Happy Cat Kaoani -->

Sunday, January 8, 2017

Selamat Tahun Baru 2017






Assalamualaikum dan selamat tenghari semua..




lama sangat aku tak menulis ni. last post bulan 8 tahun lepas. sekarang dah bulan 1 tahun 2017. pemalas tahap apa pun tak tahulah. hahaaha


aku ni kalau kata malas tu ye jugak
nak kata tak malas pun tak tahulah 
bukan apa, malas nak ceritakan semua hal2 penting diri dalam blog
dah semakin tua ni semakin malas nak tayang hal kehidupan diri pada dunia
hahahaha
padahal bukan dunia ambik kisah pun apa kau buat
blog kau pun bukan ada orang baca
tapi yelah, manusia macam aku ni kan suka syok sendiri
makanya tak tertulis kat blog betapa rajinnya aku buat macam2 dalam 6 bulan kebelakangan ni
kahkahkah


banyak sangat perkara yang berlaku dalam beberapa bulan kebelakangan ni tapi biasalah aku si pemalas ni simpan je dalam lipatan memori
padahal kalau nak ditulis banyak sangat nak cerita


jadi lepas ni sila rajin2 kan la update semula
semoga hidup kau akan lebih terurus izza
orang ada anak 3 pun rajin lagi tulis blog
kau? bujang single pun pemalas..hahaha


tapi bila post kat blog or apa pun medium internet silakan kuat mental dan fizikal
mungkin nanti akan kena kecam or viral
kadang pada kita benda ni biasa
tapi tak pada benda lagi
sedangkan Nabi ramai yang tak suka inikan kita manusia biasa yang penuh dosa ini.
gitewwww.. bersyarah pulak aku tengah hari rembang ni.


syukur beberapa hari ni panas je kawasan kampung aku ni
hujan pun sekejap2 je tak lebat dan kuat
lepas tu tak ada naik air kat mana2
bukan kata bila duduk taman ni tak risau, lagi risau adalah sebab cepat je air naik bila hujan sebab longkang tak dapat menampung air2 yang ada.
kalau kat kampung dulu tak risau sangat sebab tak pernah air naik tinggi sebab parit banyak
besar2 pulak tu paritnya
ikan haruan pun banyak dalam parit tu
syok wooo mancing or serok ikan dalam parit
berkubang siap tau2 toleh tepi ade biawak berenang sebelah
hahahahaha..


tak terlambat lagi nak ucap SELAMAT TAHUN BARU 2017
bertambah umur bertambah iman hendaknya.
dipermudahkan segala impian dan urusan seharian dan mencapai apa yang dihajati.







gambar terbaru iols kot lah korang lupa rupa aku ni.hahaha
perasan sangat kan. tolonglahhhhh...
hahahaha..
tudung bunga2 INSTANT 2 MUKA BUBBLE PRINTED dari instagram dan fb THE BUTTERFLIESS.
boleh dapatkan corak2 lain dan design lain dekat sana dengan harga hanyaaaaa RM16 je tak termasuk pos.
bubble printed ni sangat amat senang.
tak perlu iron pun, nak2 kalau warna gelap macam ni. boleh je terus pakai.
lagi2 bila penyakit MALAS dan waktu travel kan. sumpah besttt.. hehehe



ok tu je nak cerita.
babai!






No comments: