Happy Cat Kaoani -->

Wednesday, March 13, 2013

Rabu ini!





Assalamualaikumm..


alhamdulillah sebab masih bernafas hari ni. aku tak buat entry wordless wednessday hari ni walaupun aku tak ada apa benda nak cerita tapi aku still nak menulis dalam entry ni. pada aku blog aku tempat meluahkan perasaan tapi ikutkan sebenarnya banyak lagi perasaan terbuku aku sebenarnya. aku hanya simpan dalam2. yelah, benda ni semua orang boleh baca. aku tak privatekan langsung. sebab aku nak semua orang tahu cerita2 yang aku tulis. walaupun tak ada apa sangat tapi perasaan nak berkongsi tu ada la. 


aku cadangnya minggu ni aku nak balik kampung barang sehari dua tapi apakan daya, hari jumaat ni ade perjumpaan dengan ketua program untuk Independent Study. ceramah macam mana nak buat kerja tu. benda yang paling mentensenkan aku pikir. hehehee..


minggu ni dah tak boleh. tak tahu la minggu2 depan boleh ke tak. asyik ada je presentation yang kena buat tiap2 minggu. aku pun naik penat. presentation 5min tapi kena jugak buat report. hahahaha. nampak tak kat situ betapa banyaknya kerja? walaweeeeehhh.. kata dah sem akhir degree, harus la banyak kerja kan? tak gitu gamaknya??


orang lain dah abis study pun. tak de merungut macam kau kan iza? hahaa.. niat dihatiku ingin berubah selepas dengar Datin membebel. tapi tu la, sebenarnya apa datin cakap memang betul, tak de la memang dah terlalu betul, cuma banyak betulnya. apa yang dia buat tu untuk train jadi mahasiswa yang berjaya diluar sana. semua tu benar belaka.


selama ni dah kesedapan dah kan terima je apa yang lecturer bagi. pastu tak buat notes sendiri, hasil dari lect atau pun kawan2 yang senior2 diorg buat. kejis sangat pemalasnya tu. hahaha.. nak buat macam mana, sem akhir baru lect sentakkan dan sedarkan kami yang dunia ni banyak tak adil dan banak keadaan yang dizalimi. kahkahkah.. dizalimi gamaknya! hahaha.. macam la kau nak kena pancung masa buat notes tu iza woi! hahahaha..


nampaknya aku kena semakin rajin sem ni. tak leh malas2 macam sem dulu. betul la kata Datin, aku ada 4bulan je lagi nak baiki apa yang patut sebelum aku abis degree. bila dah habis nanti menyesal tak sudah karang. dan yang sangat2 aku pasti mesti aku akan sangat2 merindui zaman study aku dulu. 6 tahun aku jadi student UiTM. 6 tahun aku melalui liku2 kehidupan sebagai pelajar, kawan, dan housemate yang berjaya. berjaya ke? aku rasa aku tak jadi housemate berjaya. sebabnya biar la aku sendiri simpan. aku dan beberapa orang lagi sahaja yang tahu. 


hari ni korang kerja? mestilah kerja kan haru rabu, mana yang ada kelas selamat berkelas, mana yang kerja selamat kerja, mana yang bersekolah, selamat bersekolah..hehehehe


aku nak sarapan dulu ye wahai kawan2 semua. sangat lapar sekarang ni. hehehee..






nai seketul gambar aku. walaupun aku tak putih, kau anggap je la aku ni putih melepak bak pauh dilayang. kahkahkah..


kbai..




No comments: