Happy Cat Kaoani -->

Tuesday, December 3, 2013

Bersiar-siar di MUAR!







Assalamulalaikum...



semalam kan, actually sabtu-ahad lepas aku dengan family pergi Muor. bukan2.. sebenarnya 23& 24 November ritu pegi muar. haaa.. pronunciation kena betul ok. MUOR. bagi orang johor mesti tahu macam mana nak sebut. pekatkan OR tu supaya anda sebaya dengan orang johor bila sebut MUAR. 


sesaja je pergi muar sebab nak jalan2 tengok bot berhias dekat sungai Muar sempena Keputeraan Sultan Johor ke-55. ala, sebenarnya aku saja je sebut dekat mak and akak aku pasal benda tu. lepas tu akak aku kata dia ok je kalau nak pergi Muar tu. mak aku pun on je kalau nak pergi muar. mak nak sponsor macam biasalah. jadi malam tu terus aku cari bilik hotel murah2 untuk akmi anak beranak tidur satu malam malam tu dekat muar. 


aku biasanya kalau ke mana2 duduk budget hotel je sebab murah dan jimat. biasanya aku anak beranak cuma tinggal satu atau dua malam je. so buat apa mahal2 kan. kalau kita boleh dapatkan bilik hotel murah dan sesuai dengan  citarasa buat apa cari yang mahal kan. hahaha..


jadi lepas survey2 dapat la murah. pada aku memang puas hati la sebab murah, selesa, bersih, kemas dan stratergik dengan kawasan yang kami nak pergi. ada parking yang disediakan dan selamat. memang bagus la aku rasa. aku suggest la hotel ni dekat korang kalau korang semua nak pergi muar nanti. 


Riverview hotel. inilah hotelnya. korang boleh klick kat nama hotel tu kalau korang nak tengok website mereka. haaa.. baik kan aku siap bagi link korang2 yang mana2 angat nak search sendiri ni. so aku bagi siap2. hihi. ok. sebenarnya ni hotel ke berapa ntah aku survey. saje la cari budget2 sebab bukan kedekut cuma berjimat je. ala. aku dengan family jenis tak kesah sangat. janji bersih, ok boleh tidur sudahlah. sebab aktiviti berjalan bukan duduk dalam bilik hotel aje kan. ahaa..







lobby hotel




entrance hotel


gambar cilok dekat google. sebab masa tu aku tak ambik gambar ni semua. ni untuk tatapan korang semua. jangan risau. memang nampak kecik tapi selesa. hihi.




ni dia bilik hotel yang aku duduk. abaikan selimut atas tu. ni dah balik baru aku ambik gambar. sampai2 je tak dan nak ambik gambar semua dha terpa kat katil. so masa balik nak check out baru boleh ambik gambar. lepas tu lupa ambik gambar toilet. toilet dia lawa okeh. ade shower, heater, dan cermin besau. rekabentuk pun baru. so nice2 la untuk budget hotel kan.


ini bilik untuk 4 orang duduk. disebabkan aku 4orang so aku ambik bilik 4orang sekali sebilik. senang dan murah. share2 je. murah gila. satu malam RM 109. masuk deposit RM150. bila kita check out dia akan pulangkan baki RM41 deposit kita tu. haaaa.. amacam? RM109 satu malam duduk sebilik 4orang. ada banyak faciliti pulak tu. ada water heater, tv LCD 42 inci, ade pemanas air, aircoand, bilik air bersih, selesa, dan selimut dan tilam semua bersih. ade kotoran dan tak ada bau. tu yang penting. kalau nak add on boleh mintak. ada wifi lagi! haaaa.. senang kan?





ni gambar sebelum pegi. hikhik. saja gatai2 pakai skirt. padahal mak aku pun pakai suar tau kalau jalan2. tak penah pakai kain. payah katanya. aku suka je pakai kain. tak rasa ayu tapi rasa best sebab boleh matchkan dengan baju2 dan tudung yang sedia ada. hihihi. budget tak banyak nok so kita mix and match je la kan. hihi..




alalala.. ambik gambar dekat toilet adalah peberet setiap kali masuk dalam bilik or toilet ade cermin. wanita owhh wanita. hahaha.. masa ni malam. aku dah siap pakai baju tudung semua. tunggu akak aku pulak pakai tudung. tu yang aku sibuk ambik gambar itu ini tu. hehehe




aku bersiap tak lama. aku masih baring masa akak aku dah pakai seluar. aku relax je. bila dia mula pakai baju semua aku pun pakai2 semua makeup ala kadar je sebab malam je kan. nak pergi makan dengan tengok bot berhias tu so nipis2 je la. selesai tu akak aku tak siap lagi. sia sibuk terkangkang kiap pakai tudung. aku dah biasa pakai tudung macam ni so aku dh pandai adjust, dh pandai agak semua. aku terus je pakai2. siap! dalam 10 min dh siap make up semua. haaaa.. cepat kan. tu yang akak aku gitu gini nk pakai tu. hahaha





masa ni kat bulatan. bulatan apa ntah nama dia tapi yang pastu ada mahkota sultan johor sebab Muar kan bandar diraja bandar maharani. macam klang. bandar diraja tuh. daaa..masa keluar ni lepas semua solat maghrib. johor kan maghrib cepat, so azan je semua take turn solat pastu siap2 keluar. masa keluar hotel tu belum pukul 8 lagi. dalam 7.40 kot. awal la tu kan. sampai kat bulatan ni dalam pukul 8 kot. perghhh.. manusia ramai gila. jem sana sini. nak pusing bulatan pun kereta jarak seinci dua je.





haaaa. ni la dia bulatannya.. ada mahkota atas tu. lawa kan. cuma tak sharp sangat. ni pun sempat snap sebab jem kan banyak la berentinya. berenti lama pulak tu. tu la sempat saketul dua snap.





tengah tunggu order masa ni. perghh.. lapar sebenarnya masa ni sebab tak makan nasik dari pagi sampai pukul 9 lebih malam. makan pau je. lepas tu sampai la muar tak makan. malam baru makan. nak bengkokkan jari pun tak larat tau sebab tak makan.. pffffttttt! aaahahah






kalau dah sampai muar tak makan mee bandung muar ni memang tak sah la. memang tak lengkap sungguh kiranya lawatan kita kali ni. ececehhh.. konon. padahal gua lapar tau, gua nampak chewing gum pun gua rasa sedap. hahahaha.. bunguk kan.. ahahha







ni pemandangan dari bilik aku pagi2. dalam pukul 7 pagi kot. tapi tingkap bilik ni agak gelap sikit tu yang nampak gelap. hihi. bilik aku ni corner lot. untuk family. sebab ada 2 katil queen size.




depan hotel ni gereja. dalam gereja ade pusat kanak2 yang dibaptiskan. betul ke aku eja ni? maaflah kalau salah sebab tak paham sangat apa baptis ni macam mana.





haaa.. tu dia dah banyak kereta dalam tu. ni gambar beberapa minit lepas tu. ramai dah sampai dalam gereja. biasanya hari ahad kan diorang datang nak buat ibadat. hahaa.. pandai2 je aku ni. maaflah sekali lagi kalau salah ye. =D









ni dah check out hotel dah. jalan2 keluar hotel jumpa benda ni. so ambik gambar kejap. hihi





ni pergi Nasuha Herbs and Spices. mak aku la yang beriya nak pergi ni. bab2 rempah ni mak aku memang suka. bukan je boleh dimakan tapi boleh dibuat ubat jugak. terpengaruh dengan cerita makcik aku lettew. haha.. bertabahlah.




ni dia kaunter dalam Nasuha ni. lawa juga decorationnya. semua daripada kayu. cuma reception dia ni dari simen la. buat macam ni bagus juga sebab kemas bersih dan cantik. tapi dinding tiang semua dari kayu hutan yang diukir. bukan senang tau. kayu besar balak pastu kau nak ukir. bukan murah bebbbb..







haaa.. sopan tak aku dengan baju jalur putih hitam tu dengan skirts hitam? ayu kan? hahaha.. sumpah sakai je rasa tapi pakai je sebab rasa nak pakai. mulanya tak kuat lama2 kuat jugak rasa sebab ramai sangat orang pakai palazo jalur2 or baju jalur2 so aku rasa pun aku pun boleh pakai baju macam ni. cuma mak dengan akak aku je mula2 macam errrr.. macam mengutuk la sebab baju pelik cenggini. haha






Restoran Herba Nasuha  pernah masuk jalan2 cari makan tahu. haaa.. ni dia platnya. jangan tak tahu. maknanya sedap la tu kalau korang makan. aku teringin nak makan sini tapi memandang baru je sarapan pukul 11 jadi tak jadi makan. kenyang lagi sebenarnya. tapi teringin nak rasa macam mana rasa makanan dekat sini. nampak ade pakcik2 dan abang2 bikers ni makan chicken chop dia macam sedappp je. huaaa.. teringin jugak sebenarnya. tapi mak tanak makan. maka aku pun tak makan la. sobsss...





ini dia restorannya. lantai di letakkan batu2 sungai macam taman fisioterapi. lawa dan bagus untuk tapak kaki kita. kerusi meja semua dari batang kayu hutan yang di potong dan dibentuk seperti meja dan kerusi. warna agak gelap sebab coklat dan dark coklat. lampu pulak warna agak suram. nampak serabut tapi sangat nature.







nampak tak kayu yang diukir seperti dasar laut tu? MasyaAllah.. lawanya aku rasa. cantik sangat. pandai orang yang umur tu. kalau ikan tu semua nampak macam ikan. dari sisik, sirip, mata dan gigi. perghh.. dahsyat beb. aku punyalah kagum tau benda macam ni. nampak oang yang buat tu sangat talented!












ini kawasan membeli belah. sapa nak beli rempah ratus macam rempah kari, kurma, sup semua ada dekat sini. pilih je nak yang mana.






mak dengan kakak/ jangan cakap kakak aku lagi muka budak2 aku pang karang. nanti dia rasa dia macam budak2 betul sebab suka pakai t-shirt. aku je sejak membesar bagai johan ni asik la pakai blouse je. hahahhaa





kawasan dalam restoren herbanya. lawa dekoration. dengan batu2 yang timbul tu. nature sangat.




ini pokok buah asam gelugur. pucuknya pun boleh makan tau!





buah apa tah. dah tak ingat. ini la bahana update blog lambat. hari2 ade je mengadap laptop tapi hampeh je, tak tulis jugak dekat blog buruk ni. hahah.. bertabahlah. sekarang tak bizi pun payah bukan main nak menulis. inikan kalau dah bizi nanti. lagi la. aku tak kesah ke blog ni lagi agaknya. maafkanlah daku yang menjadi blogger suam2 air suam ni. ahhaha...




pokok kayu putih. bau daunya kalau diramas sebijik dengan bau minyak kayu putih dalam botol ni. segar je rasanya. pokok ni banyak dekat negara barat. kulit pokok ni akan mengelupas dan daunnya di bawah pokok yang merimbun akan menyebabkan kepanasan dan bila matahari terpancar dia akan meruap dan terbakar. inilah jugak salah satu sebab kebakaran hutam dekat luar negara tu. tapi AJAIBNYA bila terbakar, batang pokok ni takkan terbakar dan setelah beberapa minggu dia akan mengeluarkan pucuk2  di batangnya. hebat ke tidokkkk??










macam2 jenis pokok lagi yang aku tak ingat dah. dah la tu tak banyak sangat berjalannya. jadi sampai sini je la penjelajahan aku dekat Muar ni. saje je berjalan menghabiskan masa sementara semua tak kerja ni kan. haha..



tata kawan2!




2 comments:

Pondok Usang said...

Mee bandung muar?

Nour Eyza said...

yes,, kenapa encik pondok usang? ada yang xkena ke?