Happy Cat Kaoani -->

Monday, January 20, 2014

Shepherd Pie







Assalamualaikumm..



semalam rajin pulak diri ini. setelah bertangguh selama beberapa minggu nak buat Shepherd Pie ni maka semalam aku bulatkan nekad untuk membuatnya. walaupun terdapat pelbagai halangan seperti banyak makanan lain, pasar malam, pergi tesco, akak beli kek dan sebagainya tetapi tidak akan melunturkan semangat ku untuk terus berjuang untuk membuat benda alah ni. haaaaaa....


drama gila kronologi. pirahhhh iza woi! padahal kau kan penanggur tegar banyak gila masa kau dekat rumah ni. tayah nak propa sangat la sampaikan banyak sangat halangan yang jitu gitu. 


dari aku terus membebel yang bukan2 akibat kebosanan di rumah meh la aku bagi resepi Shepherd Pie ni kat korang. banda ni bahan2 dia senang je nak dapat, kalau korang pergi Giant, Tesco, Econsave, Kedai Runcit biasa pun ade kot. jangan gundah gulana ye anak2. mari2 hakak nak tunjuk bahan2 dan cara buat benda ni.


aku ambik resepi ni dekat blog Cik Epal blogger tersohor tuh. selepas aku google macam2 blog dan resepi Shepherd Pie ni rasanya aku pilih resepi paling mudah dan aku suka. nampaknya resepi Cik Epal yang senang dan mudah. haaa.. jadi apa lagi aku cubalah. kalau nak tengok sila la click dekat nama cik epal yang besar atas tu. haha!


Shepherd Pie

Untuk layer kentang :

10 biji kentang (kentang aku kecik2 so guna sepuluh, kalau korang punya kentang besar2 5/6 bijik pun dah ok kot)
1/4 cawan fresh milik
3 sudu besar butter
1 sudu kecil lada sulah
Garam
1 biji telur kuning telur
Pewarna kuning

Cara:

1. Kopek kentang, rebus sampai empuk, toskan dan lenyek.
2. Masukkan butter, lada sulah, garam dan mash lagi.
3. Masukkan susu sedikit demi sedikit dan mash lagi sampai lumat dan lembut.


Untuk layer daging/ayam:

1 labu bawang besar (cincang)
4 ulas bawang putih (cincang)
1 biji tomato (dadu)
1tin kecil tomato puree (jenama kimball sebab murah je.. hihi)
1/2 tin cendawan butang (dihiris nipis)
1 paket daging/ayam cincang
1 sudu kecil black paper
1 sudu besar oregano (banyak pun sedap, semerbak baunya)
2 sudu besar sos cili
Daun ketumbar @ daun bawang
Garam
Cukup rasa @ kiub ayam/ daging
minyak/ butter untuk menumis


Cara :

1. Cairkan butter  dan tumiskan bawang hingga layu.
2. Masukkan daging/ ayam kisar dan masakkan hingga bertukar warna.
3. Masukkan tomato puree, sos cili, black paper,oregano. Gaulkan.
4. Masukkan tomato, daun bawang dan cendawan. Kacau hingga mesra dan biarkan sehingga air kering.


Cara masukkan di dalam loyang:

1. Griskan loyang dengan butter terlebih dahulu untuk memudahkan kita memotong bila dah siap dibakar nanti.
2. Letakkan mash potato sedikit di bawah loyang sebagai base. janji tutup permukaan loyang cukup.
3. Kemudian letakkan filling daging/ ayam yang dah siap dan dah disejukkan sebentar tadi dan tekan sedikit biar inti mampat.
4. Kemudian tutup balik inti dengan mash potato selebihnya dan ratakan sehingga habis dan penuh loyang.
5. Ambil satu biji kuning telur dan pewarna kuning dan sapukan atas mash potato.
6. Gariskan atas potato dengan garfu atau kalau korang lebih berseni dan tangan lembut boleh la buat macam2 hiasan lain.haaaa.. aku x kreatif so boleh je la.
7. Bakar dalam oven 180 celcius dalam 25-30 minit untuk keringkan atas mash potatonya.
8. Tadaaaaa! siap!



inilah hasilnya bila dah siap aku buat. huehuehuehue...











inilah hasilnya selepas bertungkus lumus menyiapkannya. ewahh.. padahal bukan sesusah mana pun nak buat benda ni. haha.. hasilnya macam ni. tak terlalu tebal sebab sikit je fillingnya. jadilah kan buat makan sendiri. tak tebal sangat tak nipis sangat.


hihi. anyway, selamat mencuba semua! babai!




No comments: