Assalamualaikumm..
wehuuu.. haiii.. lamanya la aku tak menulis dekat sini. punyalah payah nak menulis. bukan nak suruh berperang iza woii.. dah la aku mengadap laptop ni dari pagi sampai malam tapi tak update blog jugak.. hampeh sungguh.
mak limah, mak lijah oi.. nak beritahu.. tuan blog ni dah konvo isnin minggu lepas uols. konvo degree.. hihihi. amboi.. lamanya baru nak cerita. sumpah pemalas tau budak ni. konon mengadap internet hari2 tapi tak dan nak taip. siang2 line tenet memang tak kuat. harapkan malam menyingsing baru la internet kuat. huarghhh.. (menguap tunggu line laju..) lepas menguap 2,3 kali aku pun mula la malas dan masuk tidur. tu je la kerja aku semenjak dua menjak ni. sesuai sangat untuk menternak lemak2 degil -.-'
wokeh.. tamau cakap banyak2. aku dengan ini menisytiharkan bahawa aku telah menjadi ALUMNI UiTM secara rasminya selepas majlis konvo ini. Alhamdulillah.. semuanya berjalan lancar dan seiring dengan perancangan, cuma kita ni merancang. Allah yang tentuka ye dak??
11.11 2013
Sidang 4. Pagi.
Pukul 7.30
seawal pukul 6.30 pagi aku dengan keluarga dah keluar dari hotel budget yang aku sewa semalam tu. pastu dalam hujan aku drive pergi UiTM. aku drive sebab akak kan tak berapa pandai drive kat shah alam. banyak sangat persiaran, banyak sangat bulatan. aku la mangsa kena marah kalau aku tak sure jalan kat shah alam. jadi dari aku dok buntu2 baik aku yang drive. hihi.
lepas tu akak aku kata aku drive buas! kahkahkah. ganas sebenarnya aku drive. macam jantan. ni hasil pemerhatian aku tengok kawan2 aku drive. diorang memang bijok drive kat bandar jadi aku pun kena la pandaikan diri jugak.
last day sebelum aku balik masa puasa tu aku dengan kawan aku sewa kereta then keluar jalan2 kat Plaza Alam Sentral cari baju raya. aku drive. dan hasilnya aku dapat sepasang baju raya yang aku suka! hihi.
kan dah melaluttttt.. kahkah.. back tu cerita konvo! masa hujan2 tu aku keluar jugak. aku drive sampai shah alam. dalam pukul 7 aku sampai shah alam. masuk uitm then tunggu turn nak parking kereta. parking dekat padang kawad then jalan kaki ke DATC. dalam hujan2 tu la aku menapak dengan wedges 4inci aku tu naik DATC. dalam hujan2 tu memang la ramai orang naik tangga dari stadium uitm ke DATC. jadi keadaan jadi semakin slow dan baju semakin basah. basah dan basah. baju dah la plain. tapi tak apa. mesti kering nanti. hahahaa..
wokeh. aku rasa macam tak best sangat konvo diploma ni sebab kawan2 rapat aku tak ada. ala. memang tak best. dah la tu aku memang jenis tak ambik gambar dengan kawan2. sebab aku ni pemalas. nak cari mak abah aku kat luar dewan je payah. tak jumpa2. ahaha..
habis je sidang pukul 12 lebih semua berlari keluar sebab nak jumpa mak ayah memasing. nak ambik gambar berduyun2 dan nak beli bunga2. aku suruh akak aku beli bunga. aku cakap la nak macam mana tapi akak aku tak beli sebab takut aku tak suka, jadi tunggu aku keluar baru aku pilih sendiri nak macam mana. haha.
mari layan gambar sahaja. hihi
teaser katanya. perghh.. mengada sungguh. kahkah.
sumpah gembira gila masa ni. masa ni balik dari ambik jubah kat shah alam. lepak dekat larkin sampai akak datang. perghh.. bosan! haha
bagi sesiapa yang tak pernah masuk dalam dewan konvo macam ni rupa dia. ade ramai budak2 duduk bawah lepas tu atas pentas ada ramai2 Vice canselor, datuk, datin, doktor, dekan, lecturer dan sebagainya duduk situ dekat sidang yang tertentu. maksudnya lecturer tu akan attend konvo time fakulti dia ambik konvo je. fakulti lain lecturer lain la yang datang khonnn.. haha
biasanya akan ada skrin putih besau2 ni dalam dewan bagi memudahkan mak ayah korang yang duduk atas2 dewan tu nampak la korang yang kiut miut ni jalan atas pentas peragaan ulung tu. haaa.. tayah la mak ayah nak besar kecikkan mata kan macam baca surat khabar tu. alahh.. banyak okeh skrin tu. ada 4 skrin dalam dewan ni. dalam dewan universiti/ kolej/poli lain aku tak tau ler. sebabnya aku ni anak jati uitm. diploma and degree uitm. konvo pun dedua kali kat shah alam. cuma tempat lain. ihiksss..
nombor giliran dan nama. kad ni kene pegang sampai masa nak naik nanti ada orang akan ambik da sebutkan nama kit yang betul mengikut kad kita ni. HM220 tu kod kursus kos yang aku ambil Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hotel. tu dia. HM= Hotel Management. ha.. sonang kan? hiksss
tadaaaa!!!
sama kawan sebelah kerusi. kawan sebelah kelas. aku baik jugak dengan dia ni sebab dia ni baikkk orangnya. sopan santun dan cakap pun lembut. serius. tak tipu. hihi.
kuang2.. yeaa.. alhamdulillah.. dah dapat Ijazah. dengan jayanya dan on time. huehuehue.. tema konvo aku kali ni adalah emerald green. hijau. hijau kegemaran aku la. masa diploma tema oren sebab terbekenan satu baju oreng kuning ada leapord2 sikit. ni pulak memang nak pakai baju warna hijau. hijau ang anggg! tapi iols sukaaaaaaa.. sukaaaa.. warna baru kann.. hikhik
lagi. gambar jakun depan DATC. Dewan Agung Tuanku Canselor. dewan besar UiTM Shah Alam. masa ni aku nak pulang jubah dah tapi akak kata ambik la gambar kejap dekat sini. ade la sikit2 memori kan. aku ni memang suka bergambar tapi kalau serabut2 jadi malas nak ambik gambar. ramai sangat manusia kan. hiii..
close up. mana entah mata aku. kalau ambik gambar mesti tak nampak mata aku sangat. ala, biasalah. iols kan sepet yang nyata. taleh ubah. taleh nak sorok. memang inilah aku. haha
muka selebar pinggan makan kedai mamak. tak nampak dagu. where is my dagu? mana? man? owhh.. hilang dalam keterlanjuran kegemukan yang melampau. hahaha.. tabahlah wahai hati. dah dikurniakan kegemukkan yang jitu begini. ini semua adalah rezeki Allah.. cewahh.. nampak tak tu ayat redhooo.. hahaha
UiTM tak bagi skrol macam UM. dia bagi file keras warna purle yang ade lace songket berkilat tepi tu. snagat cantik okeh.
bunga cantik dari akak. akak belikan bunga ni RM70 rasanya. bunga putih pink. sebab aku nak bunga je jadi beli bunga je la tanpa ada anak patung or arnab. malas nak kumpul benda2 tu sekarang. tak minat sebab banyak makan ruang untuk simpan. nampak tak aku macam dah tua sebelum usia sebab tak suka anak patung dah. aku suka anak patung buat peluk aku tu je. hahaha
tu je pun gambar aku. sangat seikit. tak banyak macam korang semua. buat pre-konvo. gambar konvo. lepas konvo pulak. gambar baling2 mortar. gambar jalan dekat taman. gambar dekat air terjun. dekat sungai. dekat padang. gambar meniarap, terlentang, terlungkup semuaaa dengan jubah uitm tu la. semua tempat korang leser kemana2 kan. habislah. hahaha
aku tak ada gambar macam2 tu. keluar2 dewan je aku pergi cari mak abah aku. cari akak aku je dekat setengah jam. jenuh weh carik sana sini. masing2 jalan memang la tak jumpa! grrrr.. hahaa.. lepas tu cepat2 pergi beli bunga then lepas tu pergi ambik gambar dekat studio. memula ade orang offer studio FSSR sebab ade member kamceng dalam tu. tapi dah penuh pulak. so macam biasalah, ambik je gambar dekat situ studio mana2 yang ada.
cerita aku tak adalah syok bebenor tapi bila kira feel sendiri kita tahu la macam mana rasanya. rasanya dengar bunyi caklempong, bunyi seren menandakan Vice Canselor masuk. bila pengacara umumkan nama kita, bila kita sendiri jalan atas pentas tu naik depan segala orang. bila kita jalan turun dan duduk balik tempat kita rasa macam fuhhhhhh! best gila!
adik2 yang sekolah tu sekolah betul2. study. insyaAllah dapat masuk u rasa la perasaan macam tu. best tau adik2. dengan kawan2 kita pulak tu kan.
ok la. tata titi tutu! hihihi
3 comments:
tahniahhhhh!
congratulation yarr :) hihi sy dh nk sthun ni baru tringat x post lg kat belog hahah lupe dh adeih..haha btw sy de opening invitation nk bg tuh kindly visit my page yar :)))
Puan Ezy:: Terima kasih! tahniah jugak awk dh kahwin! =D
Sizzling Suzai: Terima kasih! uitm jugak? hihi,, teruja je lebih. tapi tak ada pa pun. hihi..
Post a Comment