Happy Cat Kaoani -->

Monday, September 23, 2013

Pasal rumah baru







Assalamualaikumm..



sihat tak korang semua?? mestilah sihat ye dak? kalau tak sihat makan ubat pastu rehat okeh? hari ni aku nak cerita pasal aku nak pergi tengok rumah yang tengah buat tu la. tapi sebab dalam pembinaan kena la ikut spesifikasi waktu yang dia suruh tengok. kalau dia tak bagi jangan nak ngade2 pergi tengok. kena tahan dengan polis bantuan yang ensem awww.. awww...aww..


tadi petang aki sekeluarga konon dengan penuh semangat nak pergi rumah yang dalam pembinaan tu nak tengok ok ke tak. nak ukur tinggi dan lebar pintu dan tingkap sebab mak nak tempah langsir. langsir rumah aku memang tempah. sebab rumah sekarang ni banyak pintu sliding. ada 3 pintu sliding kaca yang berukuran 10 kaki, 8 kaki dan 6 kaki. haaa.. bayangkan punyalah banyak dan besau kan. sebab tu tak reti buat sendiri.. jadi tempah je. hahaha.. yelah atas tu scallop la apa la kan. nak cantik dengan macam2 jenis bentuk. hahhaha..








rumah baru ni ade satu je pintu sliding. tak besar sangat la. biasa2 je. tapi tu la. mak aku nak ambik ukuran tingkap rumah baru. nak ambik betul2. rumah baru tu kalau dapat pun kunci nanti bukan boleh terus2 pindah. nak pasang mozek, grill, tintet, shower, astro, wifi, kabinet dapur, kipas lampu semua. semua kita kena la buat sendiri. rumah baru macam rumah beli. tak ada apa2.kosong. entah plug pun banyak mana agaknya. aku tak suka macam tu la. bukan ada apa2. leceh..


tapi nak buat macam mana kan. nak2 design rumah sekarang tak best seba ruang tamu dengan ruang makan sekali. tak ada pemisah, so memang lantas sungguh la pintu bilik dengan ruang tamu. taleh nak sorok rupa bilik macam mana. dah la rupa bilik kadang2 boleh mengundang kutukkan dan hinaan tapi aku peduli apa kan. ahaha.. kejiss..


tapi bila sampai tempat projek tu ada polis bantuan kata tak boleh masuk sebab pekerja sedang bekerja. ewahhh.. rupanya kami dapat wrong information sebab bukan semalam tarikh untuk melawat rumah baru kami. sedihhhh.. aahhaha.. rupanya orang salah bagi informasi. sabtu tu orang kampung sebelah yang tengok. pastu mesti orang assume yang ahad kampung aku pulak.


polis bantuan yang jaga depan pintu masuk projek tu ensem awww.. awww.. hahaha.. pastu aku siap berbasa basi dengan mamat tuh. nama dia HALIF. ewahhh siap tengok nama dia denganpenuh semangat sebab dia encemm.. hikhik.. mak aku pun cakap budak polis bantuan tu ensem.hahahaha.. mula la mode mengatal aku datang. kahkah..








ni rupa rumah baru yang nakal kami duduk nanti. warna merah. rumah paling besar. ade 3 jenis rumah. dan banglo. rumah flat kos rendah pun ada. macam2 jenis mengikut jenis2 rumah penduduk sebelum ni kan.


membebel tak sudah aku ni. huahahha.. macam best sangat cerita aku. hahaha.. ok la jangan runsing2 ye. nanti kalau rumah iols dah siap. dah ada nampak macam rumah iols akan buat entry sikit. ewahh.. macam bagus je nak buat entri baru bagai. macam retis! ahahhaa...


macam la ada orang baca blog aku ni.hahahhaa..


ok, sehingga berjumpa kembali! huehuehue


babai!




1 comment: