ada orang pekerja ni nak makan mesti berteman. kadang rimas aku tengok nak menempel je dengan kakak2 senior. haha.
aku ni jenis sendiri tak pe jadi aku cepat rimas.


sampai sekarang pun aku pikir kalau aku kahwin nanti pun aku tetap akan berdikari sendiri.
tapi tulah kalau kita snagat berdikari nanti suami tak kesah pulak.


aku baca satu blog akak ni.
dia berdikari, gaji agak besar tapi still suami dia layan dia macam dia tak reti apa2.
tiap minggu minyak kereta penuh. naik hari isnin kad touch and go pun penuh.
kereta cukup masa service.
barang rumah dia beli. mana dia tak tahu je dia tanya macam pendapat or apa tapi mostly suami dia beli.
padahal isteri dia berpelajaran, pandai uruskan diri sendiri, pandai drive, tapi still suami dia yang uruskan semua benda.
dalam erti kata lain, suami dia ambik berat kat isteri dia sangat dalam keadaan isteri dia tak nampak.
memang jenis bukan lovey dove pun tapi dia tahu isteri dia pakai baju saiz apa, jenis macam mana, beli barang makeup dekat mana sampaikan pad isteri dia pun dia tau jenis apa jenama apa selalu pakai.
tak ke sangat caring tu walaupun pada mulanya kita tak perasan tapi bila ada satu masa tu kita akan perasan.
mana la nak dapat lagi suami macam ni.
waduhhh..berangan sangat nak itu ini nak yang bagus2 hebat2 . kihkih


perempuan ni kadang2 tak nak banyak.
nak perhatian yang tak perlu sangat tunjuk tapi sentiasa ada masa dia perlukan.
sentiasa ingat waktu dia mahukan.
tak perlu nak yang hensem sangat. yang sado ke apa.
dah tua2 ni aku cuma pikir nak yang bertanggungjawab, yang perihatin dan sentuasa sayangkan kita dan family kita. hehe.


pemikiran orang tua sangat kan aku.
lantakkan sana.
janji aku puas hati.




No comments: