Happy Cat Kaoani -->

Thursday, December 19, 2013

Birthday ke 24!







Assalamualaikumm...



wiwiwiwi.. kitew nak ceritew ni. hari tuew kan.. masa birthday kiteww mak dengan akak kitew bawak kita pergi karnival dekat Nusajaya. hahaha.. sumpah rasa nak sepak muka sendiri bila bercakap gaya macam tu. 


8 Disember 1989 adalah birthday aku. dan akak dan mak ajak pergi jenjalan lepas tu sambut birthday aku. ayat sumpah tak ada rima sebab tak tahu nak buat rima macam mana. haha. 


memula pergi Nusajaya lepas tu baru la makan2 dekat Secret Recipe. dan aku dapat kek bukan seketui besar tapi.... 7 slice. huehuehue. kalau gabungkan sama je jadi jugak seketui kek jugak! hehehe







ini adalah senarai aturcara semasa karnival berlangsung tapi tak nampak pun. aku pun tak sempat nak baca sebab semua dah jalan ke depan. aku je lambat sangat jalan sebab nak snap itu ini. hihi






Dataran Mahkota ni. semua tertumpu dekat sini, macam dataran putra putrajaya la ni sebenarnya. sama je sebab nantu kan Nusajaya ni akan jadi macam Putrajaya jugak. Bakal jadi bandar baru yang penuh perumahan dan jadi pusat pentadbiran negeri Johor.










wiwiwiw.. aku pergi ekspo kerjaya konon la nak carik kerja. bukan la aku rancang pun datang sini. just sesaje je. memang tahu ade karnival kerjaya tapi aku malas nak bawak resume dan drop resume dekat sana. sebab aku nak tengok dulu pejabat apa dan apa yang dia tawarkan. bukan redah nak drop sana sini. aku akan survey dulu la. jawatan apa, dekat mana, sesuai ke tak, untuk berapa lama apa semua.












 

atas ni adalah cerita pasal Iskandar Malaysia. pasal sejarahnya dan macam2 lagi. yang aku nak tunjuk kat korang semua bukan apa just gambar atas ni. baca bebetul. Iskandar Malaysia ni 3 kali ganda lagi besar dari Singapura. 2 kali lagi besar dari Hong Kong. Nampak tak betapa besarnya Nusajaya? haaa..











haaa.. pernah tengok filem ni? Battle of The Damn? cerita ni buat kat Johor Bahru tau. haaa..  kurlas tak? orang putih tau. bangga kejap. hahaha... cerita keluarga Iskandar ni aku tak pernah tengok cerita ni sebab kat astro. iols tak ada astro sayang..hahaha







Go Green ! ada birthday aku la wei.. waaa.. bangga la sekejap. hahaha
























wiiiii.. dan akhirnya aku dapat 7 kotak kek secret recipe! weeeee.. bestnya la weii.. jangan la kata aku poyo sebab aku suka kek macam2 perisa. yang paling sedap adalah coklat indulge! sedapnya.. lepas tu kedua tersedap adalah pecan butterscoth. hahaha.. sedapnya weii! tapi tak leh makan selalu la. jangan nanti kena kencing manis! haaaa.. jangan la.



terima kasih mak dan akak sebab belanja makan dan kek. dapat handbeg lagi. wiwiwiiww.. ini entry gatai tapi happy.


syukur sangat sempena kelahiran aku ke 24 ni mak dengan akak ingat dan celecrate cara kami. bukan nak bermewah2 tapi yang penting aku merasainya.. terima kasih sebab dah besarkan izza sampai sekarang dan semakin membesar ni. dah habiskan duit dan segalanya untuk izza belajar sampai izza degree sekarang. Alhamdulillah.. alhamdulillah..



dikurniakan ibu bapa yang memahami dan sangat memberi sokongan moral. diberi adik beradik dan keluarga yang sangat membantu dalam segala hal lebih dari cukup. syukur sangat. itu je yang mampu aku ucapkan..


terima kasih jugak buat rakan2 dan kenalan yang mengenali dan wish kat
 aku masa birthday aku. terima kasih semuaaa...


wassalam..






No comments: