Happy Cat Kaoani -->

Tuesday, March 12, 2013

Rumah Baru







Assalamualaikum semua..



selamat pagi uolsss... dah bangun? owhhh... yang kerja tu harus la dah bangun kan. yang masih study tu adakah dah bangun atau belum? kalau ada kelas memang la dah bangun pergi kelas kan. kalau tak ada memang masih berlingkar la tidur. macam aku satu rumah hari ni kelas petang je. tu yang tenang je rumah tu. tak de bising2 nak berebut mandi ke hapa. hahaha


tapi aku memang tak boleh nak bangun lewat2 sangat ni. nanti pening kepala selain keadaan dah mula panas kan..


sebenarnya apa yang aku nak cerita eh? dah lupa la pulak nak cerita apa. tapi yang aku ingat masa cuti semestar hari tu aku ni tak de la pegi berjalan mana2 sangat, setakat pergi Kota Tinggi dengan Johor Bahru je pun.


huarghhh.. apa yang aku nak cerita sebenarnya ni? sumpah lupa. tadi aku bukak tenet nak tengok cerita sekali taip entry tapi dah lupa pulak apa benda aku nak taip ni. hampeh betul la. huuuu..


haaaa...! dah ingat dah apa aku nak cerita hari ni. cuti haritu aku pergi la tengok rumah baru yang akan kami duduk nanti. sebetulnya pergi sebab nak ukur pintu dan tingkap untuk dibuat langsir. tapi tak tahu la langsir macam mana nak dibuat nanti. pihak pemaju dah siapkan satu rumah yang dah siap cat dan bersihkan untuk totonan umun tapi tak boleh masuk pulak rumah tu. so, kena la mengintai dari luar je. tapi nampak je sebab tingkap dan pintu dia terang gila. tak tinted langsung!


bahaya uolsss.. hahaha.. tapi mak abah aku kata nanti nak buat tinted jugak. nak tambah mozek dan letak grill pintu dan tingkap. sebab pintu sliding ada satu dan tingkap ada banyak. aku dah cop bilik paling selamatttttt sekali jauh dari pandangan orang sekeliling tau. hehehe.. sebab stail rumah sekarang ni pintu bilik semua mengadap ruang tamu rumah. perghhh.. tak sukanyaaa...








ni bukan kereta sape2, ni kereta orang datang yang tengok2 rumah jugak. hehehee.. macam ni la rupa rumah baru kami nanti. tak ada pagar dan tak ada pembahagi. redha je la.. hehee..


pada aku ok jugak rumah ni tapi plan rumah tu tak berapa best la kan. hehee..



ok, benda ni aku dah taip pagi tapi aku tak sempat post kan. ni balik kelas baru aku sempat post. aku banyak kerja pagi tadi. biasalah student kan. ada je kerja last minit. hehehe..


ok babai!





No comments: