Happy Cat Kaoani -->

Wednesday, June 26, 2013

Presentation IS






Assalamualaikumm...



esok merupakan paper pertama aku. paper pertama dari empat paper. paper pertama final exam in final year. huaaaa.. tapi macam tak exam. relax je. petang2 boleh tidur. lama pulak tu. cisss.. apekah aku ni?  bahaya betul!


ni nak cerita hari isnin lepas merupakan hari presentation IS kami. IS means Independent Study. macam apa yang aku pernah cerita entry2 lepas. kalau ada korang baca la. kalau tak ada tak apalah. aku pun bukan best sangat entry nak kena ada orang baca. hahaha.. 


aku buat pikir presentation tu punyalah takut. bukan main lagi. yelah, cuba kau pikir IS tu research study kau sepanjang sem ni akan dipersembahkan pada satu hari dan akan dihentam kalau salah dan diberi markah masa tu. tapi for sure bukan sepenuhnya panel yang bagi markah. tapi still perasaan takut tu ada. kalau tak banyak sikit mesti ada sebab nak buat presentation  tu yang cuak. kalau takat hantar report tu tak rasa takutlah. 


aku ni dengan kawan aku yang partner sama2 buat IS sanggup tak tidur malam. demi buat kerja. padahal buat last minit tau. kalau buat awal2 boleh je tidur malam tuh. hahahha.. biasalah. student kan. kalau tak buat akhir2 deteline memang tak sah la gamaknya. kahkahkah.. sila rasa kelakar. tapi serius tak kelakar. aku rasa seriau gila sebab dah last minit sangat. tapi Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. siap terus print dan buat semua ikut prosedur. hahaa..


balik2 je aku kena hantar kawan aku balik Meru. sebab kereta yang dia selalu bawak kereta akak dia rosak pulak. bateri kong. nak gantri bateri baru mak ai mahalnya. nak kelim abang dia, abang dia tak ada pulak balik kampung isteri dia. so, tak ada siapa nak beri ongkos tukar bateri. so aku pinjam kereta kawan uma aku bawak dia balik. aku cakap kat dia drive sampai rumah dia sebab she is a good driver. tapi masa dalam UiTM lagi dia kata dah tak larat nak drive. mengantuk sangat2 katanya. pastu dia suruh aku drive. aku pun tak tidur sepenuhnya tapi ada la sejam dia aku lelap. dapat la cover. dia memang tak tidur langsung. 


aku pun drive balik uma kawan aku. dari UiTM sampai depan pintu rumah dia tidur. aku dah tahu dah jalan pergi rumah dia. dah hafal sangat. banyak kali gila datang kan, siap tidur sana bagai. sampai2 je main dengan anak sedara dia yang comel, putih, gebu, mantop dan kelakar tu. geram sangat dengan budak kecik tu. pandai buat muka. pandai bila orang cakap dia bagi reaksi. pandai la kau ni. nakal pun nakal. ahhaha.. auntie is gerammm...!


















ni la buddy aku. aku rasa korang dah kenal dia kot, selalu sangat aku tepek gambar dia dalam blog ni. terima kasih Shami untuk segalanya. segala yang kita buat. maafkan salah silap aku. mafkan andai ada guris hati kau sepanjang kita kenal. terima kasih ajar aku macam2 benda. dan yang penting sekali sama2 kita berjaya dalam degree kita ni. 


aku tak pernah rapat dengan Shami diploma dulu. walaupun kami satu kos masa diploma. sama kampus. tapi tak rapat sebab aku kelas lain, shami kelas lain. lepas tu masuk degree dapat sensama dan kenal. berbaik2 dan terus baik rapat. Alhamdulillah.. 
















ni dia anak sedara shami. gebu tembam geram aku tengok dia. dah la bijak. kalau cakap apa2 dia bagi reaksi macam orang dewasa. nakal pun nakal. tapi nakal pandai. bukan nakal jahat. hehehe.. 


rindu awak nanti tau kalau dah habis belajar. dah la comel. hehehe..


lepas ni nak study. lepas tu study lagi. lagi dan lagi. cewahhh.. padahal kang sikit2 mengantukkk.. sikit2 mengantukkk.. kahkahkah.. apa nak jadi ni?


kbai!






1 comment:

Siti Hajar said...

hye eyza. goodluck final exam. :)