Happy Cat Kaoani -->

Sunday, April 26, 2020

Ramadhan 1441 H / 2020 M | NIAT PUASA RAMADHAN DAN CARA SOLAT TARAWIH





Assalamualaikum..


Kita bertemu lagi dengan ramadhan tahun ini
tahun yang dianggap penuh dengan kemajuan dan kenikmatan dalam hidup 
yang kita anggap dunia alaf baru penuh dengan kehidupan yang lebih maju 
yang kita anggap dunia yang lebih hebat segalanya
yang kita anggap dunia lebih menyebelahi kita
dalam kekalutan kita mengejar dunia penuh dalam jiwa

kita sedunia telah diuji dengan virus amat halus 
yang hanya diketahui dengan cara ujian swab secara klinikal
malah dengan hanya berkurung kita dapat menghalang kita dari berjangkit

malah ramadhan kali ini menguji jiwa kita di rumah
mendekatkan diri dengan pencipta
muhasabah diri dari segala aspek
dan memperbaiki kehidupan seharian kita dengan mengemas rumah dan membersihkannya

ok lah. aku sertakan niat puasa ramadhan dan niat solat terawikh
tahun ni tahun kita kena hidupkan syurga dunia kita iaitu rumah kita sendiri
baru kali ini la kita akan rasa rumah kita lebih baik dan lebih selamat daripada dunia luar 







 CARA SOLAT TARAWIKH

Lafaz niat solat sunat tarawih secara bersendirian ialah:
lafaz niat solat tarawih bersendirian
 Usolli sunnatal tarawih rak’ataini lillahi taala 
Maksudnya:
Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Taala.

RUKUN SOLAT TARAWIKH


Rukun solat sunat tarawih adalah sama seperti rukun solat solat fardu atau solat sunat yang lain.
Jika terdapat beberapa beberapa bacaan tambahan di antara solat sunat tarawih ini, ia bukanlah rukun atau syarat.
Tetapi ia hanyalah semata-mata untuk mengambil peluang untuk memperbanyakkan zikir, tasbih, selawat dan doa dalam bulan Ramadan yang mulia.
KEDUDUKAN SAF

PEMILIHAN SURAH

Tiada penetapan khas untuk surah yang perlu dibaca dalam solat sunat tarawih.
Anda boleh membaca mana-mana surah kegemaran anda yang diingati.

Ini adalah contoh surah dan kedudukan rakaat yang dicadangkan.
Semua ini terpulang kepada individu itu sendiri.

Biasanya di Malaysia, selepas selesai 4 rakaat, kita akan membaca doa terlebih dahulu sebelum mengerjakan 4 rakaat yang terakhir.
Doa tersebut adalah seperti di bawah:

Doa Antara Tarawih (Selepas 4 Rakaat)

 Allahumma inna nas aluka ridho ka wajannah wa na u’zubika min sahotika wannar. Allahumma innaka affuwwu karimun tuhibbul afwa fagfu anna wa an jami’il muslimina wal muslimat, birahmatika ya arhamarrohimin. 
Maksudnya:
Ya Allah, kami meminta redha-Mu dan syurga dan kami berlindung denganMu daripada kemurkaanMu dan api neraka.
Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan Mulia, Engkau sangat suka memaafkan maka maafkanlah kami dan seluruh kaum Muslimin dan Muslimat.
Dengan rahmatMu Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Doa Selepas Solat Tarawih

Selepas selesai solat tarawih yang terakhir, bacalah doa ini.
(Anda boleh mainkan audio untuk membantu bacaan. Bantuan ejaan rumi juga turut disediakan)





Audio 00:0
Bismillahirrahmanir rahim.
Alhamdulillahi rabbil alamin. Wassolatu wassalamu ala sayyidina muhammadin wa ala Alihi wasohbihi ajmain, Allahummaj ‘alna bil imani kamilin,  walifara idhika muaddin. Wa lissolati haafizin. wa lizzakati faa ilin, wa limaa ‘indaka tholibin, wa li ‘afwika raajiina wa bil hudaa mutamassikiin.
Wa anil laghwi mu’ridhiin. Wa fiddunya zaahidin. Wa fil aakhirati ra ghibin. Wa bil qadaa i raa dhiin. Wa binnu amaa i syaakirin. Wa alal balaa ya saabiriin. Wa tahta liwaa i sayyidinaa muhammmadin sallaahu alaihi wa sallama yaumal qiyamaati saa iriin. Wa ilal haudhi waaridiin. Wafil jannati daakhiliin.

Wa Alaa sariiratil karaa mati qaa idiiin. Wa bihuurin linim mutazawwajiin. Wa min sundusiw waistabraqiw wadiibaajim mutalabbisiin. Wa min to aamil jannati aa kilin. Wa mil labaniw wa asalim musoffaini syaaribiin. bi akwaa biw wa abaariiqa wakaksim mimma ‘in. ma Allaziina an amta alaihim minan nabiyyiina wassiddiiqiina wasy syuhadaa iwassoolihin.
Wa Alaa sariiratil karaa mati qaa idiiin. Wa bihuurin linim mutazawwajiin. Wa min sundusiw waistabraqiw wadiibaajim mutalabbisiin. Wa min to aamil jannati aa kilin. Wa mil labaniw wa asalim musoffaini syaaribiin. bi akwaa biw wa abaariiqa wakaksim mimma ‘in. ma Allaziina an amta alaihim minan nabiyyiina wassiddiiqiina wasy syuhadaa iwassoolihin.
Allahummaj ‘alna fii haazihil lailatisy syahrisy syariifatil mubaarakati minassu Adaail maqbuuliin. Wa alaa  taj ‘alnaa allaahumma minal asy qiyaa ilmarduudiin. ilaahana Aafinaa wa’fu annaa waghfir allaahumma lanaa. waliwaalidiina wali ummahaatina wali ikhwaaninaa wali akhawaatinaa wali azwaajinaa wali ahliinaa wali ahli baitinaa
wali ajdaadinaa wali jaddatinaa wali masyaa ikhinaa wali mu allimiinaa, wa jamii il muslimiina wal muslimaati wal mukminiina wal mukminaat., al ahya i minhum wal amwaat.
Waktubillahummas-salaamata wal aafiyata alai na wa alaa abiidikal hujjaaji wal ghuzaati wazzuwaar, wal musaafiriina wa muqiimiina fil barri wal bahri minal muslimin.
Waqinaa syarrazh zholimin. Wan surnaa alal qaumil kaafiriin, ya mujiibassaa iliin. Wakh tim lanaa yaa rabbanaa minka bikhairiyyaa arhamar raahimin,
Wassollahu ‘ala khairi kholqihi muhammadin wa ‘ala Alihi wasohbihi wassallam. Walhamdulillahi robbil  Aalamin.

Maksudnya:
Segala puji untuk Allah Tuhan sekalian alam, sebagai pujian yang menyempurnakan nikmatNya dan mencukupkan pertambahannya.
Wahai Tuhan kami, bagiMu pujian seperti yang selayakNya dan kemudian ZatMu dan kebesaran pemerintahanMu. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad dan keluarga serta sahabat-sahabatNya.
Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah iman kami iman yang sempurna. Segala kewajipan zakat kami laksanakan dan segala apa yang ada di sisiMu kami pohonkan dan keampunanMu kami harapkan.
Kami berpegang dengan petunjukMu dan menjauhi perkara yang sia-sia, zuhud dengan dunia dan cinta akhirat, redha dengan ketentuanMu, bersyukur dengan nikmat-nikmatMu, dan bersabar dengan bala bencana.
Kami berlindung di bawah panji-panji Nabi Muhammad pada hari kemudian, kami berkehendak kepada perlindunganMu dan dapat memasuki syurgaMu dan duduk di atas katil yang mulia (di syurga), berkahwin dengan bidadari-bidadari dan memakai perhiasan-perhiasan di syurga, memakan makanan di Syurga, minum susu dan madu yang suci dari gelas-gelas yang indah bersama mereka yang telah Engkau beri nikmat daripada golongan nabi-nabi, rasul-rasul, para syuhada dan orang soleh.
Ya Allah, jadikan kami pada malam yang mulia dan penuh keberkatan ini daripada orang yang berbahagia kerana diterima amalannya, dan janganlah jadikan kami orang yang berdukacita kerana ditolak amalan kami.
Ya Tuhan kami, afiatkan kami dan berikan kami keafiatan, Ya Tuhan kami, ampuni kami, ibu bapa kami, saudara-saudara kami, suami/isteri kami dan guru-guru kami dan mereka yang kami ajarkan, dan mereka yang mempunyai hak ke atas kami, dan mereka yang mencintai kami dan berbuat baik kepada kami, dan mereka yang membimbing kami dan yang kami bimbing kepada kebaikan, dan mereka yang berwasiat kepada kami dan yang kami wasiatkan dengan doa, dan seluruh muslimin dan muslimat.
Dan Ya Allah, tulislah keselamatan dan keampunan untuk kami dan ke atas hamba-hambaMu yang terdiri daripada para jemaah haji dan umrah, peniaga-peniaga, orang yang berziarah, musafir-musafir dan orang yang bermukim, di darat atau di laut daripada orang Islam.
Dan jauhkan kami daripada orang yang zalim, dan bantulah kami ke atas orang kafir, wahai Tuhan yang memperkenankan orang yang bermohon.
Dan sempurnakanlah untuk kami wahai Tuhan kami daripadaMu dengan kebaikan wahai Tuhan Yang Maha Pengasih daripada segala segala yang mengasihani.
Selawat dan salam ke atas sebaik-baik kejadian, Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya dan Sahabat-sahabatnya, dan segala puji untuk Allah Tuhan sekalian alam.
SELESAI SUDAH SOLAT TARAWIKH ANDA!


Walaubagaimanapun ini adalah pendapat bekas mufti Wilayah Persekutuan tentang hukum solat tarawih secara bersendirian.
makanya kita disarankan melakukan solat tarawih jemaah di surau, masjid mahupun di rumah.









SEKIAN.





No comments: