Happy Cat Kaoani -->

Thursday, January 16, 2014

Bilik Tidur Idaman







Assalamualaikummm....




lamanya tak menulis blog ni. phewww.. agak bizi sejak kebelakangan ini. yela, aku kan pencari kerja tegar. pastu penganggur tegar jugak. kuikuikui..  ala, bagi la can aku berpoya2 sempena aku tak kerja. padahal nanti kalau dah kerja lagiiiii la tak ada masa nak menulis blog ni. 


kononnya la, aku ni sukaaaa menulis hal yang bermacam2 benda dekat blog. hal diri dan sekeliling tapi pemalas nak tulis. last2 biar terkepam tak berupdate. Kadang2 aku rasa blog aku ni dah macam Villa Nabila dah terbiarnya. ade tak sesapa Paranormal nak buat kajian atas blog aku ni. mungkin ada penghuni lain macam Kellie's Castle atau Villa Nabila. kahkahkah..


merepek apakah manusia bertubuh gempal ini? pembawakan? pembawakan mengarut.  kihkih. nampak sangat la aku ni tak berapa nak betulnya. asik la ketawa sendiri. padahal korang tak gelak pun. ni sebenarnya aku tengah berangan nak mereka hias bilik aku macam mana nanti. aku kan kena pindah rumah baru. lepas tu aku dapat sebilik sorang dan aku mula rasa nak mereka hias bilik tu dengan penuh perasaan kasih sayang. kuikuikui.


mula la reseptor berangan aku sampai ke mana2 dah. nak macam tu la, nak macam ni la. padahal biliknya sekangkang kera je. kesian la aku ni. tapi tak apalah. aku tetap jugak nak berangan sampaikan rasa syoknya nak kemas bilik sendiri. jangan pikir hal barang rumah lain, sebab kalau pikir hal lain memang nak nangis banyak sangat.


ni nak share dengan korang beberapa bilik yang aku berkenan dihati la.




ini bilik paling aku suka kot.sebab ada tulisan khat dekat atas katil tu kan. lawa sangat pada aku. simple dan kemas. jangan serabut aku tak minat nak kemas nanti. payah tau. ni senang sikit.. hihi






haaa.. yang ni pun cantik sangat. sebab kemas dan comel. aku rasa bilik aku nanti lebih sesuai kalau bilik katil rapatkan ke dinding. jadi banyak sikit space nak solat ke atau nak buat kerja apa2. betul tak?






bilik ni cantik untuk tipikal bilik biasa. senang dan mudah. simple but nice. iols kan suka benda simple2 ni. haaa.. ni antara pilihan aku la kiranya.






almari ni cantik tapi tak boleh kunci. tu yang tak best. tapi katil dia cantik kot. simple dan warna putih. almari tu cantik dan besar. luas. boleh isi banyak baju2 dan barang2 aku yang berlambak tuh. kuikuikui





bilik ni nice tapi banyak sangat kot lukisan dekat dinding tu. jadi serabut pulak aku. kalau buang lukisan dinding tu lepas tu kerusi meja study tu yang simple2 je warna putih je dan sweet dah. paling aku suka karpet dia. lawa kot!




kalau bilik macam ni hari2 tiap saat rasa nak tidurrrrr je gayanya ni. relax sangat dan santai. memang sesuai untuk merehatkan diri dan tenangkan fikiran yang penat dan serabut dengan kerja yang menimbun!




kalau style macam ni pulak aku suka sebab jimat space. bawah katil yang biasanya simpan cadar la, apa la sampai bersawang2 bawah tu kali ni bila ada drawer kan bagus dan kemas. nak guna cadar baru, sarung bantal baru, selimut tarik je bawah tu. mudah!






maafkanlah diriku sebab gambar2 ni aku ambik dekat google je. so agak hancus la gambarnya. bilik ni kalau korang tengok boleh tahan la lawa. design agak moden.






bilik ni kalau dah kawen sesuai lah sangatttttt pada aku. sebab depan tu boleh lepak2 sebab ade kusyen. katil dia pun macam best. ehehehe.. tetiba datang kegatalan yang nyata. nak kawen lah! kikiki






bilik ni sesuai sangat untuk student yang compact yang suka study malam sampai lebam pastu tolak kerusi bam pengsan atas katil. bawah katil baju2 dan carpet. sebelah ade rak buku yang sempoi dan senang sikit nak cari. kan.. kan?





ini macam elegen la sikit. ada dua katil sebab untuk hotel biasanya. karpet pun bercorak cantik. kemas dan selesa.









untuk dua gambar ni sama je. katil dan bilik yang sama. sempoi dan ringkas untuk remaja la macam aku. ade pulak bebear yang comel kat tepi tu. naikkan seri lagi.


ni la antaranya yang aku minat. haaa.. kalau ada lagi suggest la kat aku, mana tahu boleh tambahkan idea aku nak hias bilik aku nanti. hihihi..


ok la uols.. iols lapar dah. nak makan malam. hikhikhik


tata!






3 comments:

ernahazwani said...

Hijau itu wajib...

Http://alongwawaerna.blogspot.com

Nour Eyza said...

tu harus erna! =D

ezy.fia said...

sume cntek2 dan kemas..
rambang mata..
nt nk hias bilik kene pilih konsep yg betol..
hijau mata memandang gitu..