Happy Cat Kaoani -->

Monday, March 9, 2015

Tip Bila Singki Tersumbat






Assalamualaikumm...





Alhamdulillah... selepas 2 hari bertungkus lumus mengerjakan sebuah lubang yang sumbat, maka semalam petang lubang tu berjaya mengalirkan air dengan deras dan cepat. huahahaha.. apa yang bahagia sangat lubang singki boleh mengalirkan air? sawan ke hape budak ni??




ni la nak cerita, dua hari lepas, lubang air dari singki ke septik tank tersumbat. akibatnya lubang singki tu tak mengalirkan air ke septik tank tapi berkumpul je dekat situ dan membuak naik. lubang tu bukan dalam rumah. lubang tu sepatutnya dekat kaki lima kalau pada rumah asal. tapi kami dan renovate sikit rumah ni. belakang rumah dan disimen dan letak awning. untuk basuh baju, ampai baju dan letak barang2 sikit. jadi dia atas lantai belakang singki dapur la. 




alkisahnya pagi 2 hari lepas mak aku masak la macam biasa. masak untuk abah pergi kerja pukul 5.30. abah pergi kerja dalam pukul 6. pagi2 mak keluar pintu dapur nampak air meleleh dekat kawasan tu ke longkang.jadi mak kejutkan aku pastu kami pagi2 buta betungkus lumus la mengalihkan barang2 kawasan sekitar dan pikir macam mana nak buat dengan lubang yang tersumbat tu. lubang tu dah penuh air yang kotor. air singki kan. haruslah kotor.



macam2 yang kami gunakan untuk merodok lubang tu supaya jalannya clear dan boleh dilalui air tapi hampa. sebab tak ada benda yang boleh digunakan untuk merodok lubang air yang bengkang bengkok. mak cuma jiruskan air panas ke dalam lubang dalam 2 kali macam tu. tapi hampa. air panas tu naik semula dan membuak ke atas. tak ada gaya macam nak turun ke bawah. naik ke atas adalah. erghh.. tensen la pulak tengok. 




jadi aku pun buntu tengok benda tu masih bertakung tak turun2. sampaikan aku google internet macam mana nak buat kalau lubang saliran dari singki ke septik tank tu tersumbat. tak boleh mengalirkan air. dan akhirnya aku dapat tahu yang garam kasar dan air panas dicampurkan bersama dan dituang ke dalam saluran lubang boleh memecahkan lemak dan minyak yang sudah melekat dan mengeras disekitar dinding lubang. sebab garam ni ada banyakkkkkk kegunaannya kan. 






garam kasar brand apa2 pun tak apa. ni jenama MILI. entah. tak pernah dengar. janji garam kasar la kan. bedal je. murah je garam ni. sebelum ni beli cap LAYANG-LAYANG. ni jenama MILI. bolehkan sahaja. Harga pun murah kan RM 0.70 je. aku beli 5 paket. ha kauu.. semangat ni. 





garam kasar dengan air panas. larutkan garam dalam air panas pastu tuang dalam lubang yang sumbat. buat banyak2 kali. sampai ada penurunan dekat air tu.



jadi marilah kita ke kedai beli garam. memula beli 3 paket garam kasar. petang tu aku dengan mak sambung operasi masak air, bancuh garam dalam baldi then tuang. banyak kali masak air. kalau tak dengan garam je pun tuang air panas je. biar minyak tadi lembik. 3 paket pertama habis. tapi lubang masih tak airkan keluar air cuma cepat surut. means tuang je ada penurunan tapi tak banyak. 




esoknya beli lagi 5 paket garam kasar. balik2 je terus masak air. bancuh gram tuang. tuang. tuang. tuang. settle 3 paket garam stop. tuang air panas je. tuang. 1/2 jam sekali tuang air panas. 1 jam sekali tuang air garam panas. buat sampai hari dah nak malam. bila nak maghrib tu mak kata tutup tangki septik tu. tangki septik tu bukan yang kumbahan tau. cuma aliran air ke kawasan yang disediakan. untuk air singki, air basuh baju, dan air biasa2 je. yang kumbahan untuk bilik air lain. 



petang semalam sebelum tutup tangki septik mak buat percubaan terakhir. jirus lagi dengan air panas. dan akhirnyaaa.. berjayaaaa! air keluar ke septik tank dengan lajunya. mengalir deras sekali dengan minyak dan lemak2 yang terkumpul tu. yeaahahhh!!



singki dah boleh digunakan. dah boleh basuh pinggan, cuci tangan, memasak. haaa. seksa weh singki tersumbatnya. perasaan ni biasanya mak2 dan suri rumah yang rasa. seksanya. risaunya. kalau panggil plumber mau dia korek semua kawasan nak tengok mana yang sumbat. makan ratus2 wei. 



lepas ni buat selalu ye supaya singki tak tersumbat lagi. at least sebulan 2 kali. sebab kita kan hari2 masak jadi lebihan minyak tu akan melekat. jadi buat selalu. jadikan rutin 2minggu sekali mungkin. haaa.. modal pun kurang. beli garam kasar je pun kan? air panas masak ler sendiri. 



bagi sesiapa yang tersumbat lubang singki boleh cuba ni. InsyaAllah menjadi. kalau nak guna CLOG REMOVER pun boleh. ASID yang jual kat kedai hardware pun boleh. tapi ni alternatif palingggggg selamat dan palingggg murah. 



biasanya paling cepat pun dalam 2 hari baru berjaya. sabar dan tabah menghadapi. InsyaALLAH BOLEH!





ok. selamat mencuba ye.









1 comment:

ezy.fia said...

ni nanti kalo lubang tersumbat blh try guna tips ni!
hihi