Happy Cat Kaoani -->

Thursday, March 16, 2017

Umur, jodoh dan mimpi

Assalamualaikum

Sekarang ni selalu sangat baca confession IIUM tu. Semua confessor ada benda dia nak sampaikan.
Best ke tidak penyampaiannya tu bergantung pada cara confessor tu mengolah ayat.
Tidak dinafikan yang ramai confessor bijak bermain kata sampaikan kita terbuai dengan cerita dan apa yang ingin disampaikan.

Aku bukan nak cerita pasal Confession IIUM tu sebenarnya.
Aku baca banyak sangat cerita pasal umur dan jodoh lately.
Memandangkan aku pun dalam golongan perempuan yang berumur tapi belum bertemu jodoh jadi aku pun macam rasa terpanggil tiap kali ade orang cerita pasal umur,  jodoh dan kerja.

Aku tahun ni berumur 28 tahun.
Belum mempunyai kekasih.
Belum jumpa lagi jodoh (sesat atau belum lahir agaknya) hahaha.

Kawan2 sebaya ramai dah kahwin.
Saudara mara bahkan yang lebih muda pun dah ramai beranak pinak.
Aku masih terkontang kanting sorang2.
Sebenarnya tak la terkontang kanting.
Tipu la kalau sedara mara, sahabat handai dan orang kampung tak tanya bila aku nak kahwin. Tipu sangat tak ada kannn..
Mestilah ada soalan tu setiap kali kita attend majlis kahwin kawan,  saudara atau orang kampung.
Anggap je benda tu halwa telinga yang enak dimakan.

Tak yah bak jawap sentap2 kalau ade makcik2 yang anak dia sebaya kita tapi sebab anak dia dah kawen dia sibuk tanya kita bila pulak kan.
Anggap je dia concern pasal kita dan willing nak datang majlis kahwin kita kalau kita buat majlis nanti.
Aku ni bukan la sopan sangat tapi at least kita tak perlu nak sound balik orang pasal benda macam ni.
Aku paling kuat pun jawap
"lambat lagi.. "
"taun depan la cik.. "
" doakan la eh.. "
Atau pun aku ketawa or senyum je.
Bukan jadi kudis pada kita pun.

Dah la aku belum bekerja.
Masih dengan cari-kerja-tak-dapat-yang-sesuai.
Even dah masuk tahun ke-4 tahun ni sejak tahun 2013 aku habis study.
Banyak la cakap2 pasal diri aku.
Pekakkan telinga dan sabarkan hati.
Senyum je.

Masa zaman belajar dari tahun 2007-2013 jujurnya adalah kawan lelaki in dan out dari zaman belajar tu.
Tapi zaman tu zaman budak2.
Kau tahu je la zaman budak2 ni aku bukan beria sangat.
Kawam nak kenal hati budi je.

Lepas habis belajar memang nak serious tapi sebabkan aku masih tak kerja lagi aku tak berani nak cakap aku nak kahwin. Nak kahwin banyak pakai duit.
Jadi aku pun delay2.
Sampai satu masa kawan lelaki aku tak dapat tunggu lagi dia kahwin dengan orang lain sebab lama sangat tunggu aku agaknya.
Yelah, aku bukan puteri raja dia nak tunggu2 bagai. Hahaha

Sejak tu tak ada lagi sesiapa yang aku kenal rapat dah berpotensi jadikan kawan lelaki pun.
Dah la aku duduk rumah 24jam.
Aku tak jumpa lelaki2 melainkan kalau keluar beli barang dengan mak aku yang tak sampai beberapa jam tu.
Nak dijadikan pakwe apatah lagi. Jauh sangat tu. Hahaa

Sejak lepas belajar ni aku pernah aku diminta nombor telefon secara terang-terangan secara gentleman.
Tapi sayangkan dia cuma kesunyian sebab selalu bergaduh dengan tunang dan nak kahwin pun.
Tapi cara minta nombor fon tu buat aku tak boleh lupa seumur hidup.

Masa tu aku nak buat passport sebab passport lama dah mati.
Buat new passport untuk 5tahun tu.
Aku buat kat UTC JB je.
Pegawai imegresen kat kaunter tu terang2 mintak no fon aku yang dalam system tu untuk berkenalan.
Dia minta kebenaran la kang kalau tak cakap kata curi maklumat pelanggan pulak.
Salah guna kuasa kan.
Sebab dia mintak aku bagi je la. Denga harapan tak ada yang tak baik.
Tapi dah tua2 ni pandai la aku tepis kalau orang perangai pelik2 ni.
Nasib dia tak pelik. Ok je cuma sebenarnya dah bertunang dan nak kahwin dah.
Dia nak berkawan je.
Kawan yang kenal gitu je la. Lepas tu aku pun dah tak kontek dia lagi.
Tak perlu la kan. Dah jadi laki orang dah pun.

Kalau diikutkan aku bukan jenis yang tak reti bergaul.
Aku jenis cepat je dapat kawan.
Tapi sebab aku sekarang sangat berhati2 atau pun sebenarnya hati aku belum terbuka lagi nak berumah tangga.

Pernah aku dengan sorang kawan baik aku kat kampung ni berbincang pasal kahwin,  jodoh dan kekasih ni.
Dia pernah cakap yang dia ni rasanya Allah belum nak dia kahwin dan ada keluarga sebab dia belum bersedia.

Aku tahu setiap perancangan Allah tu ada sebabnya.
Ada hikmahnya. Hikmah yang belum kita tahu.
Jalan hidup orang lain2.
Kita tak boleh sama kan dengan sesiapa pun.
Ada kelebihan dan kekurangan sana sini yang kita perlu isi dan jalani.

Aku selalu bermimpi aku jumpa lelaki yang baik.
Dalam mimpi tu dia tolong aku dalam pelbagai bentuk.
Yang kita tak pernah terfikir pun kita boleh mimpi kan.
Sampaikan aku pernah mimpi sanding dengan lelaki tapi semua lelaki tunaku tak nampak mukanya.
Aku boleh bercakap dengan lelaki tu dalam mimpi.
Tapi aku tak nampak langsung muka lelaki tu.
Macam cakap dengan seorang yang tinggi yang berbalam mukanya.
Mimpi tu berulang kali.
Tapi mimpi dalam situasi berbeza.
Tapi semua tak nampak muka.

Aku assume yang Allah belum nak jumpakan lagi aku dengan jodoh aku.
Aku sabar je.
Ada sebab kenapa Allah susun semua ni macam ni.
Dari mimpi tu aku tahu yang lelaki tu ada cuma aku tak nampak atau tak jumpa lagi.
Tapi dia akan ada, dan hadir dalam hidup aku.
Atau mimpi tu gambaran hidup in future?
Tak tahulah.

Aku tak adalah berdrama pun. Aku masih berpijak dibumi yang nyata.
Bumi ciptaan Allah yang maha pengasih lagi maha mengasihani.
Aku pernah doa dekat Jabal Rahmah pasal jodoh.
Aku pernah sebut pasal jodoh masa mengadap Kaabah dulu.
Tapi Allah belum perkenankan.
Masa umrah dulu pun tak jumpa sangat lelaki tua.
Dalam trip group tu semua dah kahwin atau pun dah tua2.

Lagipun masa tu orang ingatkan aku dengan kakak aku ni bebudak yang masih sekolah.
Ikut mak ayah pergi umrah masa cuti sekolah.
Padahal orang tak tahun semua dah tetua.
Kahkahkah

Sama la masa aku ikut trip sepupu aku kahwin kat Indonesia dulu.
Makcik2 kawan wak aku semua ingat kami ni bebudak lagi.
Ingat umur kecik lagi.
Bila diorang tanya2 bual2 rupanya baru diorang tahu yang kami ni dah banyak umur.
Pengantin sebenarnya lagi muda dari kami. Hahahaha

Dari mimpi2 yang tak nyata tu aku percaya sebenarnya Allah belum bagi sebab yang aku sendiri tak tahu.
Mungkin aku belum bersedia.
Mungkin aku belum sesuai kahwin.
Mungkin nak aku berbakti lebih pada ibu bapa.
Mungkin nak bagi aku masa berkualiti dengan keluarga sebab dah habiskan masa belajar 6tahun kat universiti.
Mungkin itu mungkin ini.

Apa pun sebabnya kita tak perlu terlalu emosi, ragu, risau dan buruk sangka dengan jalan hidup kita.
Jalani dengan gembira dan berdoa yang baik2 je.

Allah tu ada di dalam hatu setiap manusia.
Kita sedar atau tau masanya akan tiba sama ada dirancang atau tak.

Confessor tu semua kebanyakkanya STRESS dengan apa yang mereka hadapi. Jangan stress la kawan2.
Nasib setiap orang tu tak sama.

Stay smile je.
Hati tu tebalkan.
Telinga tu pekakkan.
Mulut tu kuncikan
Tapi senyum jangan kurang.

Selamat malam.

No comments: