Happy Cat Kaoani -->

Monday, September 2, 2013

Harga minyak naik dan Kuih Raya!




Assalamualaikum..


selamat malam uols! bising semua dok cerita pasal minyak naik esok 20sen. aku? biasalah. nak bising macam mana. kalau naik kita hadap la. sebab kita pun tahu kan banyak benda melibatkan minyak ni. bukan kita sediri korek, kita sendiri proses dan kita yang jadikan dia minyak RON95 kan? paham2 la. cuba korang jadi perdana menteri, senang ke nak tadbir negara? nak jadi ketua kelas pun payah tau! hahaha


dah2, jangan nak komen2. kang tulis banyak2 ade pulak yang komen kata kita ni apa pula. semua orang ada pandangan masing2 kan. 






nak cerita pasal puasa hari tu. amboi, bukan main lama kan aku simpan cerita baru nak cerita. padahal dah nak sebulan dan raya. cerita baru nak keluar. cerita dah basi pun. tapi nak jugak tulis2 kat entry ni. sajelah. nak memenuhkan entry yang kian kosong dari hari ke hari. hehehe..


hari tu masa puasa aku ade aura yang amat rajin sekali bila aku bua kuih raya dari resipi aku sendiri. cewahhh.. padahal mak aku ajar tau macam mana nak buat. dulu mak ada buat kuih raya tapi semenjak dua menjak ni malas buat sebab tak ada oven nak bakar. oven dulu tu dah rosak. so gila2 panasnya. ada api atas je la tak ada api bawah. macam2. hahaa..


lepas tu aku buat keputusan nak buat 4 jenis kuih raya ni. 


1. popia nestum
2. cornfleks madu
3. almond london
4. rock bun


daaann.. akhirnya jadilah kuih raya aku yang begitu senang dan sedap! perghh.. aku buat mana tak sedapnya kan? berani sungguh kata tak sedap! hahahaha.. puji diri sendiri. gilos ini perempuan. kahkah.. padahal mak tengokkan aku buat. sekejap aku tanya mak resipi, sekejap tanya mak resipi. kahkah. malu jee.. lebihnya aku belajar dari google. banyak benda aku masak belajar dari google. hehe.. terima kasih cik google kerana memudahkan kerja aku. hahaa




gambar kabur. biasalah aku punya camera bukan kamera korang yang vouge the vass tu kan. aku punya ni biasa2 je. haruslah teruk kualitinya. sedih sungguh bila tengok gambar ni. baru sedar, ehhhhh.. teruknya kualiti hp aku rupanya. kahkah!


ok tak apa. janji korang tahu kan apa tu. tu almond london. aku buat comel2 sebab nak nampak comel macam aku. hah, aku memang comel. tayah gaduh plz.... hahaha.. gilos. ok. aku buat macam tu sebab aku tak suka bentuk lonjong2. suka muat2 cup je elok2. so aku ni kedekut. aku belah dua almond ni jadi dua pastu buat dia cecomel macam tu letak dalam cup. ahhh.. apesal aku ulas panjang lebar pasal biskut almond ni? padahal orang lain dah buat bisnes dah pun kan? hahaa.. ok, abaikan. 


popia nestum, cornfleks madu dan rock bun tak ambik gambar pun. sebab apa pun aku tak tahu. mungkin aku lupa. hahaa.. ok, malas nak ambik sebenarnya. haha..


dah tu siaplah 4jenis kuih raya hasil tangan aku. dan mak aku kata " tak tahu iza nak buat kuih raya banyak gini, kalau mak tahu tak payah nak beli banyak2.." hehehe.. aku pulak terajin. tak sangka pulak kerajinan aku membawa bahagia. hahahaha.. poyooo..

jadi tu je la cerita aku buat kuih puasa hari tu. lain2 aku dah tak ingat proses buatnya. hahaha..


babai!







No comments: