Happy Cat Kaoani -->

Friday, June 14, 2013

Esemen oh esemen!






Assalamualaikum...


hari ni dah setengah hari aku tak buat apa. bahaya ni. hari ni dah jumaat. lepas tu sabtu dan ahad. isnin presentation paling digeruni. nak kena hafal skrip lagi. perghhh.. saket. 


aku kalau update blog tak lain tak bukan mesti cerita pasal esemen. tak ada cerita lain. sekarang dah jarang keluar rumah sebab berjimat cermat akhir2 sem ni. jadi kurang la gambar berjalan aku. makan dekat rumah je. masak. tak de nak beli makan luar sedap2 walaupun dalam hati berangan nak makan meatball kat IKEA. erghhhh.. tensen bila aku ingat. 


ada sesiapa yang nak bawak aku pergi IKEA? anyone? aku tahu la aku tak ramai kawan pastu tak tahu jalan. siapa nak bawak kan. sobsss..


dah2, jangan nak sesedih. buat kerja sana. jangan nak berangan itu ini. banyak kerja ni diakhir2 sem ni. jangan nak sedih2 sangat. kau ingat kau banyak lagi impian yang perlu kau capai. so, make it now! jangan tunggu2 lagi. kalau bertangguh konfem tak siap sampai malam.


nanti kalau dah habis belajar apa aku nak buat dengan laptop ni. mesti jarang bukak. kalau bukak pun untuk main game, tengok gambar2 lama dan so on yang tak berfaedah. kalau kerja maybe la guna. tu pun kalau guna. hahahaha..





gambar bila ntah. oh, masa melawat pakcik meninggal masa ni. mak ambikkan gambar. sementara tunggu teksi nak balik bus stand. biasalah. masa cuti aku teman mak pergi mana. kalau aku tak boleh drive jauh2 or kenderaan tak mampu sampai aku naik bas ngan mak. aku dah biasa naik bas ngan mak. bas henti2 ataupun bas ekspress. sebab asalnya kami sekeluarga bukan orang senang. sekarang2 ni je aku n family rasa senang sikit. hehee..


 apa lagi nak membebel? ok. stop sini dulu. nanti aku nak update pasal Malam Pra Graduan yang super gojes tu. hehehe..



babai!




No comments: