Happy Cat Kaoani -->

Monday, December 23, 2013

Pet World 2013 at Danga City Mall





Assalamualaikummm...



hari tu kannn.. 15 Disember aku pergi Pet World dekat Danga City Mall. huahuahuahua... sebenarnya nak tengok kucing2 tu yang beria nak pergi tengok tu. tapi dapat jugak akhirnya tengok kucing2 comel. rezeki sebab masa datang tu memang ada pertandingan kucing dan dapat tengok kucing yang pelik2. 


alahhh.. sebenarnya aku dengan mak dan akak ni memang suka kucing. sayang kucing dan suka main dengan kucing. aku ni tak kesah sangat kalau kena cakar ke gigit ke dengan kucing. tengok la sejak aku cuti ni tangan aku asik kena cakar dengan gigit kucing je. penuh calar balar. tangan kanan kiri semua kena. tapi... au tak pernah serik. tak pernah dendam dengan kucing. bahkan aku tak takut pun dengan kucing. makin suka lagi adelahhh! hahahaha..

































aku suka tepek gambar banyak2 sebab aku pun suka tengok gambar orang blog orang. aku la tatau la orang lain. tak payah la nak cerita banyak2 sampaikan orang bosan cerita sebab tu tepek je gambar banyak bagi korang nak tengok. sebenarnya banyak lagi nak letak tapi macam banyak sangat la pulak gambar kucing ni. 


ada banyak kucing, anjing, arnab, ular, burung, cicak, hamster, chincilla.. semua binatang ada dipamerkan dan boleh dibeli. dah tu banyak jugak la makanan dan barang perhiasan dan pembersihan binatang2 tu semua. 


tapi yang aku tak suka kucing dengan anjing tak ada beza. semua kucing anjing masuk pintu yang sama lepas tu anjing semua jalan je sesuka hati dia. hampir nak kena orang lain. macam nak kena kami ni orang2 Islam. bukan tak boleh nak sertu tapi jangan la sampai kena. leceh la kan. 


anjing tu banyak comel2 dan gebu2. geram aku tengok. besar2 pun ada. kalau la boleh peluk2 macam kucing dah lama aku peluk2. hahhaa.. geram beb. lawa sangat anjing tu macam serigala dekat tempat sejuk2 tu warna kelabu2 besarrr! huaaaa.. sedap peluk malam2..hahaha


eiii.. banyak dah merepek ke meraban. ahhaa.. ok la beb. jangan la risau. moh la tidur. dah malam sangat dah. babai sayang semua..!




No comments: