Assalamualaikumm..
sedang hangat isu ni dekat fb. ramai yang terkejut dengan cerita ni. sebenarnya cerita ni dah lama. dah lama berlaku dalam dunia kita sebenarnya. nak2 aku ni dalam kalangan industry hospitality dan ini dah jadi dilema pada kami yang bertudung ni. memang sikit sangat hotel yang terima orang yang bertudung. kalau nak bertudung pun kena buat bahagian dalaman syarikat. jangan yang duduk di frontliners. biasa benda tu sangat biasa.
serius ni serius. haha. ok, masa aku mula2 masuk bidang hospitality ni aku dah diberitahu oleh lecturer dan senior tentang hal ni. tentang kami, kita dan wanita melayu islam berhijab ni sukar sangat dapat kerja dalam bidang kita secara meluas dan boleh melakukan apa sahaja. lebih2 lagi intsitusi yang besar dan international.
yang banyak melibatkan customer service dan berinteraksi dengan customer mesti yang free hair, cantik dan kalau boleh yang boleh berpakaian yang agak seksi atau terdedah. yang berhijab diberi kata dua. sama ada bukak tudung dan anda dibenarkan bekerja/belajar di tempat yang ditetapkan atau awak tak boleh langsung masuk bahagian tu. macam saudara Mira atas ni. yes or no. mostly no.
kami ni memang dah lali sangat dengan keadaan ni. ramai lagi yang dah lali dah. tak hairan la premis2 macam tu tak terima orang bertudung sebab selalunya premis sebegitu milik bukan islam tapi sekarang pemilik islam pun dia tak terima orang bertudung. masyaAllah.. memang kita boleh terima hakikat rezeki kita bukan kat situ tapi kita kesian dengan pemilik premis. Semoga Allah memudahkan urusan dan meluaskan rezeki mereka.
tak payah cerita jauh2. macam aku. student Hotel Management. Praktikal di hotel terkemuka di Johor bahru. ewahh.. cerita macam dekat dalam surat khabar. hikhik. aku dapat masuk 2 department je. sebabnya kalau masuk bahagian lain aku tak boleh pakai tudung. tu pun masuk dua department tu bukan semua bahagian boleh masuk. paham ke idok??
macam ni, aku masuk Front Office. dalam front office ada beberapa bahagian. macam reception, reservation, executive level, business centre and concierge. aku cuma dapat masuk bahagian reservation, busniness centre dan concierge je. lagi dua yang reception and executive level tu tak boleh masuk. kalau nak masuk jugak kena bukak tudung. tu awal2 Front Office Manager aku dah beritahu. so aku ambik keputusan tak masuk bahagian tu. kalau nak masuk boleh je, dia benarkan dengan syarat bukak tudung. aku masih teguh pendirian aku tak bukak tudung. nampak tak kat situ??
kami cuma pelajar praktikal, yang hanya datang ingin menuntut ilmu tapi di salah ertikan. macam ni la industry. welcome to the real life. the cuel life actually. hahahahaha.. kejisnya aku. adik2 yang baca blog hakak ni kalau nak masuk industry ni boleh, tapi beware, jangan mudah terpedaya tipu daya manusia. pandai jaga diri dan pandai sesuaikan diri. hehehee..
banyak tempat boleh kerja. InsyaAllah.. rezeki ada di mana2. aminnn..
eh, macam panjang pulak entry bebel2 ni. hehee
babai!
No comments:
Post a Comment