Happy Cat Kaoani -->

Monday, March 20, 2017

Dulu sememeh sekarang dah lawa?




Assalamualaikum..


Otak baru nak ligat bila dah malam.
Dah banyak cerna dan jumpa orang harini.
Pergi dua majlis kahwin.
Satu jauh sikit satu dekat je.
Yang jauh tu kat Kota Tinggi. Kalau ikut biasa dalam sejam dah sampai.
Ni hari sabtu banyak lori dan kereta slow makanya perjalanan jadi sejam lebih pergi balik.
Dah la mak ada yasin kat kampung.
Kena balik cepat sebelum pukul 2.30.
Balik aku drive laju tapi tak boleh lagi sangat pun. Redho dalam kenipisan iman je sebenarnya.
Balik je kat taman aku pun ada kenduri kahwin.
Aku dengan akak aku je pergi sebab mak aku pergi yasin wanita.
Kenduri kahwin yang kat kampung sebelah ni of couse la ramai orang kampung, kenalan dan kawan-kawan.
Biasalah tu kan. 


Aku lupa nak selfie sebenarnya harini dah pakai baju elok2.
Lately ni aku lupa je nak selfie.
Sindrom tua agaknya. Hahaa
Sekarang semua nak rushing makanya lupa.
Tadi masa nak pergi pun rushing jadi masuk kereta terus gerak laju2 sebab dah tengahari pun.
Sejenis sekeluarga lambat kan jadi semua plan semal nak nak gerak pukul 10 tu hanya plan je.
Buatnya tak pun. Hahah.  Adui.


Sampai kenduri kahwin kat kampung tu biasalah kan.
Cari makanan sendiri. Cari tempat duduk sendiri.
Disebabkan dah makan nasi dekat kenduri first tadi jadi kenduri kedua ni aku ambik bubur pulut hitam dan air je.
Lepas makan aku nampak kawan2 kakak aku ade bersembang sambil makan dekat beranda rumah. 
aku cakap kat kakak aku. dia pun perasan dan nak pergi menyapa.


Aku ikutkan aje kakak aku menyapa kawan2 dan kawan cikgu dia.
Dari jauh dah nampak kawan kakak aku ni.
Aku terkial2 pukak kasut. pi kenduri pakai kasut bertali belakang la hape la. ngade sangat kan.
Dalam pada aku terkial2 tu aku dengan kawan kakak aku cakap dengan kawan sorang lagi

"eh, adik ain dah lawa kan"
Dia berbisik je tapi aku boleh dengar la.
bisik yang kuat sebenarnya nak lawan suara speaker bukak lagu2 kan.


Aku rasa macam nak gelak je.
Tapi tahankan. kang kata aku perasan.
Jujurnya memang aku dengar apa kawan akak aku tu cakap.
Tapi memang tak mustahil dia perasan. Dia kenal aku dari zaman aku tingkatan 1
Dulu aku sememeh je. Hitam, kurus, muka macam semut kecik je, berkilat kalau balik sekolah.
Jenis tak berbedak pergi sekolah.
Dah tingkatan besar2 baru pandai pakai bedak Johnson n Johnson. tu pun yang bedak baby tu.




ni masa aku form berapa tah tak ingat.
kalau tak form 4 mesti form 5.
sebab sama je kawan dengan guru kelasnya jadi lupa.
cari la muka aku yang hitam dan pendek tu.






ini gambar ori tanpa edit dari tahun 2005.
sampai sekarang maknanya dah 12 tahun gambar ni.
masa ni aku form 4.
sukan sekolah. tapi biasalah aku mana pernah sukan2 ni jadi aku jadi pom pom girl je dekat sebelah track lumba lari.
aku pom pom siapa pun tak tahu. janji rumah merah lari aku sokong je walaupun tak kenal.


ini adalah wajah ori zaman 2005 waktu suka.
matilah gelap gila, berkilat dan berminyak.
tapi aku haruslah konfidennnnn.
no wonder la dulu tak ada siapa minat aku ye dak?
hitam gila. dah la sepet. hahahha
tahun je betul tarikh dengan waktu tak betul ye. haha




ini tarikh, tahun dan waktu semua betul.
masa ni form 5.
betapa kurusnya aku dulu. pakai baju saiz s.
sekarang saiz xl tak pun xxl. hahaa..nangis..




2009. masa diploma.
masa ni pagi nak pergi kelas ni.
tengok siap dah pakai kat matrik dan yang belakang tu you know what.. kad makan.
dulu uitm diploma ada makan subsidi.
sekejap bagi duit untuk sebulan, kejap seminggu, kejap sehari.
lama2 terus tak kasi.
kad makan ni akan ada isi topup pastu ade mesin dia la orang dewan makan tekan2 kira.




masa ni make up rasanya tapi dah sememeh sebab semalam tak cukup tidur.
esoknya ada event.
dalam masa yang sama kami jugak la kena buat innovasi.
waaa..penatnya masa ni.
penat otak. 
sebab aku tugasnya masa ni biro protokol. jemput speaker untuk bagi talk.
3 orang speaker yang aku blur siapa nak cover semua ni.
akhirnya dapat la Pak Ngah Katering, Manager Hotel Grand Bluewave Shah Alam dan Ketua Jabatan Asia Triways.
mencabar sangat nak jemput diorang ni. orang besar2 kan bizi sokmo.






ini gambar baru masa bulan 12 hari tu.
baru lagi aku lupa je ambik gambar.
asal dah siap tu terus masuk kereta cucuk kunci jalan.
hahaha.
dasarrr dah tua! hahaha


dah tua2 ni baru terhegeh2 nak pakai itu, ini..
nak pakai skincare, whitening, aging, lifting, shapening..pening aku semua ni.
demimu wajah aku turutkan. haha



masih tembam.
ni gambar baru2 ni.
dalam gambar tak beria sangat tapi kalau depan2 baru nampak la aku make up.
sampaikan makcik aku pun pelik aku pandai make up.
sebab aku masuk je diploma dah bermake up bagai.
semua ni ajaran waktu study la. semua kena make up.
tak nampak nampak pucat, lebam, mayat dan sendu.
sikit2 aku belajar make up itu ini.
walaupun masih sendu sampai sekarang tapi lantakkan sana.
aku tetap make up untuk konfiden level sendiri.


jadi rasanya kenapa kawan kakak aku cakap macam tu terjawap.
gelap masih gelap tapi berbedak elok gincu apa semua la.
jangan tidak kan.
bukan nak melaram sakan tapi adat2 la. sesuaikan dengan tempat.
dah kalau pergi kenduri kawin boleh la kan.
kalau pergi pasar biasa2 sudah ler. hahaha


membesarnya aku dengan macam2 manusia.
dengan pelbagai ragam dan cara.
belajar sikit2 sampai sekarang masih belajar dan berusaha nak elokkan muka.
keluar rumah pakai foundation dan bedak. calit lipstick sikit.
la ni lipmatte la jadi pilihan. kering dan ringan kan.
gila lip matte sekarang. rasa nak beli seluruh warna yang ada. haha. gila2.









sila sawan dengan segala color dia. cantikkkk...
jangan terpedaya ye, sila beli yang original.
tengah ain HUDA BEAUTY punya lipmatte tu.
lawa sangat warna dia. awww...

berangan la wei.
kot satu hari nanti dapat ke DUBAI atas nama kerja dan leisure.
indahnya...kihkih


dah malam ni, jom sambaung berangan sambil dah nak tidur ni.
syoknyaa...
mimpi indah ye.



No comments: