Happy Cat Kaoani -->

Sunday, January 22, 2017

Nasi Arab ke Nasi Mandy?





Assalamualaikum


aku sangat fail benda2 berkenaan nasi arab or nasi mandy ni. 
apa bezanya tah aku malas nak ambik tahu.
aku nampak je aku anggap je dua benda ni.
dasar pemalas nak ambik tahu.
entah apa beza dua ni ni pun tak tahulah.
mana2 yang tahu tu sila la bezakan sendiri aku memang tak tahu.


aku tak tahu beza rasanya.
beza lauknya.
beza presentationnya.
beza baunya.
beza sos atau sambalnya.
apa2 je semua aku tak tahu.


aku harap masa pergi umrah 2015 dulu aku dapat merasa nasi arab ditanah suci Mekah or Madinah.
tapi tak sempat. tak sempat merasa sebab umrah 1st time kalut2 sebab semua benda tak tahu.
tahunya masa tu ulang alik hotel masjid je. 
mujur kedai aiskrim ade bawah hotel. kalau tak memang tak rasalah.


semalam aku makan nasi arab ni sebab ada kawan aku cakap kedai kat area aku ni sedap.
so aku cubalah merasa kesedapannya tu.





nasi apa tak tau ler.
RM13 sekali air. air tu teh ais o lemon. sedap tapi banyak sangat gula. manissss.
ayam sangat2 lembut. tapi tak pecah. sangat impress. hehe.
nasi sedap. lembut dan beras bagus. cuma banyak rempah2 ketumbar, jintan, lada hitam kasar yang tak berapa best kalau asik tergigit. haha


sedap rasanya tapi sambal tu tak pedas langsung buatkan muak je.
kalau pedas sikit sedap la. sebab ayam pun super lembut jadi macam tak ada halangan nak makan semua lembut sangat. jadi muak.
ngade tau aku ni. ayam lembut sangat muak. sambal masam je rasa tomato tak best.
heyyyy.. tekak melayu jawa asik la makan asam pedas, kicap, ungkep dan kurma.
sampai tak lalu nak makan makanan arab timur tengah ni.


yang semngat sangat nak makan nasi arab ni akak aku la. dia teringin sangat dari masa pergi umrah lagi.
dia ingat dapat la makan nasi arab kat Mekah ke Madinah ke. sekali sampai Mekah still makan nasi putih lauk ayam goreng kunyit, tempe dan tauhu goreng, dan sotong masak itam. hahaha
redho je la kak dah hotel sediakan makanan tu tapi sebab tekak boleh terima rasa sedap je la. makan pulak dengan keropok mony. haaaa..sedappp je kunyah.
stail indonesian. sebab tukang masak mungkin orang sana. gaya indonesia sangat. tapi sedap je.


aku tak miss makan. even sorang2 makan kat dewan makan tu sebab aku sejenis selamba je.
tak kesah kalau sorang2 kesana kemari.
orang pergi umrah aku cari kedai laundry nak basuh kain ihram abah yang dah kotor tu.
jalan sorang2 ikut sticker yang ade tulis laundry. padahal tak pernah tahu pun.
jauh jugak ke laundy tu adalah dalam 300 meter dari hotel. lepas jumpa laundy tu balik hotel semula ambik kain ihram hantar semula dengan senang hati.
kalau akak aku mesti dah takut nak jalan sorang2 tu tapi aku tak. kalau aku tak cari macam mana nak cuci kain ihram.
cuaca tak panas dan tak ada kawasan nak jemur pun.


nasi yang aku makan ni ada ketumbar, jintan, lada hitam, buah pelaga dan lada kering.
sedap tu sedap.
tapi aku ni jenis tak minat sangat makanan berempah ratus ni. 
sedangakan nasi minyak dan nasi beryani kenduri kawen pun aku tak rela nak makan banyak inikan nasi arab.
aku makan separuh je. ke suku je. lebihnya bawak balik. mak aku pun tak habis ayamnya. separuh bawak balik.
sebenarnya aku muak. ayam dia sangat lembut dan basah. pastu sambal tak pedas. semua rasa gitu je tak pedas. i is cannot tak pedas ni. huaaa.ahhahaha!


akak aku sibuk nak ajak makan nasi arab kat Wadihana JB dengan kat Hadramwat. 
adui, aku ni sangatttttt tak minat maknan berempah macam ni.
aku rela makan sandwich inti telur dan butter dari makan nasi arab. 


aku ni sejenis pelik ke apa? 
entah la.
nasi minyak tak suka. beryani pun tak suka.
tak minat bear, coklat dan bunga.
sampai kawan aku pun cakap aku ni sejenis perempuan pelik.
tah apa yang aku suka pun tak tahulah.
hahahha..


bukanlah tak makan atau tak suka terus semua tu tapi tak boleh banyak makan coklat. cannot.
sedap tu sedap.
dulu tak suka bunga. sekarang suka bunga.
bunga lawa tapi tah la.


kalau korang suka aku tak kesah tapi aku tak minat tapi aku tak complain. 
aku ikot je kalau orang suka makan. aku makan jugak. tapi sikit je la aku makan.
tu belum pergi makan kat Saba' yang dikatakan sedap tu.
aku kalau dapat makan kat sana aku pergi je tapi tak tahu la berapa banyak boleh makan.
kalau kebab agaknya ok la kot aku boleh makan sebab suka roti2 ni. hahaha


siapa nak belanja makan kat Saba'?
meh2. aku minum or makan kebab je. portion kecil2 je tau. haha.


babai!





No comments: