Happy Cat Kaoani -->

Tuesday, December 10, 2013

Kenduri Kahwin Anak Sedara di Singapura








Assalamualaikummm...


tanggal 1 Disember haritu aku dengan mak dan akak ke Singapura sebab ada jemputan kenduri kahwin anak sedara aku. maknanya cucu saudara mak la. sebab mak adik beradik dengan nenek si pengantin. 


haaa. jauh kan pertaliannya. memang aku ramai sedara dekat Singapore tu. sebab ade beberapa keluarga yang duduk Singapore dari dulu lagi. tapi disebabkan dah lama sangat duduk singapore jadi anak cucu cicit pun dah berkembang dekat sana so secara automatik. haha


so ni nak cerita aku pergi sana je. melalut sampai salah silah keluarga pulak kan. haha. maaflah yer.




jangan terpedaya denga tipu helah dunia. ni kereta pakcik aku ye bukan kereta aku. aku cuma tumpang bergambar belakang kereta je. hahaa..


baju kurung konvo je aku pakai. warna emerland green. tudung halfmoon 3 tone dari Larkin. nak cari halfmoon cantik dan murah sila ke Terminal Larkin. banyak warna dan murah2. murah yang korang mampu sangat. semampu aku yang jobless ni. hahaha





ini mak aku. ye la, aku tahu aku lagi besau dari mak aku. sepatutnya anak lagi kecik dari mak kan? ni dah terbalik. haha.. tak apalah. ini buktinya mak beri makan kat aku dengan secukupnya. malah sangat terlebih2. hahaha..


tema sikit. warna hijau. sebenarnya baju mak baju raya haritu. aku baju konvo. akak pun baju raya. baju raya aku lain tapi still warna hijau. tahun ni tak boleh lari dengan warna hijau. tengah in katakan. tahun depan untuk raya tak tahu lagi warna apa. macam nak warna soft yellow, macam nak warna purple. entahlah.. hihi







hujannnn.. JB hujan masa ni. sikit2 je la. masa ni dekat tambak. permulaan tambak johor. jadi ada ni. kasi snap sikit la banner yang besar gedabak ni. haha..




kereta dari Singapura ke Malaysia tu berjujuk nak masuk JB. biasalah sebenarnya untuk hari ahad. cuti la katakan. orang singapore ramai yang akan ke Malaysia untuk belanja, untuk tengok saudara, kerja dan macam2 la. tak hairanlah ramai orang Singapore kerja Malaysia dan orang Malaysia kerja Singapore. ramai sangat dah.





nampak kad autopass tu? itu kad yang kita perlu ada untuk ke singapore. wajib ada. macam touch and go la jugak. tapi guna sekali pergi dan sekali balik. sekali pergi RM2.90 balik RM2.90.





slow down your car.




Woodlands Checkpoints





kek pisang. durian puff. kek lapis pakai tepung pulut agaknya. likat melekat! dan buah2.






kanan ni mak aku kiri tu makcik aku. makcik pakcik ni pesara guru. banyak sangat masa kat rumah. dan baikkk hati. hihi


tu je ceritanya. tak ada yang best pun. last sekali babai dari aku.





nah seketui gambaq comey dari aku. kenapa pilih gambar ni? sebab nampak gadu tak berlapis dan runcing. hohoho.. mohon sesiapa yang sanggup menghadiahkan BELVYA kat aku. aku anak gelandangan duduk makan je dekat rumah tak ada pendapatan. kahkahkah.


okeh. babai guys!




No comments: