Happy Cat Kaoani -->

Saturday, April 18, 2020

Ketua Rumah atau Wakil Setiap Rumah?



Assalamualaikum..

Dulu aku rajin menulis
sekarang dah malas amat sebab apa? 
sebab aku sendiri pun dah tak membaca di blog orang
sekarang kerjanya tengok video youtube orang je
niat nak buat juga video sendiri upload tapi tak reti editing
dasar tau
padahal aku tengok ramai je yang post dari editing kat phone je
aku kena cari tahu pasal ni sepanjang PKP ni
sebab masa ni akan mengadap laptop 24hours kan

sekarang ni sedang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
hari ke berapa ye aku pun dah tak ingat
sekejap aku kira!
ye, hari ni dah hari ke 32 
bermula 18 Mac 2020 haritu
sejak dari 18 Mac sampai harini 18 April dah sebulan PKP ni berlangsung
mak dengan abah aku langsung tak keluar
kakak aku ada keluar beberapa kali pergi klinik dan hospital
aku keluar pergi kedai beli barang makanan dan pergi sekolah sign gaji

sepanjang PKP yang tak pernah kita sebagai rakyat Malaysia dan seluruh dunia alami ni macam-macam cerita kita baca dan dengar
fuh.. ianya sangat encabar jiwa dan sanubari kita sebagai rakyat yang bebas kemana sahaja kita kehendaki

masa PKP ni hanya dibenarkan ketua keluarga atau wakil keluarga membeli barang dapur dan barang keperluan makanan rumah
kalau untuk rumah aku semestinya mak perintahkan aku yang pergi beli barang dapur
sebab apa?
sebab aku pandai pilih barang dapur dan barang makanan
sebab aku pandai masak juga
sebab aku pandai jaga jarak
sebab aku pandai jaga kebersihan seperti saranan KKM
dan yang paling utama aku paling senang nak disuruh-suruh

ada sebab mak aku bagi mandat tu dekat aku sebenarnya
tapi aku ok je suka terima mandat tu 
kedainya pun bukan jauh dari rumah
tak sampai 1KM dari rumah pun
ambil ubat abah aku dekat klinik taman aku pun, aku yang tolong ambilkan
tak nak abah terdedah pada keadaan luar dan klinik yang tak bersih tu
lagi pun ada ada sakit kencing manis dan darah tinggi
tu yang tak nak abah keluar tu

ada orang cakap pandai PM pilih suruh ketua keluarga yang beli barang dapur
sebab kalau penolong ketua keluarga tu kelar habis satu kedai diborongnya
hahaha..sama macam aku pikir
kalau boleh aku nak beli banyak barang untuk elakkan keluar rumah selalu
sebab dekat rumah ada banyak benda nak masak dan banyak guna barang
ye, kalau orang tak masak tak rasa penting
kalau orang memasak semua rasa penting nak beli macam2
sebab kalau tak beli yang susahny kita juga yang nak memasak ni






memang boleh jimat kalau ketua keluarga pergi tapi banyak masalah bila pulang
belanja tu tak sama dengan tekak keluarga dan anak2
sama ada ikut tekak ketua keluarga tau ikut dan je ambik barang ni
semua keluarga ada kesukaan dan kebiasaan jenis makanan yang mereka selalu makan
kadang kalau tak sama dengan kebiasaan keluarga tak nak makan
ye tak kalau korang?

kalau family aku ye juga
biasa kicap beli kicap manis cap kipas udang
sos pula biasa sos bumi hijau
dan benda lain juga
kalau beli lain dari tu macam tak nak sangat family makan
jadi kadang mengundang pergaduhan keluarga sebab tempoh berkurung dengan makanan yang tak biasa dan tak enak ditekak kita buat kita semakin tak betah dirumah..
tapi kalau korang jenis tak kesah ok je

jadi dalam situasi aku baiklah jika aku pegi beli barang
sebab aku juga yang selalu beli barang dapur dengan mak
makanya aku banyak tahu barang apa yang selalu makan dekat rumah
jenama apa, perisa apa, berapa gram or kg selalu beli
macam tu

aku tak la pandai sangat masak
masak untuk tekak aku dan family ok je
dan juga kalau aku lapar aku rasa pandai je masak
sama macam orang lain la
masak untuk hidup aku jeee 

dan ini pendapat aku
tak kesah pun siapa beli barang untuk keperluan rumah
janji wakil dan pergi seorang tanpa teman dan kawan ramai2
sebab ramai je ketua rumah tak boleh keluar atas sebab tertentu
macam sebab kesihatan, sebab kehidupan dan sebab lain

apa pendapat orang lain?









No comments: